SAYEMBARA MENULIS SAJAK/CERPEN AKAL

Wed, Jan 22, 2014 @ 10:29 PM

SAYEMBARA MENULIS SAJAK/CERPEN AKAL

MENANGI HADIAH WANG RM6,000

 

TEMA: Orang Kelainan Upaya (Terencat Akal)

PENGANJUR: Persatuan Membantu Orang-orang Kurang Upaya (AKAL) Negeri Kedah

PENGURUS: E-Sastera

PELANCARAN: Sayembara ini telah dilancarkan secara rasminya di majlis "E-Sastera Kembara Puisi" di Royal Kedah Club, Alor Setar, Kedah pada 11.1.2014.

SYARAT SAYEMBARA:

1. Tema: Keprihatian penyair terhadap OKU terencat akal.

2. Penghantaran Karya:

Sajak hendaklah disiarkan di portal eSastera2u.com, seksyen Sajak, kategori Sayembara AKAL 2014.

Cerpen (2000-3000 perkataan) hendaklah disiarkan di portal eSastera2u.com, seksyen Cerpen, kategori Sayembara AKAL 2014.

Karya untuk sayembara ini boleh juga disiarkan di fb "eSastera Warung" dengan syarat setiap karya disertakan dengan hashtag #esSayembaraAKAL2014 dan hashtag #esNamaPenulis.

3. Kewarganegaraan: Terbuka untuk semua penulis dari mana-mana negara asalkan karyanya dalam bahasa Melayu/Indonesia.

4. Had Bilangan Karya: Seseorang peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada lima buah karya bagi setiap genre sajak/cerpen. Setiap karya akan dinilai secara berasingan.

5. Tempoh sayembara: 11.1.2014-30.4.2014.

 

HADIAH

Hadiah (Sajak):

Pertama: RM1,000; Kedua: RM500; Ketiga: 5 hadiah @ RM100.

Hadiah (Cerpen):

Pertama: RM2,000; Kedua: RM1,000; Ketiga: 5 hadiah @ RM200.


 

PENERBITAN

100 buah puisi/cerpen terbaik akan diterbitkan dalam sebuah antologi khas dan hasil jualannya akan diderma kepada AKAL.



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan di majlis "Malam OKU (AKAL) di Kedah" pada hujung tahun 2014 ini.


 

Kenyataan ini dikeluarkan oleh E-Sastera
Bertarikh: 22 Januari 2014.

Komen (1)

TabirAlam

Saturday, October 04, 2014 @ 9:25 AM

Bila akan dimaklumkan perkembangan keputusan sayembara ini?