Anugerah: HesCom

HADIAH E-SASTERA.COM (HesCom)

Pada setiap tahun, mulai 2003, eSastera mengeluarkan anugerah untuk karya terbaik yang disiarkan sepanjang sesuatu tahun di portal eSastera.  Kali terakhir, HesCom telah diadakan di Alor Setar, Kedah pada tahun 2011.  Untuk tahun 2012, HesCom tidak diadakan kerana portal eSastera mengalami masalah teknikal. HesCom seterusnya akan diadakan pada Disember 2013.  Venuenya masih belum ditentukan lagi.  Mulai 2011, semua anugerah dikeluarkan oleh Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA).

SYARAT PENYERTAAN:

1. Menyiarkan biodata lengkap (termasuk gambar) di seksyen "Profil" portal ini.

2. Menyiarkan minimum 12 buah karya dalam genre (seksyen) yang ditandingi untuk tahun yang berkenaan.

3. Masih aktif berkarya di portal eSastera dalam masa dua bulan terkahir sebelum HesCom diadakan.

3. Untuk anugerah "Sasterawan Alam Siber" (SAS) yang dikeluarkan setiap tiga tahun sekali, calon hendaklah aktif berkarya dalam pelbagai genre di portal eSastera sepanjang tiga tahun yang berkenaan.  (Anugerah SAS berikutnya akan dikeluarkan pada tahun 2013).

(Hadiah sebenar hanya akan diterima oleh pemenang yang hadir  di majlis penyampaian hadiah).

 

ANTARA ANUGERAH YANG PERNAH DIKELUARKAN:

Anugerah Penyair Alam Siber (APAS)

Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS)

Anugerah Cerpenis Alam Siber (ACAS).

Anugerah Novelis Alam Siber (ANAS).

Anugerah Dramatis Alam Siber (ADAS).

Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (AHMAS).

Anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS).

 

LAPORAN HesCom (Sila klik untuk membacanya)

2011