Panduan: Cara Menyiarkan Karya

AMARAN:

. eSastera Enterprise tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang diutarakan melalui portal ini.  Kenyataan berkenaan ialah pandangan peribadi penulisnya dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat kenyataan yang disiarkan ialah tanggungjawab penulisnya sendiri.

. Pengguna diingatkan supaya menyimpan sendiri salinan semua karya yang disiarkan di portal ini demi mengelakkan kehilangan karya sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kepada portal ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYARAT BERKARYA:

. KARYA yang disiarkan di sini hendaklan karya yang belum disiarkan di mana-mana penerbitan awam, sama ada penerbitan konvensional mahupun penerbitan siber.  Namun karya yang telah disiarkan di penerbitan peribadi seperti private blog adalah dibenarkan.

. PENGKARYA tidak dibenarkan untuk menyiarkan lebih daripada sebuah karya daripada sesuatu genre (seksyen) pada sesuatu hari.

. PENGKARYA dianggap aktif di sini hanya apabila menyiarkan sekurang-kurangnya sebuah karya sebulan di portal ini.

 

------------------

SASARAN KITA:

Mengumpulkan 1,000 orang karyawan yang aktif membaca, berkarya, dan berinteraksi di portal ini setiap hari supaya masing-masing dapat menjadi penulis terkenal di Malaysia hanya dengan berkarya di portal ini.

ANDA BELUM MENJADI AHLI? SILA DAFTAR DI SINI.

-------------------------

KANDUNGAN PANDUAN INI

0. Panduan Umum

1. Bagaimana Menyiarkan Karya Di E-Sastera?

2. Bagaimana Menulis Di Dinding E-Sastera?

3. Bagaimana Menulis dan Menerbitkan Buku Di E-Sastera?

4. Bagaimana Bergerak Di E-Sastera?

5. Bagaimana Mencari Karya Di E-Sastera.com?

6. Bagaimana berforum di E-Sastera.com?

7. Bagaimana memblog di E-Sastera?

8. Bagaimana bersembang di E-Sastera?

9. Bagaimana Meenghantar Mesej Di E-Sastera?

10. Enam Ikon Di Laman Pendaratan

APENDIKS. Bagaimana Mengkomposisi Karya Siber?

INFO TAMBAHAN

iT1. Mahu ke E-Sastera lama?

iT2. Mahu menghantar karya ke media konvensional?

iT3. Mahu mempromosi produk/perkhidmatan anda di portal ini?
 

-------------------------

0.0 PANDUAN UMUM

0.1. Nama Domain

0.1.1. Sdr ke laman pendaratan (landing page) portal eSastera melalui nama domainnya www.eSastera2u.com.  Namun nama domain alternatif www.e-Sastera.com boleh digunakan. (Pihak kami mempromosikan portal ini sebagai e-Sastera.com).

0.1.2. Nama domain e-Sastra.com dan eSastra.com akan membawa sdr terus  ke seksyen e-Sastra (dulunya dinamai e-Sastera Indonesia).

0.2. Masthead

Untuk kembali ke muka depan eSastera dari mana-mana halaman portal ini, sila klik logo MASTHEAD di bahagian atas laman, sebelah kiri:

0.3. Pendaftaran

Untuk membaca dan menyiarkan karya di eSastera, sila DAFTAR diri sebagai pengguna. Untuk mendaftar:

>Klik butang "Daftar" di sudut atas kanan muka depan eSastera;

         Daftar     Log Masuk 

>Isi borang yang keluar (Mohonkan hadkan Nama Pengguna kepada bentuk alfa-nombor, iaitu tiada ruang kosong dan tanda baca):

http://rumah.ws/gambar/logo/eSastera2u-Daftar-borang.png

>Hantar borang dengan menklik butang  "DAFTAR MASUK" .

Perhatian:

(1)Nama Pengguna dan alamat e-mel TIDAK boleh diedit setelah dihantar.

(2)Hanya nama pengguna berbentuk alfanumerik sahaja yang boleh digunakan untuk fungsi sembang (on-line chat). Maka elakkan penggunaan ruang kosong dan tanda baca pada nama pengguna.

Setelah berjaya mendaftar, sepucuk e-mel akan dihantar oleh sistem ke alamat e-mel yang sdr tuliskan dalam borang itu untuk mengingatkan sdr akan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang sdr daftarkan di eSastera.

0.4. Papan Pemuka (Dashboard)

Cara paling selesa untuk mengurus kegiatan sdr di eSastera ialah melalui laman peribadi sdr (dinamai "Papan Pemuka").  Setelah sdr log masuk ke eSastera, sdr boleh terus ke laman "Papan Pemuka" itu dengan mengklik butang "Papan Pemuka" yang keluar di sebelah butang Log Masuk (kini Log Keluar) tadi.  Papan Pemuka berada di lokasi ini: eSastera2u.com/index.php/users/home/index

 

1.0 BAGAIMANA MENYIARKAN KARYA di E-SASTERA.COM?

(Di portal ini, semua karya eceran dinamai Artikel dan genre berkenaan dilabeli Seksyen. Sesuatu seksyen terbahagi kepada beberapa Kategori).

INGATAN:

(1) Seseorang pengkarya dibenarkan menyiarkan hanya sebuah karya sahaja daripada sesuatu genre (seksyen) pada sesuatu hari. 

(2) Setiap pengguna dikehendaki menyiarkan sekurang-kurangnya satu karya sebulan (apa-apa genre) untuk menempatkan dirinya sebagai penulis siber di portal ini.

Untuk menyiarkan karya (setelah berdaftar sebagai pengguna eSastera):

1.1. Log masuk

>Klik butang   Log Masuk 

   Akan keluar borang ini:

http://rumah.ws/gambar/logo/eSastera2u-Klik_Masuk.png

>Tuliskan Nama Pengguna sdr

>Taipkan Kata laluan

>Klik butang "Klik Masuk"

Setelah berjaya log masuk, ikon-ikon di sudut kanan atas akan bertukar daripada

 Daftar     Log Masuk  kepada  Papan Pemuka      Log Keluar 

dan sdr akan menerima mesej: Selamat Datang Nama pengguna.

CARA 1 MENYIARKAN KARYA

Setelah log masuk, ikut langkah ini:

  >Seskyen >Nama Seksyen >Tambah Artikel

Sdr akan dibawa ke kotak Buat Karya" (lihat 1.4).

CARA 2 MENYIARKAN KARYA

1.2. Pergi Ke Papan Pemuka

Klik butang   Papan Pemuka   (di sebelah atas kanan halaman):

>Sdr akan dibawa ke papan pemuka sdr yang mengandungi:

 +Laman Utama Saya       +Artikelku    +Bukuku     +Rangkaianku     +Dindingku 

1.3. Klik "Artikelku"

Untuk menyiarkan karya, klik ikon "Artikelku".

1.4. Klik ikon "Buat Artikel"

>Akan keluar borang Buat Artikel untuk sdr menaipkan dan menerbitkan artikel (karya) sdr.  Gunakan borang itu:

 

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/esastera2uborang.png

1.5. Isikan Borang "Buat Artikel"

Isikan/lengkapkan borang Buat Artikel itu:

(a) Pilih Seksyen dan Kategori: Untuk menyiarkan Sajak misalnya, pilih Seksyen: Sajak dan Kategori: Teks Sajak.

(b) Nota: Untuk kotak "Imej", sila:

      (i) pilih URL dan masukkan URL (alamat laman web) bagi gambar yang sdr

           kehendaki (URL video seperti YouTube.com tidak diterima di sini); ATAU

      (ii) pilih MUAT NAIK dan pilih gambar dari cakera keras komputer sdr.

(c) Untuk kotak "Tag" pula, boleh biarkan kosong sahaja.

(d) Masukkan artikel (karya) ke dalam kotak Kandungan.

PERHATIAN:

(i) Pilih Fon: Sebelum dihantar, pilih jenis fon yang sdr hendak gunakan untuk artikel sdr itu dan aplikasikan kepada seluruh artikel itu.  Sdr boleh juga memilih warna fon, jika mahu.  Jika sdr tidak memilih fon, karya sdr tetap akan disiarkan tetapi akan kelihatan agak kelabu dan kekadang sukar dibaca nantinya dengan fon Arial berwarna hitam dan saiz 11.

(ii) IMEJ: Ada dua cara untuk memasukkan imej ke dalam kotak Kandungan karya ni: (1) "COPY IMAGE" dari mana-mana laman web & paste imej itu di sini; atau (2) "COPY IMAGE LOCATION" dari mana-mana imej di laman web, tekan ikon "image" pada kotak Kandungan (header baris ketiga, ikon ketiga dari kiri), dan paste URL image itu di kotak yang disediakan (bukan dikotak taip karya).  PERHATIAN: Imej dari komputer (harddisk, thumb drive) tidak dapat ditambahkan ke kotak kandungan karya. Imej dari cakera keras dan thumb-drive sdr boleh dimuatnaikkan ke portal eSastera2u.com di "Dinding" portal itu. Setelah siap dimuatnaikkan, sdr boleh gunakan imej itu untuk dimasukkan ke karya masing-masing. Imej dari "kotak imej" karya boleh juga dimasukkan ke kotak karya.

(iii) LATAR: Warna atau imej latar kepada teks karya dapat dimasukkan dengan menggunakan fasiliti TABLE (baris 4, item ke-5 pada ikon masuk karya).

(iv) HTML: Kotak Kandungan akan bertukar  kepada ragam kod HTML apabila sdr klik ikon "Source" (Ikon pertama, baris pertama).  Sila klik ikon "Source" ini setiap kali sdr mahu memasukkan kod HTML (termasuk kod embed dari musidumper.com dan YouTube.com).

(v) MUZIK: Pastikan sdr klik ikon "source" pada bahagian atas kotak Kandungan ("kotak masuk karya") sebelum memasukkan code dari (a) musicdumper.com, (b) fullmusik.net, dll.

(vi) VIDEO:  Pastikan sdr klik ikon "source" pada bahagian atas kotak Kandungan ("kotak masuk karya") sebelum memasukkan kod video dari YouTube.com, dll. (Untuk memasukkan video YouTube, gunakan kod yang diperoleh melalui "Share" + "Embed"). Lihat nota 1.7 untuk keterangan lanjut.

(vii) Khas di seksyen "Poems", untuk kategori "Malay Poems In English" dan "English Poems In Malay": Pengkarya diminta menyiarkan karya dalam kedua-dua versi (Malay dan English).

 

(e). Klik kotak kecil "Terbit".

(f) Klik butang "Buat".

1.6. Karya Tersiar

Karya akan tersiar di bawah Kategori/Seksyen yang dipilih tadi. Karya akan tersiar dengan dua komponen: Imej yang dimasukkan ke "kotak imej" akan tersiar sebagai "imej karya" (di sudut kiri) dan teks/imej yang dimasukkan ke kotak isi karya akan tersiar di sebelah kanannya.

PERHATIAN. Sdr TIDAK BOLEH mengedit atau memadam artikel (karya) sdr. Jika melakukan kesilapan, siarkan semula dan mohon bantuan Administrator untuk memadamkan karya yang mengandungi kesilapan itu. TERKINI: Sdr diberi 45 minit untuk mengedit karya yang disiarkan.

IAB/26.12.2012 1:24AM

1.7 Memasukkan video YouTube

Dipetik dari: https://support.bigcommerce.com/questions/1434/How+do+I+make+a+YouTube+video+autoplay%3F

1.) Pergi ke video YouTube yang dikehendaki.

2.) Klick pada butang Share.

3.) Klick pada butang Embed.

4.) Salin kod HTML yang keluar.

5.) Pergi ke laman karya di eSastera yang hendak dimasukkan video YouTube itu.

6.) Klik butang Source pada editor eSastera.

7.) Tampalkan kod YouTube tadi di tempat yang dikehendaki.

Untuk automain, tambah &autoplay=1 kepada kod tadi sebaik-baik selepas ?rel=0 pada kod asal. Misalnya:

<iframe width="420" height="315" src="[URL video YouTube]?rel=0&autoplay=1" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

8) Klick butang “Hantar”.

 

2.0 BAGAIMANA MENULIS DI DINDING E-SASTERA.COM?

2.1 Nota Dinding (Wall Posts)

Fasiliti "Dinding" merupakan rakaman status dan dapat bertindak sebagai blog.  Dinding mampu memaparkan:

(a) BLOG GU (atau WE-BLOG: semua nota dinding yang dicatatkan oleh semua pengguna);

(b) BLOGKU (atau ME-BLOG: nota dinding yang dicatat oleh seseorang pelayar yang sedang log-masuk serta Nota Dinding yang dikomennya);

(c) BLOGMU (atau YE-BLOG: nota dinding yang dicatat oleh seorang pelayar lain yang ditentukan oleh pelayar yang sedang log-masuk serta Nota Dinding yang dikomen oleh pelayar lain itu).

(d) BLOG CARIAN: Nota Dinding pengguna yang ditentukan oleh oleh pelayar, termasuk Nota Dinding pelayar itu sendiri, tanpa memaparkan blog pengguna--pengguna lain yang dikomen oleh pengguna yang dicari itu. (Senarai ini sama seperti  senarai BLOGKU dan BLOGMU tetapi tanpa Nota Dinding orang lain yang dikomen oleh pengguna berkenaan).

2.1.1. Untuk mencatat nota/komen di dinding:

>Log masuk. >Klik PAPAN PEMUKA >Klik "Dindingku".

[Cara alternatif / ringkas untuk pergi ke laman "Dindingku" ialah dengan menklik ikon "Dinding" (diwakili oleh imej dinding atau label "Dindingku") pada bar "Nota Dinding Terkini"].

Akan keluar borang di bawah ini:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-Nota-Dinding-Borang.png

>Masukan URL (dari internet) atau Nama-Fail (dari cakera/USB komputer). (Amaran: Buat masa ini, ada imej yang tidak diterima oleh sistem dan sistem nantinya akan memaparkan kata "avatar" sahaja di tempat paparan imej).

>Taipkan status/nota (Apa yang terlintas di fikiran anda).

PERHATIAN: Kotak input status/nota ini dapat menerima hanya satu imej, sama ada daripada internet (tampalkan URL) atau cakera/USB.  Sebagai alternatif, ia dapat juga menerima video dari YouTube:  Untuk menyiarkan video YouTube.com di sini: Jangan taipkan apa-apa di kotak input status; hanya tampalkan semata-mata URL video YouTube di situ. Perhatian: Untuk ragam memasukkan video You.Tube, kotak "imej" boleh dibiarkan kosong, kalau tidak nantinya imej berkenaan akan tersiar di sebelah atas paparan video. [Teks tambahan tidak dibenarkan; jika perlu, tambah teks pada kotak Komen nantinya]. PERHATIAN: Sekiranya URL video YouTube yang diperoleh berbentuk seperti berikut:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&;v=CUetUuJyaGA

sila padamkan bahagian "feature..." hingga tanda semi-colon (diwarnakan merah di sini).

>Klik "Hantar."

Nota Dinding Tersiar

Nota Dinding  akan tersiar dengan dua komponen: Imej pengguna (yang di Biodata pengguna) tersiar sebagai "imej karya" (di sudut kiri) dan teks/imej yang dimasukkan ke kotak Nota Dinding akan tersiar di sebelah kanannya.

2.1.2. Kotak "Tulis Komen" juga akan keluar di sebelah bawah nota dinding pengguna lain.  Sdr boleh masukkan komen sdr dengan menaip di dalam  kotak itu dan menekan kekunci "Enter" di papan kekunci komputer sdr.

2.1.3. Untuk membaca BLOGKU atau BLOGMU tanpa Nota Dinding yang dikomen: Pada butang Pilih Pengguna, sila klik nama pengguna yang dikehendaki, kemudian klik butang  Search .

AMARAN: Sekiranya sdr ke "Dinding" tanpa melalui "Papan Pemuka" sdr, maka sdr hanya boleh membacanya kerana tidak disediakan dengan kotak untuk meninggalkan nota atau komen. [Guna kaedah alternatif memberi kesan yang sama seperti melalui "Papan Pemuka"].

2.1.4. Hashtag #

Mulai Julai 2013, eSastera memperkenalkan fasiliti #hashtag di Nota Dinding. Fasiliti ini memungkinkan trending dalam diskusi. Kandungan yang ada #hashtag akan dikumpul dan dapat dipaparkan dalam satu paparan yang sama berasaskan topik #hashtag itu. INGATAN: Hanya satu kata yang diletakkan pada simbol #hagtag itu akan diambil sebagai topik #hashtag itu. Misalnya, jika sdr mahu trending isu "Politik Tanah Air", gunakan topik hashtag #PolitikTanahAir (tanpa aksara "space").

Perhatian. Fungsi #Hashtag juga beroperasi di kotak komen bagi mana-mana status Dinding.

2.1.5. Notifikasi "Komen" dan "Klik SUKA"

Dinding ada menyediakan notifikasi untuk penulisnya akan sebarang "komen" dan "klik SUKA" baru yang dimasukkan oleh pembaca.

 

2.2 Profilku

Sila ambil perhatian bahawa "Dinding" juga mengandungi "Profilku" (butir-butir profil pengguna).

Profilku boleh dikemaskainikan untuk

>Tukar Imej Profil

>Kemaskini Profil (Tukar nama, alamat, nombor telefon, dan nombor faks.  Nama Pengguna dan alamat e-mel tidak boleh ditukar).

>(Papar) Profilku.

2.3 Mesej

Dinding juga mengandungi mesej untuk menghantar/membaca "mesej peribadi" (private message).

 

3.0 BAGAIMANA MENULIS DAN MENERBITKAN BUKU DI E-SASTERA.COM?

3.1. Terdapat dua jenis buku yang boleh ditulis, iaitu:

(a) buku seorang pengarang (single-authored); dan

(b) buku berkongsi (co-authored): ditulis bab demi bab oleh pengguna yang berlainan.


Untuk menulis buku, ikuti langkah ini:

3.2. (a) Log-masuk >Papan Pemuka >Bukuku >Buat buku;

               ATAU

        (b) Log-masuk >Papan Pemuka >Seksyen >Nama Seksyen >Tambah Buku:

[PERHATIAN: Buku akan tersenarai di seksyen "Buku" (atau seksyen-seksyen lain yang dipilih semasa buku itu dibuat; pada masa ini, hanya seksyen "Buku" sahaja yang membenarkan buku ditambah padanya).  Buku juga dapat diakses melalui header "BUKU" di laman pendaratan portal ini].

Setelah sdr ikut langkah 3.1(a) atau 3.1(b): Akan keluar borang "Buat Buku" untuk menulis buku:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-BuatBuku.png

 

Isikan:

+Nama Buku: Judul.

+Ringkasan: Sinopsis buku sdr.

+Seksyen: Pilih "Buku".

+Kategori: Pilih yang sesuai dengan buku sdr.

+Jenis: Pilih "Co-authored" (jika mahu berkongsi) atau "Single-authored" (jika mahu tulis seorang).

+Imej Buku: Pilih imej yang sesuai. (Masukkan imej melalui URL atau gunakan RAYAU imej dari cakera keras komputer sdr).


3.2. Klik butang "Buat Buku"

Sdr akan dibawa ke laman yang menunjukkan buku itu (dalam keadaan masih belum mempunyai sebarang bab) tersedia untuk ditambahkan bab pertama kepadanya:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-BukuMula.png


 

Contoh di atas ialah buku jenis kongsi berjudul "sample testing" yang dimulai oleh Joe Thomas.

 

3.3. Buat Bab

Tambah bab kepada buku sdr (dengan menklik butang "Buat Bab").

Perhatian: Untuk buku kongsi, sesiapa sahaja yang telah log masuk, boleh menambah bab. Namun "pemilik" buku itu (orang yang memulakan buku itu) ada kuasa untuk mengedit/memadam input orang lain.

Berikut ialah contoh yang menunjukkan buku dalam keadaan apabila bab-bab telahpun ditambah padanya. (pastikan sdr telah log masuk sebelum menklik pautan):

Single-authored book (buku sendiri @ seorang penulis):

http://esastera2u.com/index.php/users/home/bookview/id/29

Co-authored book (buku kongsi):

http://esastera2u.com/index.php/users/book/view/id/30

 

3.4. Terbit

3.4.1. Setelah buku siap, klik butang "Terbit". Buku itu akan tersenarai dalam senarai buku di laman utama, bawah kepala "Buku".

Untuk buku kongsi, hak menerbit hanya ada pada "pemilik" buku.

3.4.2. Setiap Bab buku itu juga perlu "Diterbitkan" oleh penulisnya sebelum pembaca dapat mengakses Bab itu.  Untuk menerbitkan sesuatu bab:

(a) Klik judul Bab yang berkenaan;

(b) Klik butang "Publish" (gambar glob) yang keluar apabila judul Bab itu diklik (imej paling kanan dalam senarai gambar di bawah):

http://rumah.ws/gambar/logo/eSasstera2u-Buku-Logos-Bab-PublishDll.png

3.5. Edit Bab

Untuk mengedit Bab sesuatu buku:

>Log masuk >Papan pemuka> Babku >judul bab

>Klik butang edit (butang ketiga):

http://rumah.ws/gambar/logo/eSasstera2u-Buku-Logos-Bab-PublishDll.png

>Edit Bab dan hantar.

3.6. Padam Bab

Untuk memadam Bab sesuatu buku:

>Log masuk >Papan pemuka> Babku >judul bab

>Klik butang Padam (butang keempat):

http://rumah.ws/gambar/logo/eSasstera2u-Buku-Logos-Bab-PublishDll.png

>Padam Bab dan hantar.

 

3.7 Lihat Buku

Jika sdr pemilik sebuah buku dan sdr klik butang "Baca", sdr akan dibawa ke laman Pandangan Buku (Book View) ini:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSasstera2u-BookView-Keseluruhan.png

Buka di atas ialah sebuah buku kongsi, dimiliki (dibina) oleh pengguna dr.irwan, dan mengandungi 4 bab (yang disumbangkan oleh empat orang pengguna, iaitu dr.irwan, irwan2, irwan3, dan irwan4). Perhatikan bahawa:

(a) URUS BUKU: Untuk buku sdr, sdr boleh Nyahterbit, Edit (item-item di borang "Buat Buku"), dan Buat Bab;

(b) URUS BAB: Untuk buku kongsi milik sdr, sdr sebagai Pemillik buku akan dapat uruskan semua bab: Lihat format Pdf, Lihat format biasa (termasuk komen bab), Edit bab, Padam bab, dan Nyahterbit bab walaupun ditulis oleh pengguna lain.  (Buat masa ini, butang Padam Bab masih belum beroperasi).

(c) Untuk buku kongsi milik orang lain:

(i) URUS BAB: Bagi bab tulisan sdr, sdr boleh Lihat format Pdf, Lihat format biasa (termasuk komen bab), Edit bab, Padam bab, dan Nyahterbit bab.  (Buat masa ini, butang Padam Bab masih belum beroperasi). 

(ii) Bagi bab tulisan pengguna lain, sdr hanya boleh Lihat format Pdf dan Lihat format biasa (termasuk komen bab itu).

 

4.0 BAGAIMANA BERGERAK DI E-SASTERA.COM?

4.1 Dari Laman Pendaratan

Laman pendaratan (landing page) ialah laman tempat sdr dibawa apabila masuk ke e-Sastera.com pada mulanya.  Laman ini dinamai juga laman eSastera-Site.  Setelah berada di laman ini, sdr boleh bergerak ke laman-laman lain dalam portal e-Sastera seperti yang berikut:

4.1.1. Di sebelah atas laman ini ada sebarisan ikon-ikon utama yang akan membawa sdr ke bahagian-bahagian dalaman portal eSastera. Ini barisan ikon itu:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-ikon-eSasteraSite.png

Laman Utama: Ikon ini ialah ikon untuk membawa sdr ke laman pendaratan ini  dari mana-mana bahagian dalaman portal e-Sastera.

Seksyen: Ikon ini akan membawa sdr ke senarai Seksyen (genre karya eceran), dengan nama dan logo seksyen yang berkenaan disenaraikan secara urutan alfa*.

Buku: Ikon ini akan membawa sdr ke senarai buku yang digarap di portal ini.

Dinding: Ikon ini akan membawa sdr ke bahagian Dinding (catatan status atau miniblog).

Blog: Ikon ini akan membawa sdr ke bahagian blog (WprdPress).

Forum: Ikon ini akan membawa sdr ke bahagian Forum.

Berita: Ikon ini akan membawa sdr ke bahagian Berita yang dimasukkan oleh pihak Admin portal eSastera.

Mengenai: Ikon ini membawa sdr ke bahagian maklumat tentang portal eSastera yang dimasukkan oleh pihak Admin.

Hubungi: Ikon ini akan membawa sdr kepada buti-butir alamat perhubungan dan kemudahan menghantar mesej kepada Admin eSastera.

4.1.2. Ikon Pilih Seksyen:

*Sdr boleh terus ke laman pendaratan mana-mana Seksyen dengan menklik ikon "Pilih seksyen di sini" yang berada di sebelah bawah kepala (header) portal eSastera ini:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-ikon-PilihSeksyenDiSini.png

4.1.3. Fasiliti "Pilih seksyen" ini juga ada di laman pendaratan setiap seksyen.  Misalnya, di seksyen "Cerpen", ia kelihatan begini:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-Butang-PilihSeksyen.jpg

4.2. Masuk ke Laman Utama Saya

>Log Masuk >Papan Pemuka

Sdr di bawa ke Papan Pemuka sdr, di lokasi "Laman Utama Saya".  Di situ juga ada ikon "header" yang membawa sdr ke lokasi lain milik sdr, iaitu Artikel, Buku, Rangkaian, dan Dinding:

 +Laman Utama Saya       +Artikelku    +Bukuku     +Rangkaianku     +Dindingku 

 

4.3. Kembali Ke Laman Pendaratan e-Sastera.com

Laman pendaratan (landing page) ialah laman tempat sdr dibawa apabila masuk ke e-Sastera.com pada mulanya.  Setelah sdr berada di laman-laman lain, sdr boleh kembali ke laman pendaratan ini dengan menklik logo masthead di sudut atas kiri semua laman.  Ini logonya:

4.4 Di Laman Karya

Apabila sdr berada di laman yang memaparkan sesuatu artikel (laman karya), ada dua baris butang di atasnya, dengan setiap baris mengandungi tiga butang, seperti yang berikut:

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-ArticleDisplay-Headers.png

Butang-butang ini akan memindahkan sdr ke lokasi tertentu apabila di klik:

4.4.1. Butang Baris Pertama (Untuk butang "section"):

<  Memindahkan ke seksyen sebelumnya dalam senarai seksyen

section Memindahkan ke laman pendaratan seksyen yang sedang dilayari

> Memindahkan ke seksyen berikutnya dalam senarai seksyen. (Mengembalikan ke seksyen pertama jika berada di seksyen terakhir).

Kesan yang sama diperoleh apabila menekan titik-titik boleh klik pada butang "category" dan "Artikel".

4.4.2. Butang Baris Kedua:

-Apabila diklik nama pengarang (dalam kes ini "anbakri"): sdr akan dibawa ke profil pengarang yang berkenaan.

 

5.0 BAGAIMANA MENCARI ARTIKEL (KARYA) DAN KOMEN DI E-SASTERA.COM?

>Log masuk  >Papan Pemuka  >Laman Utama Saya

          >Artikelku  >Senarai Ringkas Artikel

atau

>Log masuk >Senarai Artikel

 

Untuk mencari KOMEN, tukarkan "Artikel" kepada "Komen" :

>Log masuk >Papan Pemuka >Laman Utama Saya >Komen Di Artikel

atau

>Log masuk >Senarai Komen

 

Imej senarai yang keluar (lihat imej di bawah ini) membolehkan senarai dipilih (select) mengikut Seksyen dan Kategori serta ada kemudahan "Carian".  Di samping itu, senarai boleh disusun (sort) mengikut Judul, Pengarang, dan tarikh penerbitan. Judul artikel juga boleh diklik untuk membawa pembaca ke laman paparan artikel yang berkenaan.

 

http://rumah.ws/gambar/esastera2u/eSastera2u-SenaraiRingkasArtikel.png

6.0 BAGAIMANA BERFORUM DI E-SASTERA

>Log Masuk >Forum

6.1. Tema (Skop/bidang) perbincangan disediakan oleh Admin. (Jika sdr mahu tema tambahan, sila mohon bantuan Admin).

6.2. Klik nama tema (skop/bidang) untuk memulakan aktiviti berforum di bawah tema (skop/bidang) itu.

6.3. Klik >Topik Baru untuk memulakan topik baru di bawah sesuatu tema (skop/bidang). Pengguna yang mengklik "Topik Baru" akan diminta membekalkan "Subjek" dan "Kandungan" yang berkaitan dengan subjek itu.

6.4. Untuk menambah perbincangan di bawah sesuatu topik, klik pada topik.  Apabila diklik sesuatu topik, pengguna dibawa ke laman yang mengandungi topik itu sahaha.  Di laman itu, ada butang "Jawapan baru".  Klik butang itu untuk mengemukakan pandangan:  >Topik >Jawapan baru. Pengguna akan disogokkan dengan kotak "Kandungan" (pandangan baru) untuk diisikan.

 

7.0 BAGAIMANA MEMBLOG DI E-SASTERA

(Dalam tulisan ini, "blog" merujuk kepada Nota Dinding seseorang pengguna dan komen pengguna itu terhadap nota Dinding pengguna lain).

7.1. NOTA DINDING.  Cara paling mudah untuk menulis blog di eSastera ialah dengan menggunakan kemudahan Nota Dinding. Sdr boleh tuliskan apa-apa bahan berbentuk blog di Dinding dan siarkan di situ.  Nota dinding kemudiannya dapat dipaparkan dengan salah satu daripada tiga cara yang berikut:

(a) BLOGKU (ME-BLOG): Jika ikon ini diklik, sistem akan memaparkan semua Nota Dinding tulisan sdr menjadikannya kumpulan tulisan blog sdr.  Komen sdr terhadap Nota Dinding pengguna lain  juga dipaparkan bersama-sama dengan Nota Dinding yang dikomen itu.

(b) BLOG GU (YE-BLOG): Apabila ikon ini diklik, sistem akan memaparkan Nota Dindidg tulisan semua pengguna berdasarkan "Yang terkini di atas sekali".  Semua komen terhadap Nota Dinding itu juga dipaparkan sama.

(c) BLOGMU (HE-BLOG): Jika ikon ini diklik, sistem akan memaparkan semua Nota Dinding tulisan pengguna yang sdr pilih, menjadikannya kumpulan tulisan blog pengguna yang berkenaan.  Komen pengguna terhadap Nota-nota Dinding itu juga dipaparkan bersama-sama dengan Nota Dinding yang dikomen itu.

(d) Paparan Nota Dinding seseorang pengguna tanpa komen pengguna itu terhadap Nota Dinding orang lain diperoleh dengan menggunakan ikon "Cari Pengguna".

7.2. BLOG WORDPRESS. Blog WordPress yang disediakan adalah untuk kegunaan pengurusan sahaja. Kami telah membatalkan rancangan untuk menyediakan blog WordPress multi-users.

7.3. SEKSYEN ATAU KATEGORI PORTAL E-SASTERA SEBAGAI BLOG.  Pengguna boleh memblog di e-Sastera.com dengan membeli sebuah seksyen +BLOG nama blog anda) atau membeli sebuah kategori (di seksyen +blog@eSastera).  Sila memohon daripada Admin. Harganya ialah RM200 untuk seksyen dan RM100 untuk kategori. E-mel: admin.eSastera@gmail.com

 

8.0.BAGAIMANA BERSEMBANG DI E-SASTERA?

8.1. Kemudahan "sembang" (on-line chat) mula dilaksanakan pada September 2013.

8.2. Aktiviti sembang dimulakan dengan sdr menklik pada nama "Pengguna pada talian" yang tersenarai apabila sdr berada di laman utama portal e-Sastera.com ini.  Apabila nama diklik, sebuah kotak sembang akan mucul di skrin. Pad kota itu, tercatat nama  bakal rakan sembang yang diklik itu.

8.3. Untuk meneruskan bersembang, taipkan mesej dalam kotak sembang dan klik "Enter" untuk menghantarnya.

8.4. Kotak sembang yang sama akan muncul di skrin rakan sembang yang sdr pilih tadi dan dia akan dapat membalas sembang yang berkenaan.

8.5. Nota tambahan:

(a) Sdr dapat bersembang dengan beberapa orang rakan sembang pada masa yang sama kerana setiapa sesi sembang itu akan berlaku pada kotak sembang yang berasingan.

(b) Kotak sembang akan terbenam (hilang sementara) apabila sdr berpindah ke:

  • (i) tab laman web di luar portal ini, termasuk mengklik ikon "Blog-WP" ;
  • (ii) halaman-halaman yang di luar rangkuman laman utama (eSastera-Site) portal ini, iaitu apabila sdr masuk ke halaman-halaman dalam rangkuman Papan Pemuka (termasuk ikon-ikon "Senarai Artikel" dan "Senarai Komen"). 

Walau bagaimanapun, kotak sembang akan timbul semula apabila sdr kembali ke mana-mana halaman di bawah rrangkuman laman utama portal ini.

(c) Buat masa ini, bahan sembang tidak disimpan dalam sistem portal ini.  Jika mahu mengarkibkannya, sila salin sendiri dan tampal di dalam dokumen peribadi sdr setelah selesai berrsembang.

 

9.0.BAGAIMANA MENGHANTAR MESEJ PERIBADI DI E-SASTERA?

9.1. Anda boleh menghantar/membaca mesej kepada/daripada mana-mana pengguna portal E-Sastera ini dengan mengklik ikon "Mesej" di laman Dindingku.

9.2. Bilangan mesej untuk anda yang belum anda baca ada dipaparkan di laman utama portal ini.

9.3. Kemudahan mesej di portal ini membenarkan anda menyertakan/menerima dokumen Lampiran kepada mesej anda.

10.0. ENAM IKON PENERAJU DI LAMAN PENDARATAN E-SASTERA

10.1. Apabila pengguna log-masuk ke portal e-Sastera, enam ikon peneraju akan muncul di laman pendaratan, di sebelah atas bar Nota Dinding Terkini, seperti yang berikut:

10.2. Ikon-ikon itu, dari kiri ke kanan ialah:

          -Senarai ringkas Nota Dinding

          -Senarai artikel terkini

          -Senarai artikel popular

          -Senarai artikel pilihan

           -Senarai ringkas semua artikel

          -Senarai komen pada artikel

 

APENDIKS: BAGAIMANA MENGKOMPOSISI KARYA SIBER?

A.1. Karya siber bukan sahaja ditulis tetapi dikomposisikan.

A.2. Karya yang disiarkan di portal ini seharusnya bersifat "siber".  Janganlah disiarkan karya dalam bentuk teks hitam di atas latar putih semata-mata.  Karya berbentuk "teks hitam di atas latar putih" apabila disiarkan di alam siber dinamai karya siber primitif.

Animated Messages - Hello

A.3. Kaedah penyiaran karya di portal ini mensyaratkan sekurang-kurang sebuah imej disertakan dengan karya.  Untuk menambahkan keberkesanan karya sesuai dengan sifatnya sebagai karya siber, sdr boleh memasukkan unsur-unsur siber tambahan yang berikut: imej tambahan, warna teks dan warna latar, unsur animasi teks dan imej, audio, link interaktif, dll.

A.4. Unsur siber yang ditambahkan kepada karya hendaklah mempunyai nilai tambah dalam mengukuhkan peluahan fikiran dan emosi pada karya itu, bukan sebagai hiasan semata-mata.

A.5. Karya siber seharusnya dikomposisi di alam siber untuk diapresiasi di alam siber.

INGAT: Sasterawan siber beroperasi di dunia penulisan yang berlainan dengan dunia penulisan konvensional, dengan peraturan dan budaya berkarya yang berbeza daripada peraturan dan budaya di dunia penulisan konvensional.

 

 

 

IAB/27.12.2012 4:30AM Terkini: 14.09.2013 08:40AM

INFO TAMBAHAN:

iT1. Mahu ke E-Sastera lama?

eSastera.com (eSastera lama): http://920634.sites.myregisteredsite.com (atau

                                                            http://www.eSastera.net)

https://support.web.com

iT2. Mahu menghantar karya ke media konvensional?

2.1 Berita Harian Ahad (E-mel: bhsastera@mediaprima.com.my)

Pengaragn kreatif dipelawa menghantar karya cerpen bermutu dan bermoral ke halaman Sanggar Kreaitf, Kembara, BH Ahad, melalui e-mel. Pengirim wajib menyertakan biodata, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, gambar yang jelas berukuran 2 megabait menggunakan sistem JPEG, serta nombor akaun Maybank atau CIMB.  Cerpen tidak boleh melebihi 110 barisan.

2.2 Mingguan Malaysia (E-mel: sasteramm@gmail.com)

Penulis karya keatif dialu-alukan menyumbangkan karya seperi cerpen, puisi, ulasan buku, dan rencana.  Untuk cerpen, panjang karya lebih kuang 1,900 perkataan sahaja.  Untuk rencana sastera dan ulasan buku, panjangnya 800 perkataan.  Karya boleh dihantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia, E-mel: sasteramm@gmail.com).  NOTA: Cerpen dan puisi yang tersiar dalam Mingguan Malaysia bermula awal tahun akan dinilai untuk Hadiah Sastera Utusan.  Oleh itu, setiap cerpen yang dikirimkan hendaklah disertakan dengan biodata dan gambar penulisnya sekali.

iT3. Mahu Mempromosi Produk/Perkhidmatan Di Portal Ini?

Ruangan "Promosi" disediakan untuk iklan/promosi berbayar.  RM10 sehari.

Sila hubungi Puan Ilya (Emel: pejabat.eSastera@gmail.com).

Iklan sdr akan dipaparkan di laman pendaratan portal ini dan di laman pendaratan semua Seksyen secara serentak. (Iklan termasuk grafik dan teks).