GLP di Malam Puisi Malaysiaku Berdaulat

Friday, August 30, 2013 @ 8:00 PM

Malam Puisi Malaysiaku Berdaulat sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kuala Lumpur, pada 8 Ogos, jam 8.00 malam.

Acara puisi bulanan PENA itu akan menampilkan SN Baha Zain, SN Kemala, penerima SEA Write Award Dr. Siti Zainon, dramatis Khalid Salleh, pengarang Marsli NO, dan semiman Pyan Habib.

Malam puisi itu akan turut dimeriahkan dengan dendangan lagu dari Grup Lagu Puisi (GLP) eSastera, kumpulan Safiya, dan Sani Sudin.

Acara kemuncak menaikkan bender Jalur Gemilang pada detik 12 tengah malam akan menjadi isyarat kepada semangat patriotisme.

 

 

(Berita dipetik daripada akhbar Berita Harian, Sastera, 27 Ogos 2013).

 

 

Komen (2)

kablam22

Tuesday, September 17, 2013 @ 1:08 AM

Terima kasih, sdr Admin. Saya mewakili GLP amat menghargai jemputan oleh PENA pada tarikh tersebut. Syukur GLP hadir membawakan lagu Perwira dan Suluh Sinar. Videonya ada di Youtube. Terima kasih E-SASTERA.

admin

Tuesday, August 27, 2013 @ 9:18 AM

Syabas GLP!