Sayembara Menulis Sajak Telegram MH370

Thu, Mar 13, 2014 @ 12:24 PM

DALAM menggalakkan perkembangan sastera di medium berteknologi tinggi yang sesuai, eSastera telah melancarkan sayembara menulis sajak yang dinamai Sayembara Menulis Puisi Telegram "MH370 Masih Hilang".  Sayembara itu adalah seperti yang berikut:


Sayembara Menulis Puisi Telegram "MH370 Masih Hilang"


Hadiah: Ke-1 RM370, Ke-2 RM295, dan Ke-3 RM37.00.

Sila siarkan sajak sdr (maksimum 5 buah) di grup Telegram eSastera.


Tarikh tutup: apabila pesawat MH370 ditemui.

(Hadiah ditaja oleh eSastera Enterprise dll).
 

Komen (7)

admin

Thursday, December 18, 2014 @ 4:46 AM

Buku antologi "MH370 Masih Hilang" (Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2014) kini telah terbit dan dapat dibeli dari www.kedaiEsastera.com (Harga RM20, termasuk pos laju ke mana-mana lokasi di Malaysia).

padang

Tuesday, June 10, 2014 @ 1:11 AM

Assalamualaikum, apakah lomba ini sudah terbit bukunya? Terima kasih

IrwanAbuBakar

Wednesday, June 11, 2014 @ 12:32 AM

Ya, bukunya telah terbit tetapi dicetak sekadar beberapa naskhah untuk dilancarkan tempoh hari. Kami sedang menguruskan penerbitan semula dengan naskhah yang lebih banyak.

Balas komen ini

kablam22

Friday, April 18, 2014 @ 1:56 PM

Terima kasih, E-SASTERA!

admin

Sunday, April 13, 2014 @ 7:28 PM

KEPUTUSAN Sayembara Menulis Puisi Telegram "MH370 Masih Hilang" anjuran eSastera

(Para Pemenang perlu datang pada malam Perada Cinta untuk pelancaran antologi puisi telegram "MH370 Masih Hilang" dan penyampaian hadiah... pada Selasa 15 April 2014 jam 8.00 malam di Universiti Malaya.)

Kami terima 64 penyertaan.

Keputusan:

Pertama (RM370): Ke Mana Kau Terbang oleh Kablam22;

Kedua (RM259 ): Pelangi Doa oleh Ammarhazim;

Ketiga (RM37.0): Doa Untuk MH370 oleh Ibnu Din Assingkiri.

Tahniah buat semua pemenang. Untuk maklumat lanjut, sila masuk ke grup telegram eSastera.

IrwanAbuBakar

Monday, March 31, 2014 @ 6:53 PM

Sayembara ini kini ditutup setelah Perdana Menteri memaklumkan bahawa kesudahan pesawat MH370 telah ditemui di Lautan Hindi.

admin

Monday, March 24, 2014 @ 1:01 AM

PINDAAN SYARAT:

Tarikh tutup: Apabila pesawat MH370 ditemui ATAU apabila jumlah entri mencapai 100 buah puisi (yang mana lebih dahulu).