Mengenai: Kandungan

MASA DEPAN TAMADUN ANDA

Selamat datang ke eSastera!

Buat sdr yang cintakan tamadun bangsa.

 

Promosi daripada:

Pengursan eSastera


--------------------------------------

SASARAN KITA:

Mengumpulkan 1,000 orang karyawan yang aktif membaca, berkarya, dan berinteraksi di portal ini setiap hari supaya masing-masing dapat menjadi penulis terkenal di Malaysia hanya dengan berkarya di portal ini.

ANDA BELUM MENJADI AHLI? SILA DAFTAR DI SINI.

 

------------------------------------------

 

SELAMAT DATANG... ke eSastera 


e-Sastera.com ialah portal sastera awam terulung di Malaysia.  Pada hari ini, e-Sastera.com  tiada saingannya di negara ini.  Malah, dari segi genre yang ditanganinya, eSastera.com merupakan salah sebuah portal sastera terbesar di dunia.

e-Sastera.com memperkenalkan budaya baru dalam penulisan sastera melalui dua cara:

(1) Menyiarkan karya yang mengandungi unsur-unsur siber, dengan sifat multimedianya serta pautan internetnya.



(2)  Menyediakan ruang interaksi yang meluas dan pantas antara penulis-dengan-penulis dan antara penulis-dengan-khalayak, dan dengan itu memangkinkan perkembangan dunia kritikan sastera.



Kedua-dua aspek ini belum pernah dilalui dan tidak mungkin dicapai oleh  wadah-wadah penyiaran konvensional.

e-Sastera.com juga memperkenalkan budaya baru dalam sistem penyiaran tulisan sastera di internet dengan menjamin kemantapan isi kandungannya.  Hal ini dicapai melalui pembatalan keupayaan penulis untuk mengedit mahupun memadam karyanya yang telah disiarkan.  Namun sistem e-Sastera.com membenarkan penulis menyiarkan versi baru kepada semua karyanya yang telah disiarkan.
 
PERHATIAN. e-Sastera.com ialah sebuah e-majalah sastera yang serius. Anda boleh mengembangkan bakat dan menempa nama sebagai penulis di sini.  Maka eloklah anda gunakan nama sebenar atau nama pena anda yang biasa di e-Sastera.com supaya mudah dikenali khalayak.
 
SASARAN. e-Sastera.com mempunyai sasaran untuk mewujudkan sekumpulan 1,000 orang ahli yang komited menulis dan membaca di sini, serta masuk  ke sini sekurang-kurangnya empat atau lima kali seminggu. Apabila berlaku hal yang sedemikian, penulis di e-Sastera.com boleh menjadi penulis yang dikenali di Malaysia hanya dengan berkarya di sini.
 
BACA DAN KOMEN. e-Sastera ialah tempat sdr menyiarkan karya sastera tulisn sendiri dan membaca serta memberi komen terhadap karya orang lain.
 

 

  • Sila gunakan secara bebas, santai, beretika, dan berakhlak.

  • Anda dipersilakan untuk memaparkan karya dalam ruangan Buat Karya di komuniti yang sepadan.

  • Anda juga dipersilakan memberi pandangan tentang apa-apa hal berkaitan dalam ruangan Forum.

  • Sila maklumkan/undang rakan-rakan lain yang mungkin berminat.

  • Karya yang mahu disiarkan di e-Sastera.com hendaklah tulisan sendiri dan belum pernah disiarkan di mana-mana sebelum ini. Namun karya yang telah disiarkan di e-Sastera.com boleh dihantar ke pihak lain oleh penulisnya sendiri untuk tujuan penerbitan atau apa-apa tujuan lain, jika mahu.

  • Karya yang diterbitkan di e-Sastera.com adalah hak milik masing-masing penulis. Penerbit-penerbit lain tidak dibenarkan mengambil dan menerbitkan karya dari sini tanpa kebenaran penulisnya dan e-Sastera.com walaupun diterbitkan di bawah nama penulis asal. Perbuatan ini akan dianggap sebagai mencuri.
     

 

 
KAWALAN MUTU.  E-sastera.com mengaplikasikan sistem penilaian 5 bintang untuk karya yang disiarkan, seperti yang berikut:

*****Karya yang amat baik dan mempunyi ciri "siber" yang signifikan

****Karya yang amat baik

***Karya yang amat baik

** Karya yang sudah mencapai mutu yang sesuai untuk bacaan khalayak

*  Karya yang belum mencapai mutu yang sesuai untuk bacaan khalayak.

 

 

HADIAH E-SASTERA.COM (HesCom)

Semua karya yang tersiar di e-Sastera.com dan memenuhi terma dan syarat akan dinilai untuk anugerah-anugerah tahunan dalam Hadiah e-Sastera.com (HesCom). (Untuk butir-butir lanjut, sila klik DI SINI).

 

 

IAB/27122012 4:30AM (Dikemaskinikan pada 10.3.2013)


PAUTAN-PAUTAN PENTING

PANDUAN (SIAR KARYA DLL.). Untuk panduan menyiarkan karya di e-Sastera.com, sila ke sini:

http://www.esastera2u.com/index.php/site/pages/16


E-SASTERA DI MEDIA. Untuk membaca laporan E-Sastera di media, sila ke:

http://www.esastera2u.com/index.php/site/pages/19

ANUGERAH. Untuk butir-butir anugerah (Hadiah e-Sastera.com), sila baca di sini:

http://www.esastera2u.com/index.php/site/pages/20

HUBUNGI. Untuk menghubungi Pengurusan e-Sastera, sila ke sini:

http://www.esastera2u.com/index.php/site/contact