Promosi

Lihat Semua
Memaparkan 1-3 daripada 24 hasil.

E-Sastera @ Facebook

Sunday, March 01, 2015 @ 2:03 AM

KOPSTAR FM - KLIK UNTUK DENGAR

Wednesday, November 30, -0001 @ 12:00 AM

PERSATUAN AKTIVIS E-SASTERA MALAYSIA

Wednesday, November 30, -0001 @ 12:00 AM

Pergi ke halaman:
Search
Content Title All Users

Thursday, September 28, 2017 @ 2:26 PM
Tiada Komen

Cengkih

 
1276 Cengkih

Wednesday, August 12, 2015 @ 9:11 AM
Komen (1)

Tajuk:Gambar-gambar Program Kembara Puisi ASASI - E-SASTERA (7 Ogos 2015)
kablam22
Program ini telah dijayakan di Pinggiran Istana Darulqiam, Pekan Tunjang, Jitra, Kedah pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015. Dari kiri: Puzi Hadi, YB Tuan Aminuddin Omar, dan Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas.

 
1275 kablam22

Wednesday, August 12, 2015 @ 9:06 AM
Tiada Komen

Tajuk:Gambar-gambar Program Kembara Puisi ASASI - E-SASTERA (7 Ogos 2015)
kablam22
Program ini telah dijayakan di Pinggiran Istana Darulqiam, Pekan Tunjang, Jitra, Kedah pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015.

 
1272 kablam22

Wednesday, August 12, 2015 @ 9:05 AM
Tiada Komen

Tajuk:Gambar-gambar Program Kembara Puisi ASASI - E-SASTERA (7 Ogos 2015)
kablam22
Program ini telah dijayakan di Pinggiran Istana Darulqiam, Pekan Tunjang, Jitra, Kedah pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015.

 
1271 kablam22

Wednesday, August 05, 2015 @ 11:38 AM
Komen (1)

Tajuk:JELAJAH PUISI ASASI - ESASTERA
kablam22
Jemput hadir semua, Jumaat ini, 7 Ogos 2015.

 
1270 kablam22

Wednesday, July 01, 2015 @ 9:02 AM
Komen (1)

Tajuk:MOREH PUISI DINIHARI DI SANGGAR ABADI KAMPUNG BUKIT KAPAR
masshah
JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKANNYA...!

 
1269 masshah

Monday, June 29, 2015 @ 11:29 PM
Komen (2)

Tajuk:Antologi Puisi Sirah
IrwanAbuBakar
Alhamdulillah, tercetak sudah antologi "Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber" yang sama-sama kita usahakan selama dua tahun. Tahniah dan syabas buat semua penyumbang. Selautan terima kasih buat kawan kita, sdr Puzi Hadi, yang bertungkus-lumus mengusahakan kompilasinya.

 
1268 IrwanAbuBakar

Wednesday, April 29, 2015 @ 12:52 PM
Komen (1)

Tajuk:kota kata kota jiwa
iminja sr
di wajah berbekas parut kenangan juga pengalaman rentetan suka duka rebah berguling bangkit menerjang ruang mencari diri kekadang hilang kekadang bungkam dalam diam menatap kepergian waktu tanpa jemu menongkah terus memalit mencoret sisa-sisa kehidupan lalu mewarnai dalam diari perjalanan panjang di batas yang sementara ini....

avatar

 
1266 iminja sr

Wednesday, April 29, 2015 @ 12:38 PM
Tiada Komen

Tajuk:Menulis Antara Imiginasi dan Realiti
iminja sr
Imiginasi menelurkan idea , begitu juga realiti yang terbentang dan terpampang di hadapan mata. Melaluinya rasa meruntun jiwa , terhimpun dan terkumpul menyesak ruang sukma lalu terluah , terlontar mengisi ruang-ruang karya dalam bentuk aksara indah mengungkap pelbagai rupa dan lukisan penuh bermakna .

 
1265 iminja sr

Sunday, March 01, 2015 @ 7:03 AM
Komen (1)

Tajuk:E-Sastera Bertandang Ke Facebook
IrwanAbuBakar
Mulai 12.2.2015, E-Sastera telah membuka medan penyiaran alternatif di facebook.com (fb), media sosial yang sangat popular di kebanyakan negara sekarang ini, termasuk Malaysia dan Indonesia. Medan penyiaran berbentuk "e-majalah sastera" itu adalah menyerupai portal utama E-Sastera, iaitu bentuk eSastera2u.com, dengan pelbagai seksyen yang dinamai "group" di fb. Sehingga 28.2.2015, sebanyak 15 grup telah dibangunkan, dengan sebuah grup induk dan 14 grup karya berasaskan genre. Grup terakhir yang dibangunkan setakat ini ialah grup "E-Sastera Teka-Teki" yang mula beroperasi pada 28.2.2015. Kesemua 15 grup yang membentuk "E-Sastera @ Facebook" adalah ddibangunkan di bawah akaun fb E-Sastera Malaysia.

Medan karya alternataif disediakan E-Sastera di fb disebabkan laman sosial itu amat mudah diakses dana amat popular. Menurut pengasasnya Irwan Abu Bakar, E-Sastera juga mendapati bahawa pada hari ini, fb telah menyediakan fasiliti yang agak memadai untuk pengkarya mengkomposisikan karya siber walaupun masih pada peringkat asas. Walau apapun, fb mempunyai fasiliti notifikasi yang sangat baik dan mengagumkan.

E-Sastera @ fb dibentuk dengan memanfaatkan pembangunan fasiliti grup yang disediakan fb. Pada peringkat grup pula, fasiliti utama yang digunakannya ialah "pinned post" (atau kiriman terpin), apabilan sebuah kiriman dapat ditetapkan supaya sentiasa berada pada kedudukan paling atas. E-Sastera @ fb memanfaarkan hal ini untuk pengkarya bergerak dari satu grup ke grup yang lain. Fasiliti ini dapat digunakan untuk pengkarya bergerak di dalam sesuatu grup untuk membaca karya melalui Daftar Kandungan yang disediakan Admin grup karya yang berkenaan.

Kehadiran grup "e-majalah" E-Sastera di fb dilambangi masthead (di fb dinamai "group picture") yang sama dengan masthead yang digunakan di portal utamanmya di e-Sastera.com. Di samping itu, masing-masing grup karya dilambangi oleh sebuah "identity image" (citra pengenalan) masing-masing.

Pihak E-Sastera berharap kewujudan medan alternatif di fb untuk menyiarkan karya akan membantu E-Sastera dalam usahanya membangunkan khalayak pengkarya dalam pelbagai genre. Usaha ini, menurut Irwan Abu Bakar, dilakukan berasaskan teori pernioagaan moden, di mana peniaga pergi mendekati bakal klien.

E-Sastera @ Facebook dapat diakses melalui ke nama domain E-Sastera.net (atau eSastera.net).

E-Sastera - Masa Depan Tamadun Anda!

-Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 1 Mac 2015

avatar

 
1264 IrwanAbuBakar

Thursday, February 12, 2015 @ 4:20 PM
Komen (2)

Tajuk:APA KHABAR SEMUA?
ibnudinassingkiri
Assalamualaikum,

Lama juga saya tak dapat masuk kerana kesukaran log-in. Saya ingatkan portal eSastera dah tak sukakan saya lagi. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menetaskan karya...tapi apakan daya tak boleh log-in. Sekarang dah boleh. Di harap tidak bermasalah lagi selepas ini.

Sesiapa ingin bertukar buku "Fragmen Senja" dengan buku karangan sendiri atau ingin membeli terus dari saya boleh menghubungi saya di din.sanusi4570@yahoo.com.my atau no tel. dalam profil saya.

Buku terbaru saya bakal terbit, Kumpulan Puisi "Jejak-Jejak Di Pantai.
Beberapa manuskrip lain turut menyusul. Tahun ini bakal menjadi tahun yang produktif, Insha Allah.

Salam kreatif selalu.

 
1263 ibnudinassingkiri

Tuesday, February 03, 2015 @ 10:11 PM
Komen (2)

Tajuk:seni takdir
Hamizun Syah
saya berhajat untuk menjual novel seni takdir ini dengan promosi penghabisan stok RM 12.00 tidak termasuk kos penghantaran.hp/0174081107 (mizun)

 
1260 Hamizun Syah

Monday, February 02, 2015 @ 10:25 AM
Komen (3)

Tajuk:salam perkenalan buat warga esastera.
SelendangHitam
Tolong tunjuk ajar kepada saya orang baru dalam dunia puisi

avatar

 
1258 SelendangHitam

Wednesday, January 14, 2015 @ 5:36 PM
Komen (7)

Tajuk:Salam pekenalan
mohd_rusdi
https://www.youtube.com/watch?v=kUmWXXpv1bc

 
1256 mohd_rusdi

Wednesday, January 14, 2015 @ 5:34 PM
Komen (1)

Tajuk:Salam pekenalan
mohd_rusdi
https://www.youtube.com/watch?v=kUmWXXpv1bc

Saya ahli baru dalam sastera maya ini. Masih mentah dan malar hijau dalam dunia sastera. Mohon tunjuk ajar saudara dan saudari yang punya banyak pengalaman. :)

avatar

 
1255 mohd_rusdi

Thursday, January 08, 2015 @ 1:14 PM
Komen (2)

Tajuk:Puisi adalah jejak
Ade Riyan Purnama
Membuat sejarah dengan mencipta puisi

 
1252 Ade Riyan Purnama

Wednesday, December 17, 2014 @ 9:39 AM
Komen (4)

Tajuk:KUMP. CERPEN "FRAGMEN SENJA"
ibnudinassingkiri
Assalamualaikum & salam sejahtera,

-Tumpang promosi buku baru saya terbitan ITBM, 185 m/s 20 cerita. Ditulis dalam gaya dan bahasa sederhana yang mampu dihadami oleh khalayak pembaca yang terdiri dari pelbagai lapisan.
***
Kumpulan cerpen dan cerita mini ini adalah rakaman jejak pengalaman, pemerhatian dan persepsi tentang kehidupan yang dituangkan ke dalam pelbagai cerita masyarakat. Cerita-cerita ini tercetus dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain yang kemudiannya ditukangi dengan elemen-elemen fiktif dan imaginasi, nilai-nilai murni serta memakai beberapa alat kesusasteraan (â??literature devicesâ??) untuk menghasilkan cerita-cerita yang bukan sahaja menjadi sumber bacaan menghiburkan, tetapi mampu mengajak ke arah kebaikan.
***
-Potongan harga (pos percuma) sementara stok masih ada.

-Jika berminat untuk membeli terus dari penulis sila berhubung via
fb (pm) www.facebook.com/sanusi.din atau no. tel di profil eSastera.com

Wassalam.

 
1242 ibnudinassingkiri

Wednesday, December 10, 2014 @ 2:01 PM
Komen (1)

Tajuk:APRESIASI SAJAK "ARS POETICA", KARYA AZIZ ZABIDI
ibnudinassingkiri
"Aziz Zabidi termasuk salah seorang penulis yang selalu memberi kejutan yang menyenangkan (â??pleasant surpriseâ??) kepada dunia perpuisian siber eSastera. Beliau jarang berkarya, akan tetapi karyanya selalu muncul dengan kekuatan tersendiri dan selalu menjadi inspirasi...."

Nantikan esei apresiasi penuh karya di atas. (Masih dalam proses penulisan.)

avatar

 
1241 ibnudinassingkiri

Tuesday, December 02, 2014 @ 2:58 AM
Komen (1)

Tajuk:Apresiasi Kumpulan Sajak MH 2757: Sajak-sajak Digilis Tayar
aziz zabidi
Apresiasi ringkas saya terhadap buku Kumpulan Puisi penyair Matahati; MH 2757:Sajak-sajak Digilis Tayar di Kritikan Sastera. Salam hormat

avatar

 
1239 aziz zabidi

Monday, November 10, 2014 @ 4:01 PM
Tiada Komen

Tajuk:CARA MASUKKAN AUTOPLAY MUZIK DARI YOUTUBE
ibnudinassingkiri
panduan utk mengetahui cara memasukkan "embed code" youtube serta tambahan embed code untuk memainkan muzik secara auto play, ini pautannya:

http://www.esastera2u.com/index.php/site/pages/16

avatar

 
1238 ibnudinassingkiri

Thursday, October 30, 2014 @ 4:09 PM
Komen (1)

Tajuk:Apresiasi Singkat Sajak "Manjalara" karya schwarzermann
ibnudinassingkiri
Sila ke sajak untuk membaca apresiasi. Terima kasih. :)

avatar

 
1237 ibnudinassingkiri

Friday, October 17, 2014 @ 10:20 AM
Komen (3)

Tajuk:Ngomel Sekejap: Peranan eSastera Semakin Diakui
masshah


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT mengurniakan kita nikmat yang amat banyak hingga tidak terhitung jika kita mahu menghitungnya. Juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat dan seluruh umat Islam di mana pun berada. Jumaat yang indah, penghulu segala hari, salam penuh ceria dan kasih sayang buat seluruh penulis dan penyair di Portal eSastera.

Dari sehari ke sehari, portal ini semakin mendapat sambutan, yang baharu dan yang lama berpadu bersatu hati terus berkarya demi merancakkan dan menyemarakkan dunia penulisan perpuisian tanah air. Penulis sendiri masih perlu banyak belajar, membaca, meneliti,menghayati setiap karya yang terbit di sini. Setiap penulis mempunyai lenggok cara penulisan mereka tersendiri, namun ia masih tidak lari dari asas utama penulisan puisi.

Syabas serta tahniah buat sahabat-sahabat penulis yang sungguh aktif keratif, terus menerus berkarya tanpa rasa jemu. Buat diri sendiri, harap-harap terus bersemangat untuk menulis dan berkarya di portal ini. Melihat kepada perkembangan terkini eSastera, secara pribadinya, eSastera telah mengorak lebih jauh dan banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah membuka mata minda banyak pihak, akan keaktifan eSastera dalam aktiviti sasteranya. Penulis yakin keterlibatan eSastera amat diakui oleh orang luar.

Sebelum-sebelum ini pun, eSastera sudah aktif bergelanggang di luar, namun kini semakin rancak dan bertambah meriah aktiviti yang dijalankan. Terbaharu, penulis teruja dengan aktiviti eSastera seterusnya, iaitu kemunculan Saudara Irwan Abu Bakar di radio online KopstarFM, dengan slot mengajar cara-cara berkarya di Portal eSastera2u dan memberi tip-tip penulisan puisi. Penulis yakin, ini akan menarik minat lebih ramai lagi khalayak di luar sana untuk berkarya di Portal eSastera.

Walaupun penulis sendiri, tidak aktif seperti sahabat-sahabat yang lain bergelanggang turut serta dengan kegiatan luar bersama eSastera, namun penulis sendiri melihat penuh minat dengan perkembangan ini. Doa dan harapan, terus maju serta ingin melihat dunia sastera tanahair dipandang tinggi oleh masyarakat dan dunia luar. Justeru itu, seluruh penulis dan penyair di eSastera mestilah terus menerus menyemarakkan dunia penulisan perpuisian tanahair.

Agar nanti lahirlah karya-karya yang mencetuskan kesedaran khalayak tentang peri pentingnya kehidupan insan tentang, kehidupan, kebebasan, kedamaian, keharmonian, kasih sayang, perpaduan, keamanan, dan sebagainya. Semoga nanti akan terbina satu tamadun tinggi untuk bangsa Melayu...inilah cetusan maksud Masa Depan Tamadun Anda.

Sekian adanya Ngomel Sekejap mengisi ruang di Portal eSastera ini. Terima kasih atas perhatian sahabat semua.

Sampai ketemu lagi.

avatar

 
1235 masshah

Saturday, September 27, 2014 @ 2:24 AM
Komen (1)

Tajuk:Joko Pinurbo (Jokpin)
IrwanAbuBakar
Tulis Yo Sugianto, kawan kita dari Sastra Reboan, Jakarta, dalam mesej WhatsaApp: Saat ini dia (Jokpin) penyair nomer satu di Indonesia, di luar yang tua seperti Sapardi, Taufik Ismail, atau Sutardji. Fans Jokpin banyak sekali. Bukunya yang terkenal "Celana".

Ini petikan dari Wikipedia tentang Jokpin:

Joko Pinurbo

Pekerjaan: Penyair
Kewarganegaraan: Indonesia
Aliran: sastra kontemporer
Lahir di Pelabuhan Ratu, Sukabumi, Jawa Barat, 11 Mei 1962; umur 52 tahun. Karya-karya puisinya merupakan campuran antara naratif, ironi dan refleksi diri.[1] .

Ia lulus dari jurusan Bahasa dan Sastra Indonesia IKIP Sanata Dharma, Yogyakarta. Ia pernah menjadi redaktur Basis, Gatra, dan Sadhar terbitan IKIP Sanata Dharma, mengajar di almamaternya dan terakhir bekerja di PT Grasindo cabang Yogyakarta. [2]

Joko Pinurbo mulai menulis puisi pada usia akhir 20-an walaupun ia telah membaca puisi-puisi Indonesia sejak remaja. Dalam menulis puisi, ia kerap mencampur antara realitas dengan impian, hikmat dengan unsur-unsur komik, si angkuh dan si pejalan kaki, yang semua itu dapat ditemukan dalam satu baris dan diucapkan dalam satu hembusan napas. Citra reliji dapat tampil berdampingan dengan komentar-komentar berbau sosial politik pun percakapan yang intim.

Beberapa karya puisi Joko Pinurbo tampaknya merupakan parodi dari tradisi puisi Indonesia. Selain itu ia juga gemar menggunakan pencitraan yang kelihatannya klise yang jarang ditemukan dalam puisi Indonesia, misalnya pengacuannya pada objek-objek yang biasa ditemukan sehari-hari seperti sarung, telepon genggam, kamar mandi, celana panjang merupakan ciri khas dari karya-karya Joko Pinurbo.

Puisi-puisi Joko Pinurbo:

Celana, IndonesiaTera, Magelang, 1999.
Di Bawah Kibaran Sarung, IndonesiaTera, Magelang, 2001.
Pacarkecilku, IndonesiaTera, Magelang, 2002.
Telepon Genggam, Kompas, Jakarta, 2003.
Kekasihku, Kepustakaan Populer Gramedia, Jakarta, 2004.
Pacar Senja: Seratus Puisi Pilihan, Grasindo, Jakarta, 2005.
Kepada Cium, Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2007.
Celana Pacarkecilku di Bawah Kibaran Sarung, Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2007
Tahilalat, Omahsore, Yogyakarta, 2012.
Haduh, aku di-follow, Kepustakaan Populer Gramedia, Jakarta, 2013 [kumpulan puitwit [puisi-twitter] @jokopinurbo].
Baju Bulan: Seuntai Puisi Pilihan, Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2013.

Selain puisi, Joko Pinurbo juga menulis esai. Karya-karyanya dipublikasikan di berbagai majalah dan surat kabar, a.l.: Horison, Basis, Kalam, Citra Yogya, Jurnal Puisi, Mutiara, Suara Pembaruan, Media Indonesia, Republika, Kompas dan Bernas. Sajak-sajaknya juga dimuat pula dalam berbagai antologi, a.l.: Tugu (1986), Tonggak (1987), Sembilu (1991), Ambang (1992), Mimbar Penyair Abad 21 (1996), Utan Kayu Tafsir dalam Permainan (1998).

Penghargaan:

Sebagai apresiasi terhadap karya-karyanya, Joko Pinurbo telah mendapatkan banyak penghargaan, beberapa antaranya yaitu pada tahun 2001 ia memenangi Penghargaan Buku Puisi Terbaik Dewan Kesenian Jakarta, Hadiah Sastra Lontar, dan Sih Award (Penghargaan Puisi Terbaik Jurnal Puisi) dan ia juga terpilih sebagai tokoh sastra versi majalah Tempo. Selain itu Joko Pinurbo juga meraih penghargaan The Khatulistiwa Literary Award pada tahun 2005 lewat buku Kekasihku. Dalam lingkup internasional, Joko Pinurbo pernah diundang untuk membaca puisi di Festival Puisi Antarbangsa Winternachten Over-zee 2001 di Jakarta, Festival Sastra/Seni Winternachten 2002 di Belanda, Forum Puisi Indonesia 2002 di Hamburg, Jerman, dan Festival Puisi Internasional-Indonesia 2002 di Solo.

== Blog dan Twitter == Joko Pinurbo ternyata juga aktif berkarya di dunia maya, sebut saja blognya di jokopinurbo.blogspot.com, dan di Twitter dengan user ID @JokoPinurbo.

Di sini diturunkan sebuah sajaknya:

Celana, 1

Ia ingin membeli celana baru
buat pergi ke pesta
supaya tampak lebih tampan
dan meyakinkan.

Ia telah mencoba seratus model celana
di berbagai toko busana
namun tak menemukan satu pun
yang cocok untuknya.

Bahkan di depan pramuniaga
yang merubung dan membujuk-bujuknya
ia malah mencopot celananya sendiri
dan mencampakkannya.

â??Kalian tidak tahu ya
aku sedang mencari celana
yang paling pas dan pantas
buat nampang di kuburan.â??

Lalu ia ngacir
tanpa celana
dan berkelana
mencari kubur ibunya
hanya untuk menanyakan:
â??Ibu, kausimpan di mana celana lucu
yang kupakai waktu bayi dulu?â??

(1996)

avatar

 
1233 IrwanAbuBakar

Sunday, September 21, 2014 @ 4:01 PM
Komen (2)

Tajuk:Buku unik "Peneroka Malam"
IrwanAbuBakar
SEGERA TERBIT "Peneroka Malam"

Langka, bahkan dibilang sulit dijumpa, buku karya penyair Malaysia di toko buku, baik online maupun nyata untuk dimiliki, dibaca dan disimak kata-katanya.

Kini, akan terbit sebuah kumpulan puisi yang tak hanya hadir di antara penikmat sastra Indonesia tapi juga diulas oleh penyair dan akademisi. Ulasan pada setiap puisinya, yang masuk dalam buku itu.

Sebuah buku dengan format isi yang berbeda, dan mungkin yang pertama ada.

"Peneroka Malam" judul buku karya Irwan Abu Bakar itu akan segera terbit awal November 2014.

Penerbit: E Sastra Management Enterprise, Jakarta, Indonesia.

 
1231 IrwanAbuBakar

Tuesday, September 16, 2014 @ 4:03 PM
Komen (2)

Tajuk:Seminar Sastera Malaysia-Indonesia
IrwanAbuBakar
SEMINAR SASTERA MALAYSIA-INDONESIA
Tema: Diskusi Dan Apresiasi Karya Milik Bersama

Penganjur: Fakultas Seni Budaya, Universitas Gajah Mada (UGM), Jogjakarta dengan kerjasama Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA)
Tarikh: 10-12 November 2014 (Isnin-Rabu)
Tempat: Jogjakarta, Indonesia.
Pengurus Acara: ESastera Enterprise (Malaysia) dan E Sastra Management Enterprise (eSMe) (Indonesia).
Pembicara/Penyair Undangan dari Malaysia: Dr. Lim Swee Tin
Pembicara Undangan dari Indonesia: Ahli akademik dari UGM.

MAKLUMAN untuk para sasterawan dan ahli akademik Malaysia yang ingin menyertai seminar ini:
Tiket Penerbangan: Sila beli sendiri tiket AirAsia yang berikut:
(a) PERGI KL-Jogjakarta Isnin 10.11.2014 Penerbangan AK346 @ 12.00 tengah hari;
(b) PULANG Jogjakarta-KL Rabu 12.11.2014 Penerbangan AK349 @ 5.20PM.
Kos tempatan di Jogjakarta (penginapan, pengangkutan, dan makan minum bagi setiap peserta):
RM850 (bilik twin sharing) / RM990 (bilik single).

TEMPAHAN TEMPAT UNTUK MENYERTAI SEMINAR: Sila hubungi Puan Ilya Kablam 019-255-0599.

PROGRAM:
Antara acara utama seminar ini adalah seperti yang berikut:
-Diskusi sastera: Mendiskusi novel "Meja 17" karya Irwan Abu Bakar.
-Pelancaran buku "Peneroka Malam" (sebuah buku puisi-dan-ulasan Malaysia-Indonesia).
-Teater dari episod novel "Meja 17", persembahan grup teater dari Jogjakarta.
-Baca puisi dari buku "Peneroka Malam" dan lain-lain oleh penyair Malaysia dan Indonesia.
-Persembahan musikalisasi puisi (Lagu puisi) oleh GLP dari Malaysia dan band musikalisasi puisi dari Makasar, Sulawesi Selatan.
-Mengapresiasi persembahan drama tari "Ramayana" di candi Prambanan.
-Jelajah puisi di kaki gunung Merapi.

JANGAN ketinggalan. Hubungi pengurus acara sebelum 1.10.2014. (Esastera Enterprise, Puan Ilya 019-2550599)

avatar

 
1230 IrwanAbuBakar

Sunday, September 07, 2014 @ 11:36 PM
Komen (1)

Tajuk:Ole-Ole Pesta Buku Selangor 2014
masshah
Sekali lagi ke Pesta Buku Selangor, hari ini 7 09 2014, Ahad. Cari buku lama murah dan buku baru...esok hari terakhir, siapa yang belum pergi, esok masih ada;).

 
1229 masshah

Sunday, September 07, 2014 @ 2:52 AM
Komen (2)

Tajuk:Ole-Ole Dari Pesta Buku Selangor 2014
masshah
Singgah di MBC@MobileBookCafe, beli buku terbitan esastera.

avatar

 
1228 masshah

Wednesday, September 03, 2014 @ 12:47 AM
Tiada Komen

Tajuk:Jom Ke Pesta Buku Selangor 2014
masshah

Masih ada masa untuk memeriahkan Pesta Buku Selangor 2014, jalan-jalan cari buku. Jangan lepaskan peluang;)...

 
1227 masshah

Saturday, August 30, 2014 @ 1:15 AM
Komen (6)

Tajuk:E-Sastera di Adi Tivi, Jogjakarta
admin
http://youtu.be/SmyJdA06oAA

 
1226 admin

Sunday, July 27, 2014 @ 9:56 PM
Komen (2)

Tajuk:SELAMAT HARI RAYA
IrwanAbuBakar
Buat semua karyawan eSastera2u.com. Maaf zahir dan batin dari saya, Cikgu Hasimah, dan anak-anak. Semoga Aidilfitri sdr membahagiakan sepenuhnya.

 
1225 IrwanAbuBakar

Sunday, July 27, 2014 @ 7:47 AM
Tiada Komen

Tajuk:Kerinduan Syawal
admin
Lagu Raya baru dari GLP http://www.youtube.com/watch?v=u709CgdhzTY

 
1222 admin

Sunday, July 06, 2014 @ 12:26 PM
Tiada Komen

Tajuk:Sastera Grafik
IrwanAbuBakar
Malaysia ketengah novel grafik Kampung Boy dan wayang kulit di Pesta Buku Tokyo

Begitulah bunyinya berita di media hari ini yang mewarwarkan penglibatan aktif Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (ITBF) yang baharu sahaja berakhir. Istimewanya ITBF kali ini adalah atas pemilihan Malaysia sebagai "negara tema" pesta itu. Dan buku Kampung Boy yang dikenali ramai sebagai sebuah buku komik menjadi sebuah novel grafik dalam dunia perbukuan kini.

Atas semangat itu, mulai hari ini, portal eSastera ini membangunkan seksyen baru yang diberi nama Sastera Grafik. Seksyen ini dibahagikan kepada tiga kategori: Cerpen, Novel, dan Puisi. Sila manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk memupuk mahupun menyerlahkan bakat sdr dalam genre ini.

Mulai hari ini juga, eSastera memperkenalkan watak keempat dalam siri Cerpennya Grafiknya, Tera & Teri. Watak itu ialah seekor monyet bandar bernama Alexander. Dengan kemunculan Alexander, siri Tera & Teri kini akan dilatari empat watak: Tera dan Teri (masing-masing penulis puisi dan prosa), Poyo (rakan mereka yang gila-gila bahasa), dan Alexander, seekor monyet bandar milik Poyo.

 
1219 IrwanAbuBakar

Friday, May 23, 2014 @ 11:47 AM
Komen (2)

Tajuk:PROGRAM TITAN SASTRA E-SASTERA-JOGJAKARTA (8-11 OGOS 2014)
admin

Program Titian Sastra E-SASTERA-Jogjakarta (8 Ogos 2014-11Ogos 2014):

Kepada semua yang berminat untuk menyertai program ini, sila beli tiket Airasia pada tarikh di atas, flight number AK346 (waktu bertolak 9:45pg) dan flight number AK349 (waktu pulang 5:15ptg). Sila beli tiket sebelum 30 Jun 2014 untuk memudahkan pengurusan ground arrangement.

Kemudian, buat bayaran RM1,000 ke akaun Esastera Enterprise (CIMB: 1421 00086 23054) sebelum 30 Jun 2014 untuk ground arrangement.


Program lawatan untuk 4 hari 3 malam dilampirkan di bawah.

Yang sudah beli tiket setakat hari ini (23 Mei 2014):

1. Prof Ir Wan Abu Bakar (Presiden E-SASTERA)
2. Hasimah Harun (Ahli)
3. Anbakri Haron (AJK E-SASTERA)
4. Ruhana Mamat (Ahli)
5. Ilya Kablam (Setiausaha Eksekutif E-SASTERA)
6. Hijas GLP (Ahli)
7. Wan Dinie Ashrafi (Ahli)
8. Wan Ryzal Adly (Ahli)
9. Dato' Hajah Nor Azian (Setiausaha E-SASTERA)

 
1214 admin

Friday, May 23, 2014 @ 11:41 AM
Tiada Komen

Tajuk:PROGRAM TITIAN SASTRA E-SASTERA-JOGJAKARTA (8-11 OGOS 2014)
admin
Program 8 Ogos 2014 (Hari pertama)

 
1211 admin

Friday, May 23, 2014 @ 11:40 AM
Tiada Komen

Tajuk:PROGRAM TITAN SASTRA E-SASTERA-JOGJAKARTA (8-11 OGOS 2014)
admin
Program 9 Ogos 2014

 
1210 admin

Friday, May 23, 2014 @ 11:40 AM
Tiada Komen

Tajuk:PROGRAM TITIAN SASTRA E-SASTERA-JOGJAKARTA (8-11 OGOS 2014)
admin
Program 10 Ogos 2014

 
1209 admin

Friday, May 23, 2014 @ 11:39 AM
Tiada Komen

Tajuk:PROGRAM TITIAN SASTRA E-SASTERA-JOGJAKARTA (8-11 OGOS 2014)
admin
Program 11 Ogos 2014 (Hari terakhir)

 
1208 admin

Tuesday, May 06, 2014 @ 12:54 AM
Komen (1)

Tajuk:Menulis Dengan Kasih Sayang
masshah
Dari buku: Cakap-Cakap Puisi-AGI GHAFAR IBRAHIM.

Semoga ada manfaat untuk kita.

 
1202 masshah

Tuesday, April 29, 2014 @ 9:04 PM
Tiada Komen

Tajuk:Malam Puisi PENA-ITBM
masshah
Maklumat Hebahan dari: FB PENA

 
1201 masshah

Saturday, April 26, 2014 @ 11:58 AM
Komen (2)

Tajuk:BERCUTI SEMENTARA MENULIS PUISI
ibnudinassingkiri
saya sedang bercuti sementara menulis puisi sejak karya terakhir, bahasa melayu "menjelum rawan" dan bahasa inggeris "surreal delicacy." saya sedang menumpukan kepada penulisan narasi dan esei serta ingin memantapkan lagi ilmu penulisan puisi melalui kajian dan pembacaan sebelum menulis semula. sementara itu, saya hanya menjadi pembaca dan penikmat puisi sahabat semua. :)

avatar

 
1200 ibnudinassingkiri

Tuesday, April 22, 2014 @ 5:39 PM
Komen (1)

Tajuk:Pesta Buku (PBAKL 2014) Pesta Kegilaan Datang Lagi
masshah

Pantasnya masa berlalu, tinggal beberapa hari lagi satu pesta besar-besaran, ditunggu-tunggu oleh mereka yang gilakan buku akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pesta tahunan yang sering dilakukan ini bukan sembarangan pesta, bukan â??pesta poraâ?? yang entah apa-apa entah, juga bukan pesta terkinja-kinja di atas pentas . Tetapi pesta ini merupakan pesta yang penuh dengan kenikmatan dan kecanduan terutamnya kepada para pencinta buku.

Ya, pesta buat para pembaca, penerbit, penulis, para ilmuan dan seluruhnya manusia-manusia yang cintakan ilmu. Hati-hati mereka bersorak riang dengan kedatangan pesta ini. Mereka tidak sabar untuk mencuci mata melihat-lihat nikmat keindahan buku-buku. Bukan sahaja melihat-lihat tetapi sudah pasti mereka akan menyentuh, mendakapi seta mencumbui buku-buku tersebut. Saya tertarik dalam para sebuah sajak seorang penyair; Bangsa yang tidak sukakan buku merupakan bangsa yang penakut. Anda fikir-fikirkanlah sendiri, sama ada pernyataan ini benar atau salah.

Pesta buku setiap tahun ini akan membawakan penerbit-penerbit buku yang ada di tanah air, siapa yang tidak kenal penerbit-penerbit seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Mustread, Galeri Ilmu, Kemilau Publika, Jasmeen, dan banyak lagi. Mereka sentiasa produktif melahirkan karya-karya yang terbaik. Ramai yang sudah kenal penerbit-penerbit tersebut. Karya-karya yang diterbitkan hasil dari penulisan penulis yang cukup dikenali. Sebahagian khalayak sudah kenal dan banyak membaca karya-karya terbitan mereka.

Melihat pada iklan-iklan yang mereka war-warkan, sungguh mengujakan hati ini, sudah tentunya buku-buku terbitan terbaharu akan menjadi seperti goreng panas, ini dilihat bila setiap penerbit telah mengeluarkan buku-buku hasil penulisan karya-karya penulis masing-masing. Lihatlah Galeri Ilmu, sudah mengiklankan terbitan terbaharu mereka, juga Kumpulan Karangkraf, PTS, dan lain-lainnya. Mereka masing-masing sudah bersedia untuk diserbu oleh peminat dan pencinta buku yang bakal datang dari pelusuk tanah air.

Potongan harga atau diskaun juga sudah diwar-warkan, ada yang menawarakan pakej A atau pakej B, semua itu terserah kepada pembeli buku tersebut nanti. Begitulah bersemaraknya setiap penerbit menawarkan tawaran yang tentunya sangat berbaloi buat para pembaca. Lagi menariknya, ada tawaran melancong ke luar negara dengan membeli buku-buku hasil terbitan mereka, contohnya penerbit buku ITBM, dengan pembelian yang sangat berbaloi pembeli boleh melancong hadiah ke Paris. Hebat sungguh hebat sekali!. Bagaimana para sahabat semua, sudah bersedia untuk ke pesta buku kali ini?.

Pesta buku yang berlangsung selama sepuluh hari(24April-4Mei 2014) akan memberikan kepuasan yang maksima buat para pengunjung, di samping diskaun, tawaran hadiah dan pelbagai lagi. Pesta buku kali ini juga menawarkan pakej Ilmu, banyak program bedah buku bersama penulis, perkongsian ilmu dan macam-macam lagi disediakan oleh setiap penerbit. Bukan dapat buku sahaja, tetapi ilmu pun dapat. Itu terpulang kepada masing-masing, bijak-bijaklah menyusun masa, takut-takut ada yang histeria melihat tawaran yang pelbagai dalam pesta buku itu nanti.


JOM SERBU PESTA BUKU!.

 
1197 masshah

Friday, April 18, 2014 @ 1:54 PM
Tiada Komen

Tajuk:JELAJAH PUISI E-SASTERA II
kablam22
Jemput hadir beramai-ramai, esok! :D Terbuka kepada semua pengkarya di eSastera2u.com dan ahli Persatuan Aktivis e-Sastera Malaysia :D

ATURCARA PROGRAM JELAJAH PUISI E-SASTERA II DI RIVER TERRACE CHALET AND CAFE, ULU YAM, SELANGOR

SABTU, 19 APRIL 2014

8 pg: Breakfast dan Bayaran Pendaftaran RM 30 (untuk yg akan buat byrn esok)

9pg:

-Suaikenal antara ahli E-SASTERA dgn pelajar2 UM yg akan menyertai Kembara E-SASTERA-JOGJA pada 8-11 Ogos 2014.

-Briefing mengenai tentatif program kembara E-Sastera di Jogja

-Persembahan puisi (Deklamasi atau lagu puisi)

10pg: Jungle trekking (simple jungle trekking untuk menghargai keindahan alam)

11pg: Mandi sungai di area chalet

12tgh: Lunch

1tgh: Program selesai

 
1196 kablam22

Friday, April 18, 2014 @ 12:06 AM
Komen (4)

Tajuk:Malam Perada Cinta Di UM (1)
masshah
Bersama Penyair Ayah Agi Ghafar Ibrahim, Tuan Puzi Hadi, Baharuddin dan Cikgu...

 
1194 masshah

Sunday, April 13, 2014 @ 8:18 PM
Tiada Komen

Tajuk:Suitan Burung
sonny h sayangbati

Dua tubuh mungil

berdekap rapat

hangat



Tak perlu selimut

jiwamu saja bertaut dan pagut

cukup



Tak perlu api

jiwamu saja yang menyulut

taut



Aku dan kau

sejiwa, sejoli,

sejati















Jaga Blengko, 10-4-14

Sonny H. Sayangbati

 
1193 sonny h sayangbati

Friday, April 11, 2014 @ 1:28 AM
Komen (2)

Tajuk:DARI FB ILYA KABLAM
masshah
SEMUA DIJEMPUT HADIR...GRATIS!

 
1192 masshah

Wednesday, April 02, 2014 @ 5:58 PM
Komen (2)

Tajuk:doa untuk mereka
Mohd Azmi bin Harun

Januari pergi Febuari datang
mac terbang april mendarat
sesekali resah rindunya sayang
acapkali petunjuk hilang isyarat

hari berlalu berganti minggu
kapan bertemu kekasih hati
bagai sembilu menusuk kalbu
impian murni menjinak bukti!

Selamatlah MH370 dan 529 di Mesir.

avatar

 
1191 Mohd Azmi bin Harun

Tuesday, April 01, 2014 @ 6:16 PM
Komen (2)

Tajuk:Dari FB PENA
masshah
SEMUA DIJEMPUT HADIR

HOS: Dr.Ibrahim Ghaffar

TEMA: Doa Untuk MH370 dan Doa Untuk IkhwanulMuslimin

TARIKH: 4HB 04 2014

HARI: JUMAAT (MALAM)

 
1188 masshah

Wednesday, March 26, 2014 @ 9:16 PM
Komen (2)

Tajuk:TAKZIAH
masshah
Semoga Allah menempatkan kalian dikalangan mereka yang beriman. Takziah juga untuk mereka yang bukan beragama Islam. Semoga ahli keluarga yang terlibat dapat mengarungi kehidupan dengan tabah dan bersabar tanpa orang yang disayangi.

 
1187 masshah

Monday, March 17, 2014 @ 10:32 AM
Tiada Komen

Tajuk:MH370 wajahmu dirindui
Mohd Azmi bin Harun


wajah kasih rindu dihati
kerapkali sedih membalut rasa
dalam debar sabar menanti
wajah MH370 mengusik jiwa.

sudah terang lagi bersuluh
pelita padam minyak habis
keluarga MH370 tabah gagah
menanti setia tanpa lemas!

 
1186 Mohd Azmi bin Harun

Thursday, March 13, 2014 @ 12:21 AM
Komen (3)

Tajuk:Sayembara Telegram MH370 Masih Hilang
admin
DALAM menggalakkan perkembangan sastera di medium berteknologi tinggi yang sesuai, eSastera telah melancarkan sayembara menulis sajak yang dinamai Sayembara Menulis Puisi Telegram "MH370 Masih Hilang". Sayembara itu adalah seperti yang berikut:


Sayembara Menulis Puisi Telegram "MH370 Masih Hilang"


Hadiah: Ke-1 RM370, Ke-2 RM295, dan Ke-3 RM37.00.

Sila siarkan sajak sdr (maksimum 5 buah) di grup Telegram eSastera.


Tarikh tutup: apabila pesawat MH370 ditemui.

(Hadiah ditaja oleh eSastera Enterprise dll).

avatar

 
1184 admin

Tuesday, March 11, 2014 @ 6:10 PM
Tiada Komen

Tajuk:bunga harapan
Mohd Azmi bin Harun

Kepada semua keluarga mangsa
daku titipkan harapan keanjaiban
biarpun banyak hari tiada
pesawat harapan mendarat impian

dalam gelisah bicaranya sayu
warga dunia sepakat berdoa
bunga harapan belum layu
sekadar memetik debar seadanya!

avatar

 
1181 Mohd Azmi bin Harun

Tuesday, March 11, 2014 @ 2:34 PM
Komen (2)

Tajuk:SYAIR-PANTUN
ibnudinassingkiri
Kepada Mereka Yang Hilang
(Kembalilah ke Laman Ini)

Bagai biduk berlalu pergi
mereka pergi tidak pulang
ada yang tidak muncul lagi
begitu lama telah menghilang.

Kucari juga salah dan silap
entah terlanjur guriskan hati
semakin dicari semakin malap
puncanya tidak aku mengerti.

Laman dikemas supaya mantap
tempat mencurah ekspresi seni
marilah kembali mata menatap
karya yang indah banyak di sini.

Buang keruh ambil yang jernih
terkhilaf kata mohon diampun
mari kembali tanamkan benih
agar eSastera menjadi rimbun.

26-08-2013
Batu Kawan, Pulau Pinang
©Ibnu Din Assingkiri

avatar

 
1179 ibnudinassingkiri

Wednesday, March 05, 2014 @ 3:58 PM
Komen (2)

Tajuk:Pertemuan Dengan Pak Agi@ Abdul Ghafar Ibrahim
masshah
Sekitar jam satu petang bertemu Pak Agi, untuk mengambil buku-buku yang dipesan lewat tempohari melalui pesanan email fb Pak Agi. Sebelum itu, pada malam sebelumnya Pak Agi telah menelefon untuk bertemu secara muka untuk menyerahkan pesanan buku tersebut. Kebetulan Pak Agi bertugas menjadi pensyarah di UITM Puncak Perdana. Selalu lalu Pekan Meru, jadi kata Pak Agi tidak perlu pos buku-buku tersebut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat bersemuka dengan Pak Agi, siapa tidak seronok bila berjumpa penulis buku yang kita beli jumpa kepada kita. Seorang penyair yang keratif dalam penyampaian puisinya (Puisi Tri-V AGI). Juga merupakan ahli sastera yang cukup berpengalaman dalam dunia sastera khususnya puisi, beliau juga seorang pelukis.

Selepas makan tengahari, kami berkongsi cerita dan Pak Agi tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Berkongsi pengalaman dan ilmu puisi, ilmu deklamasi puisi, dan motivasi untuk diri ini. Apa yang menariknya, Pak Agi dengan aksi bersahaja mendeklamasikan beberapa buah puisi diKhalayak.

Saya sempat merakam beberapa aksi bersahaja Pak Agi mendeklamasikan puisinya. Terbaik dari Pak Agi..., memang tidak menjemukan mendengar celoteh dan segala perkongsian yang diberi. Hampir dua jam kami bersembang tanpa disedari...., Terima kasih Pak Agi...

Masshah2014
4hb 03 2014
Meru.

 
1178 masshah

Wednesday, February 26, 2014 @ 3:39 PM
Tiada Komen

Tajuk:kemarau dahagakan solat hajat
Mohd Azmi bin Harun


Cuaca muncul diluar jangkaan
lalu didoakan agar hujan segera membasahi bumi.Amiin.

avatar

 
1177 Mohd Azmi bin Harun

Tuesday, February 25, 2014 @ 8:23 AM
Komen (2)

Tajuk:PENCAPAIAN PERIBADI FEBRUARI 2014
ibnudinassingkiri
:
TARGET SEMUA SEKSYEN - 21 BUAH KARYA
PENCAPAIAN PADA 25.02.2014 - 25 BUAH KARYA
HASIL - 119%

:)

avatar

 
1176 ibnudinassingkiri

Thursday, February 20, 2014 @ 5:25 PM
Komen (4)

Tajuk:mencerna makna puisi
Mohd Azmi bin Harun

mana bintang mana bulan
suara E-sastera melamar suasana
Sifu 'IDA" tegas mengundang impian
ManShah di You-tube mencerna makna!

syabas dan tahniah buat kesungguhan para teman.
Jambatan kota melewati panjangnya jambatan ke 2
Pulau Pinang dan Woodland di Singapura.

Hanya tertanya-tanya mana perginya S.Iqram yang
dah lama tak jumpa.

 
1175 Mohd Azmi bin Harun

Thursday, February 20, 2014 @ 3:26 PM
Tiada Komen

Tajuk:Percubaan Baca Puisi: Jambatan Kota
masshah
http://www.youtube.com/watch?v=NWd6log8GdE

 
1169 masshah

Wednesday, February 19, 2014 @ 2:56 PM
Tiada Komen

Tajuk:Lepak Di Cedi Karya Wak Saring Sirad@Ismas Saring
masshah


Dua buah buku hadiah dari Wak Saring Sirad untuk saya, selepas balik dari Rumah PENA dalam program sastera Bicara Orang Muda bersama tetamu jemputan Sutung Umar RS.

Singgah rumah Wak Saring Sirad di Taman Hamzah Kapar. Akhirnya tertunai juga untuk mampir di rumahnya.

-Buku Antologi Puisi BAHTERA 2
-Buku Bersama Jejak Juang 6MB SELANGOR

Terima kasih kepada Wak Saring Sirad yang berkongsi pengalaman dan memberi motivasi serta rangsangan buat diri saya agar menulis. Teruja saya melihat buku-buku koleksi Wak Saring Sirad, karya-karya yang masih tersimpan di Cedi Karya beliau.

Juga, beliau sedang menyiapkan manuskrip novel yang tertangguh sekian lama. Sempat saya membelek-belek sebahagian manuskrip yang sudah siap. Semoga novel beliau cepat siap dan menemui khalayak yang sedia menanti.

Cerita punya cerita tak sedar hingga jam 5 petang... penat hilang bila berborak dengan Wak Saring Sirad.

Terima kasih Wak Saring Sirad@Ismas Saring ...

 
1164 masshah

Wednesday, February 19, 2014 @ 11:24 AM
Komen (1)

Tajuk:PENDIRIAN PENULIS
ibnudinassingkiri
--->


penulis berhak menulis apa sahaja yg ingin ditulisnya. penulis itu boleh jadi neutral, memihak, pemerhati, penasihat, pembawa mesej dan apa sahaja. penulis menulis melalui perspektif dan penilaiannya tentang dunia di kelilingnya. dengan membaca kita meminjamkan mata dan rasa serta deria lain penulis... teruskanlah menulis. saya ingin membacanya. :)

P/s:
Jangan sampai kena lapor Suruhanjaya Multimedia. :)

avatar

 
1163 ibnudinassingkiri

Monday, February 10, 2014 @ 2:52 PM
Komen (4)

Tajuk:PENCAPAIAN BULAN JANUARI 2014
ibnudinassingkiri
SASARAN - 21 KARYA (SEMUA SEKSYEN)

PENCAPAIAN - 21 KARYA (SEMUA SEKSYEN)

HASIL - 100%

* Bulan Februari, lambat mula, bolehkah mencapai 21 karya?

Jawapan klise: Saya akan cuba yang terbaik. :)

avatar

 
1161 ibnudinassingkiri

Wednesday, February 05, 2014 @ 10:10 AM
Komen (6)

Tajuk:Semarak Karya
Aiza Zizan
Assalamualaikum. Salam pagi Rabu. Alhamdulillah, novel CINTA AZALEA sudah berada di pasaran. Novel ini dilancarkan pada bulan Januari sebagai pembuka tirai tahun 2014 bagi diri saya.

Saya gembira kerana apa-apa yang saya usahakan telah menampakkan hasil. Begitupun, saya agak kecewa kerana laras bahasa di dalam novel ini diubah sesuka hati. Bagi mereka yang mengenali saya, pasti tahu gaya bahasa saya dan terkejut apabila membaca novel ini.

Walau bagaimanapun, saya berharap pembaca yang belum mengenali saya tidak membuat kesimpulan yang melulu. Dan saya juga bersyukur kerana pihak penerbit sudi mendengar pandangan saya. Mereka berjanji akan membuat penambahbaikan serta mengatasi beberapa kelemahan.

Selain itu, hati saya yang kecewa itu sedikit terubat dengan tersiarnya cerpen 'Getarnya Terasa Ada' dalam Mingguan Wanita, edisi 7-13 Februari 2014. Cerpen ini cerpen yang kedua selepas 'Jalan Pulang' yang tersiar dalam majalah sama pada bulan November 2013.

Jemput para sahabat mencicipi makna dalam kedua-dua cerpen tersebut. Pihak editorial tidak mengusik laras bahasa yang saya gunakan. Alhamdulillah.

Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman rakan-rakan. Saya jadikan rencah untuk membantu diri saya dalam berkarya.

 
1156 Aiza Zizan

Tuesday, January 28, 2014 @ 6:17 PM
Tiada Komen

Tajuk:sembang petang
Mohd Azmi bin Harun

peluk tubuh yang sejuk
hangat perit masa kemarau
sejuk datang panas merajuk
hanya di Gurun panas selalu!

avatar

 
1153 Mohd Azmi bin Harun

Saturday, January 18, 2014 @ 4:45 PM
Tiada Komen

Tajuk:menjala motivasi
Mohd Azmi bin Harun


kekedang ada sembang sayang
kekadang ada ceria bersalam
acapkali motivasi manja diundang
acapkali motivasinya melempar senyum

aduhai;
cabaran,ingatan,impian saling bergurau syahdu!

avatar

 
1139 Mohd Azmi bin Harun

Saturday, January 18, 2014 @ 1:34 PM
Komen (3)

Tajuk:Pencapaian Terkini
ibnudinassingkiri
Status terkini,18-01-2014:

(Target 250 karya/setahun [2014])

Pencapaian-15/Sasaran-13 = 115%

:)

Orang kreatif selalu memotivasi diri sendiri. ;)

avatar

 
1118 ibnudinassingkiri

Friday, January 17, 2014 @ 6:48 PM
Tiada Komen

Tajuk:apa khabar orang kampong?
Mohd Azmi bin Harun

senyum sayang orang kampong
dalam hitam malam syahdu
semoga bahagia seisi anjong
santai manja memahat rindu

avatar

 
1117 Mohd Azmi bin Harun

Friday, January 17, 2014 @ 12:08 PM
Komen (2)

Tajuk:eSastera Telegram
admin
#esAktivitiLaporan #esAdmin

eSastera Telegram

Dimaklumkan bahawa pelantar komunikasi dan karya eSastera di "aplikasi mobil" (telefon bimbit) telah mula dipindahkan daripada WhatApps ke Telegram.

Sila daftarkan diri sdr di Telegram (https://telegram.org/) untuk memungkinkan kami mengundang sdr menyertai "eSastera Telegram".

Harap maklum.

Gambar: Logo Telegram

p/s: Projek pertama eSastera berkaitan Telegram ialah penerbitan antoloji puisi Telegram. Antologi akan diterbitkan apabila kami menerima 100 buah puisi yang sesuai.

avatar

 
1115 admin

Wednesday, January 15, 2014 @ 2:46 PM
Tiada Komen

Tajuk:Bintang dalam diriku
Siti Zaiton binti Ahmad
~ Seakan tak percaya bila kudapat menyentuh bintang dalam diriku. Rupanya masih ada kilau indah tersembunyi. Biarkan aku terus menikmatinya... ~

 
1114 Siti Zaiton binti Ahmad

Tuesday, January 14, 2014 @ 12:01 AM
Tiada Komen

Tajuk:STATUS FB
ibnudinassingkiri
Syukur, Alhamdulillah rakyat Malaysia bersatu hati tak kira bangsa, agama dan landasan politik dalam membicarakan isu kangkung. Akhirnya gagasan telah berjaya--Gagasan 1Kangkung!

avatar

 
1113 ibnudinassingkiri

Sunday, January 12, 2014 @ 2:12 PM
Komen (1)

Tajuk:Ahad Nan Indah
masshah
Semoga kita berada naungan rahmat dari-NYA.

 
1112 masshah

Wednesday, January 08, 2014 @ 3:53 PM
Komen (7)

Tajuk:Berita Baik Awal Tahun 2014
Aiza Zizan
Assalamualaikum.

Tahun 2014 bermula dengan baik setakat ini. Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak menghasilkan novel, tahun ini satu naskhah saya akan mula memasuki pasaran.

Novel ini bukan lagi kategori novel kanak-kanak. Saya cuba melangkah lebih jauh dengan mencuba genre yang lebih mencabar. Novel cinta.

Saya memilih genre ini bukanlah kerana bosan dengan novel kanak-kanak. Tidak. Saya cuma ingin meneroka bidang baru, pengalaman baru, menguji kemampuan diri dan menarik pembaca. Sedaya upaya saya menggunakan bahasa yang baik, menerapkan nilai yang positif di samping unsur komersial.

Kerja menulis ini tidak semudah yang kita sangka. Apatah lagi bagi saya yang terikat dengan kerja sepenuh masa dan tanggungjawab kepada rumahtangga. Saya hanya mempunyai masa yang terhad untuk berkarya. Adakalanya saya berjaga sehinga larut malam bagi menyiapkan satu-satu bab.

Saya bukanlah penulis yang pantas dan punya idea mencurah-curah. Sebab itulah saya tidak mampu menamatkan kerja menulis ini dalam tempoh enam bulan seperti kebanyakan penulis lain. Hampir setahun, barulah CINTA AZALEA ini siap. Itupun, saya semak berkali-kali dan edit semula selepas mendapat pandangan kedua daripada beberapa orang rakan rapat.

Selepas setahun, akhirnya kisah ini berjaya saya tamatkan. Manuskrip diserahkan kepada penerbit. Namun, selepas enam bulan, saya masih diberi jawapan 'Tunggu'. Tidak ada keputusan muktamad sama ada lulus dalam penilaian ataupun tidak walaupun saya melepasi saringan peringkat pertama (separa siap).

Akhirnya, keputusan harus dibuat. Saya nekad menarik balik manuskrip daripada penerbit pertama lalu menyerahkannya kepada penerbit kedua. Alhamdulillah, akhirnya karya ini sudah disahkan terbit hujung Januari 2014.

Penat lelah selama hampir 24 bulan ini berbaloi juga. Benar kata orang, kesabaran itu tunjang kekuatan. Bersabarlah selagi kita mampu dan rancanglah tugasan kita dengan teratur supaya kita nampak hala tuju. JIka diizinkan Allah, saya mahu menyiapkan manuskrip kedua yang agak perlahan sekarang ini.

Saya tidak mahu tergesa-gesa. Saya perlu menulis dalam keadaan tenang dan fokus. Biarlah lambat, asalkan hasilnya memuaskan hati. Meskipun masih berlegar dalam tema cinta, saya berusaha menyelitkan pengajaran yang baik dan nilai yang positif. Seandainya ada kelemahan, itu adalah kekhilafan saya sebagai seorang manusia dan akan saya ambil iktibar.

Semoga sahabat-sahabat warga esastera juga dilimpahi kejayaan yang berlipat ganda pada tahun ini, Insya Allah. Amin

 
1110 Aiza Zizan

Monday, January 06, 2014 @ 12:03 PM
Komen (5)

Tajuk:SELAMAT TAHUN BARU 2014
ibnudinassingkiri
Masih belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua warga eSastera, semoga terus produktif berkarya. Sedar tak sedar aku memuatnaik 240'an karya di semua seksyen eSastera pada tahun 2013. Nampak gayanya di tahun 2014 ini aku bermula lambat, masih lagi sedang 'warm-up' enjin...Semangat!!! :)

avatar

 
1108 ibnudinassingkiri

Sunday, January 05, 2014 @ 4:21 PM
Komen (2)

Tajuk:SEDIKIT LANGKAH SAHAJA LAGI
Siti Zaiton binti Ahmad
Terkadang aku merasakan seperti sush sangat hendak kugapai impianku banyak betul halangannya sampai aku merasakan putus asa tetapi entah dari mana semangat itu tiba-tiba datang memujukku untuk terus berusaha kerana hanya sedikit langkah sahaja lagi untuk kupetik yang namanya kejayaan itu.

 
1106 Siti Zaiton binti Ahmad

Sunday, January 05, 2014 @ 11:01 AM
Tiada Komen

Nik Nabil

 
1105 Nik Nabil

Saturday, January 04, 2014 @ 4:52 PM
Tiada Komen

Tajuk:SIMPULAN BAHASA / PERIBAHASA
IrwanAbuBakar

Semasa saya bersekolah dulu, saya belajar peribahasa: "Ikutlah resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi". Pada hari ini, peribahasa itu telah diubah: "... semakin berisi, semakin tunduk".

Orang dulu melihat kepada padi: yang kita nampak ialah keadaan tunduknya padi itu, dan kita rumuskan dia telah berisi apabila kita nampak dia tunduk. Orang sekarang melihat kepada keadaan berisinya padi akan menyebabkan padi itu tunduk.

Cara orang sekarang melihat padi itu, sudah terbalik. Kalau kita gunakan sudut pandangan sedemikian, kita terpaksa ubah "berat tulang" bermaksud orang yang rajin (kerana orang yang rajin bekerja, tulangnya akan menjadi lebih mampat dan, dengan itu, lebih berat) sementara "ringan tulang" bermaksud orang yang malas (kerana orang yang malas berkerja tulangnya akan kurang mampat dan menjadi lebih ringan).

[NB: Jika kita nak tahu seorang itu benar-benar alim (berilmu) atau tidak, kita lihat peribadinya, sama ada dia merendah diri atau dia bongkak. Orang yang merendah diri itulah orang yang lebih alim (berlimu)].

avatar

 
1104 IrwanAbuBakar

Friday, January 03, 2014 @ 12:12 PM
Tiada Komen

Tajuk:lukisan harapan 2014
Mohd Azmi bin Harun


masa kecil telah berlalu
usia emas menjenguk manja
harga kecil tidak laku
harga besar baru selesa

angka tahun baru berubah
usia bertambah ikut kronolgi
lukisan harapan biar meriah
KENANGAN sEDIH silalah PERGI!

 
1103 Mohd Azmi bin Harun

Thursday, January 02, 2014 @ 8:38 PM
Tiada Komen

Tajuk:Impianku
Siti Zaiton binti Ahmad
~ Apa yang aku dambakan tahun baru ini akan menyinarkan harapan yang selama ini punah dibaham kecewa. Ingin sekali aku menggenggam yang namanya perubahan. Agar ada aura penghijrahan untuk kulayari empayar hayatku. Moga-moga ada aura kebahagiaan mendampingiku untuk sama-sama melayari indahnya pesona pelabuahan impianku.

avatar

 
1101 Siti Zaiton binti Ahmad

Wednesday, January 01, 2014 @ 4:21 PM
Komen (1)

Tajuk:BAHAGIA
ANDAYU AZMI
kebahagiaan itu pasti akn tiba. aku yakin itu. yakin kerna aku pasti mampu merasai kebahagiaan yg tak pernah aku rasai selama ini. semoga apa yg aku impikan akn tercapai.

 
1100 ANDAYU AZMI

Wednesday, January 01, 2014 @ 4:16 PM
Komen (1)

Tajuk: SELAMAT TAHUN BARU
ANDAYU AZMI
semoga apa yang aku impikan selama ini akan tercapai pada tahun ini...
kini aku sudah menyiapkan novel pertamaku...
aku harap apa yang aku lakukan ini adalah tepat. aku hanya ingin mencapai impianku untuk menjadi seorang penulis. semoga apa yang aku impikan ini akan terbukti dengan terbukunya novel pertamaku...

 
1099 ANDAYU AZMI

Tuesday, December 31, 2013 @ 3:39 PM
Tiada Komen

Tajuk:Ahlan Wasahlan 2014
Nunasya Bella


2013..
Sarat dengan bermacam kenangan..
Suka duka ditempuhi bersamanya..
Ma'assalamh 2013...
Pergimu akan ku rindui..

2014..
Lembaran baru akan ditempuhi..
Moga diri menjadi insan yang solehah..
Sentiasa dalam redha-Nya..
Ahlan Wasahlan 2014..
Hadirmu ku nanti..

 
1098 Nunasya Bella

Tuesday, December 31, 2013 @ 12:51 PM
Tiada Komen

Tajuk:Warna 2014
Mohd Azmi bin Harun

pejam celik 2013 mohon diri
selamba senyum kuntum 2014
kelam suram biarlah menyendiri
selamat datang aduhai 2014!

 
1095 Mohd Azmi bin Harun

Tuesday, December 31, 2013 @ 10:03 AM
Komen (2)

Tajuk:Selamat Menyambut Tahun Baru 2014
admin
Berbahagialah sdr semua di sepanjang tahun baru 2014 nanti hendaknya.

avatar

 
1090 admin

Monday, December 30, 2013 @ 10:06 PM
Komen (2)

Tajuk:Launching Teras Budaya Cilegon
Muhammad Rois Rinaldi
http://www.youtube.com/watch?v=vOzrAvrO86M

 
1089 Muhammad Rois Rinaldi

Monday, December 30, 2013 @ 12:09 PM
Komen (4)

Tajuk:whatsapp e-sastera
ZahidNaser
Assalam alaikum, Prof Irwan, saya ingin cadang agar dibuat grup whatsapp untuk aktivis e-sastera. Lebih komunikatif sesama kita. Dan saya yang kecil dapat memberi telinga mendengar kalam mutiara antum, sambil menumpang kaki di situ. Atau sudah ada whatsapp cuma saya tak dijemput,, Hehehehe!!

Boleh juga dikembang dengan grup viber dan lain-lain, Instagram contohnya boleh juga melihat gambar aktiviti-aktiviti ahli e-sastera dengan lebih laju.

Sekadar cadangan, mohon diambil kira.. Hehehe :)

avatar

 
1087 ZahidNaser

Thursday, December 26, 2013 @ 12:42 PM
Komen (1)

Tajuk:Akasara 2013
Mohd Azmi bin Harun
Perahu 2013 mendarat rehat
ombak banjir gelombang kedua
dalam debar semoga selamat
dalam diam senyum berdoa!

avatar

 
1086 Mohd Azmi bin Harun

Thursday, December 26, 2013 @ 6:15 AM
Komen (5)

Tajuk:Nostalgia UTM KL (2)
IrwanAbuBakar
Saya dari Segamat Johor, mengambil peperiksaan MCE di tingkatan 5. Semuanya dalam BI, tak ada yang dalam BM pada masa itu kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendapat keputusan 5 A, suatu keputusan yang sangat sukar dicapai pada masa itu. Malah pelajar terbaik di sekolah saya (SSES, kini Sekolah Tinggi Segamat) pun mendapat setakat 7 A sahaja. Saya ialah anak Melayu yang mendapat keputusan MCE terbaik di Segamat pada tahun itu.

Selepas MCE, saya telah melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah di English College (EC), Johor Bahru. Sekolah itu dikenali juga sebagai Maktab Sultan Abu Bakar.

Semasa bersekolah di Segamat, saya ialah seorang pelajar yang kecil tubuhnya. Tapi suara saya besar Maka, dari Tingaktan 1 hingga 5, saya telah terlibat menjadi debator dan orator.

Pada minggu pertama di EC, saya telah mewakili kelas saya dalam oratorical contest. Saya memenangi kategori Bahasa Melayu. Selepas keputusan diumumkan, seorang gadis tingkatan 6 Rendah juga telah datang bersalaman dengan saya dan mengucapkan tahniah kepada sayaâ?¦ Lalu kami pun jatuh cinta!

Apakah masalahnya seorang pelajar lelaki Tingkatan 6 Rendah bercinta dengan seorang pelajar wanita Tingkatan 6 Rendah? Tidak ada masalah... Kecuali, dalam kes sayaâ?¦ Masalahnya kerana gadis itu ialah seorang gadis Cina. Mei Ling namanya.

Saya anak Melayu Segamat yang sangat kuat UMNO-nya. Orang Melayu Segamat sangat kuat UMNO-nya sehingga ke hari ini pun mereka masih mengundi MIC dalam keadaan masyarakat India sendiri telah menolak MIC. Mei Ling ialah gadis Cina dari Keluang. Pada masa itu, Keluang merupakan satu-satunya kawasan DUN yang dimenangi pembangkang â?? DAP. Itu masalahnya.

Ibu bapa saya amat susah hati yang saya berkawan rapat dengan gadis Cina. Arwah bapa saya telah mendapatkan bantuan seorang pegawai MARA, Encik Karim namanya, lalu saya ditawarkan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran ke UTM KL dalam bidang Mechanical Engineering (pada hal saya seorang pelajar biologi yang bercita-cita mahu mengambil kursus perubatan selepas peperiksaan tingkatan 6 Atas, HSC nanti).

Demi mematuhi kehendak ibu bapa saya, maka pada 11hb Mei, hari birthday saya pada tahun itu, saya pun melambaikan â??Goodbyeâ?? kepada Mei Ling di stesen kereta api Johor Bahru. Kami tahu yang kami tidak akan bertemu lagi kerana, pada masa itu, belum ada facebook dan handphone.

Saya fikirkan bahawa kisah percintaan kami berakhir di situ. Rupa-rupanya tidak!

Orang-orang Cina telah marah kerana, kata mereka, seorang budak lelaki Melayu (saya) telah menipu seorang gadis Cina (Mei Ling). Begitu marahnya mereka, sehingga pada malam esoknya, 12hb Mei, mereka telah turun berarak di jalan-jalan raya di KL, melahirkan bantahan dan meluahkan kemarahan mereka.

Orang Melayu juga telah naik darah. Kata mereka, perarakan masyarakat Cina itu ialah percubaan untuk merampas seorang anak Melayu yang cerdik. Maka esoknya, 13hb. Mei 1969, orang-orang Melayu pula telah turun berarak di jalan-jalan raya di KL

Lalu, pada malam 13 Mei 1969 itu, berlakulah pertempuran antara kaum Melayu-Cina paling dahsyat yang pernah dialami di Malaysiaâ?¦.

And the rest is history!

Tunku Abdul Rahman terpaksa menyerahkan pemerintahan Malaysia kepada Tun Abdul Razak. Tun Razak terpaksa mengisytiharkan darurat dan memperkenalkan pemerintahan MAGERAN. Pada masa itulah kerajaan telah memperkenalkan konsep â??hak istimewa orang-orang Melayuâ??.

Itulah sepotong nostalgia awal saya dengan UTM KL.

(Cerita di atas ialah kisah yang telah saya sampaikan dalam ceramah saya di Bengkel Novel Fiksyen Sains dan Teknologi di UTM KL pada Sabtu 21.12.2013 apabila saya diminta menceritakan sedikit tentang nostalgia saya di UTM KL semasa saya remaja. Saya ikhlas bercerita. Namun ada pula para peserta yang nampak macam tak percaya dengan cerita saya itu.)

Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan

TAMAT.

 
1084 IrwanAbuBakar

Tuesday, December 24, 2013 @ 11:13 AM
Komen (5)

Tajuk:Menjelang 2014
Aiza Zizan
2013 hampir ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini kita menyemai benih, membaja dan menyiram untuk mendapatkan hasil pada tahun akan datang.

Kerja keras tidak harus terhenti di sini. Meskipun ada buah yang bakal dipetik nanti, namun kerja menyemai, menanam dan menyuburkan kreativiti harus berjalan terus. Demikian erti hidup, bukan sekadar bergoyang kaki dan selesa dengan pencapaian yang sebelumnya.

Sebenarnya, hati saya bergulat dengan debaran. Tahun 2014 ini, besar harapan saya novel cinta pertama terbit tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, bertahun-tahun saya cuma bertumpu kepada novel kanak-kanak, cerpen dan puisi. Kini, saya cuba meneroka genre yang lain pula.

Kira-kira 20 bulan saya menumpahkan usaha untuk menyiapkan manuskrip novel ini. Kerja mengeditnya juga dilakukan berulang kali. Pertama kali diserahkan kepada penerbit, karya ini tidak mendapat perhatian. Saya kemukakan pula kepada penerbit kedua. Alhamdulillah, ada maklum balas positif. Besar harapan saya, novel ini akan berada di pasaran menjelang Mac 2014. Berdebar menanti kata putus daripada penerbit akan tarikh sebenarnya.

Dalam masa yang sama, saya juga menyertai beberapa projek kerjasama. Semoga projek-projek tersebut berjalan dengan lancar. Setelah pernah berjauh hati dan merajuk dengan dunia penulisan kreatif hampir dua tahun, keyakinan saya kini kembali. Saya merancang untuk menulis cerpen secara konsisten untuk majalah. Harapan saya, tahun 2014 ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang. Insya Allah.

 
1079 Aiza Zizan

Tuesday, December 17, 2013 @ 4:05 PM
Komen (2)

Tajuk:Selamat merembat
Mohd Azmi bin Harun
Harimau biar bertaring!

 
1077 Mohd Azmi bin Harun

Friday, December 13, 2013 @ 11:08 AM
Komen (2)

Tajuk:PERANAN PEMBACA
ibnudinassingkiri
Bagaimana pembaca boleh berperanan sebagai pemangkin aktiviti penulisan berterusan seseorang penulis siber?

-Dengan meninggalkan jejak apresiasi seperti komen ataupun menekan butang 'LIKE'

Mudah sahaja caranya. Silakanlah memberi apresiasi.

avatar

 
1075 ibnudinassingkiri

Thursday, December 12, 2013 @ 2:30 PM
Komen (1)

Tajuk:Selamat pulang mangsa banjir
Mohd Azmi bin Harun
Hadir banjir bah melimpah
penat getir mengemas lumpur
sepakat sehaluan menjaga maruah
selamat pulang diranting syukur!

avatar

 
1074 Mohd Azmi bin Harun

Wednesday, December 11, 2013 @ 11:14 PM
Komen (4)

Tajuk:Puzi Hadi Di Berita Harian Hari Ini
IrwanAbuBakar

Petikan Berita Harian, ruangan Sastera, Rabu 11.12.13:

MALAM PUISI RIONG

"...Mesej sinis mengenai kerakusan manusia zaman ini yang sanggup melihat penderitaan insan yang tidak berdosa dilontarkan penuh bertenaga penyair veteran, Puzi Hadi yang sanggup turun dari Alor Setar, Kedah, bagi menyampaikan karyanya bertajuk 0.

Kegilaan akal manusia 0 akal 0 minda
kecelakaan manusia 0 mata 0 melihat
kerakusan manusia 0 telinga 0 mendengar
ketamakan manusia 0 hati 0 jiwa
berperang
peluru berbalas abjad marah : bom meledak aksara benci : peluru berpandu menghunjam ayat kebiadapan : gas saraf menyuntik stanza kematian"

 
1073 IrwanAbuBakar

Wednesday, December 11, 2013 @ 10:48 AM
Tiada Komen

Tajuk:menjala
Mohd Azmi bin Harun
menjala ikan di musim banjir, rezeki murah kenduri sakan.
belanja sekolah makin hampir, moga stabil segala belanjawan!

avatar

 
1071 Mohd Azmi bin Harun

Wednesday, December 11, 2013 @ 10:45 AM
Komen (6)

Tajuk:Hingga Ke Negeri Abadi
ibnudinassingkiri
Kumpulan Sajak Ibnu Din Assingkiri, "Hingga ke Negeri Abadi", di kedai eSastera http://esastera.lot.my/index.php?route=product/product&;product_id=57556

avatar

 
1070 ibnudinassingkiri

Wednesday, December 11, 2013 @ 10:38 AM
Tiada Komen

Tajuk:Cubaan ke 2
Mohd Azmi bin Harun
Dalam tenang siang masih ada bayang bayang kenangan
yang perlu dibilang,dihitung dan dibuang tanpa walang!

avatar

 
1069 Mohd Azmi bin Harun

Wednesday, December 11, 2013 @ 6:20 AM
Komen (1)

Tajuk:Aduh Internetku di Cairo
ZahidNaser
kerana internet, aku berduka.
kerana cintaku(e-sastera) tak berjumpa
dengan diriku di sisinya.

 
1064 ZahidNaser

Wednesday, December 11, 2013 @ 5:18 AM
Komen (1)

Tajuk:Ujian memasukkan imej ke Dinding melalui URL
IrwanAbuBakar
Ujian memasukkan imej ke dinding.

avatar

 
1063 IrwanAbuBakar

Wednesday, December 11, 2013 @ 5:13 AM
Komen (6)

Tajuk:Ujian "Imej Profil"
IrwanAbuBakar
Menguji sistem memasukkan imej Profil.

avatar

 
1062 IrwanAbuBakar

Friday, December 06, 2013 @ 12:21 PM
Komen (3)

Tajuk:KEWARTAWANAN WEB
ibnudinassingkiri
Kewartawanan Web
Oleh: Sanusi bin Din

Pengenalan
Definisi kewartawanan menurut Kamus Maya Merriam-Webster ialah aktiviti mengumpul, menulis dan mengedit cerita untuk akhbar majalah, televisyen dan radio. Antara akhbar arus perdana yang terkenal di Malaysia ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, The Star dan News Strait Times. Kewartawanan web merujuk kepada berita yang diterbitkan dan/atau diedarkan melalui internet, khasnya bahan-bahan yang dihasilkan oleh wartawan yang bekerja untuk organisasi berita yang dipacu oleh pasaran arus perdana. Blog dan lain-lain bentuk komunikasi berita dalam talian diketahui dapat mempengaruhi berita arus perdana dalam atau luar talian. Mereka lebih dikenali umum sebagai media baru ataupun media alternatif.

Media berita dalam talian yang paling besar pengaruhnya ialah tapak berita arus perdana yang secara amnya menyediakan kandungan editorial. Contoh tapak web antarabangsa seperti ini ialah CNN, BBC dan MSNBC. Kebanyakan akhbar dalam talian juga jatuh ke dalam kategori ini. Ciri-ciri kewartawanan web ini ialah menggabungkan skil teknologi iaitu pengendalian beberapa perisisan, pengetahuan tentang XML dan HTML dengan gabungan kebolehan menulis untuk web. Secara fundemental, tapak portal berita seperti ini tidak berbeza dari segi pendekatan penceritaan kewartawanan, nilai berita, hubungan dengan audiens, seperti yang dipraktikkan dalam media cetak dan media penyiaran tradisional yang lain. Di Malaysia, portal berita dalam talian yang di kendalikan oleh organisasi berita arus perdana seperti Utusan Online, Berita Harian Online, MStar Online, BERNAMA, e Media (NSTP), Reuter Malaysia dan lain-lain merupakan pemain utama.

Kategori berikutnya ialah media alternatif. Di Malaysia mereka dikenali sebagai media bebas seperti antara yang terkenal ialah Malaysiakini, Free Malaysia Today, Harakah Daily, Malaysian Insider serta blog-blog berita yang semakin mempengaruhi warga internet (netizen). Sungguhpun namanya bebas, namun mereka tidak dapat lari dari memihak kepada pihak-pihak tertentu. Ada di antaranya disediakan percuma manakala yang lain pula dikenakan bayaran. Kategori ketiga pula ialah berita yang dikendalikan oleh penyedia tapak web komersial seperti Microsoft, Netscape dan Yahoo yang semakin mendapat perhatian pengguna dalam mendapatkan berita terkini (breaking news).

Ciri-ciri Pelaporan Berita Dalam Talian vs Tradisional
Semenjak dunia diperkenalkan kepada World Wide Web di pertengahan 1990-an, suasana media dan cara operasi kewartawanan berubah dengan dramatik dan drastik. Kewartawanan berita tradisional mengedarkan berita pada waktu yang dapat dijangka serta berulang, manakala berita dalam talian pula secara kontras di dalam suasana digital, yang mempengaruhi proses pengeluaran berita dan juga bahan berita tanpa batasan dan tanpa sempadan masa.

Hypertext
Menurut Thottam (1999), Hipertext adalah fitur yang mengujakan dalam kewartawanan dalam talian. Kemampuan Hipertext Markup Language (HMTL) untuk menghubungkan pembaca ke bahagian lain dokumen sama atau ke tapak web yang lain telah menjadikan web sebagai medium tanpa sempadan. Dengan itu berita dalam talian boleh ditulis dengan padat dan singkat dan dalam masa sama dipautkan kepada liputan lebih menyeluruh. Dengan cara ini maklumat yang diperlukan oleh pembaca dapat disediakan sepenuhnya. Ini jauh melangkaui kemampuan akhbar tradisional.

Penggunaan hypertext sangat bermanafaat dalam pelaporan berita dalam talian terutamanya dalam membuat pautan (link) kepada sumber lain yang berkenaan dengan kandunga berita yang ditulis. Dengan cara ini wartawan dapat menulis berita yang singkat dan padat, manakala rujukan dari sumber lebih komprehensif lain dapat dipautkan kepada berita semasa. Pautan boleh dilakukan kepada jumlah yang tidak terhad di dalam internet, kepada teks, foto, video dan segala sumber multimedia dalam talian. Di dalam akhbar dan media cetak tradisional, wartawan harus menyertakan rujukan teks dari sumber lain. Berita menjadi terlampau panjang dan tidak ekonomi. Pautan pula adalah mustahil dilakukan dalam media cetak tradisional.

Multimedia
Menurut Thottam (1999), kemampuan multimedia akhbar dalam talian menjadikan mereka lebih dinamik dari akhbar tradisional. Bila grafik animasi, klip audio, klip video ditambah kepada gambar, akhbar dalam talian menjadi medium berwarna-warni, meriah dan mengujakan.

Penggunaan multimedia dalam pelaporan berita dalam talian adalah puncak kehebatan kewartawanan web. Jika secara tradisional, akhbar hanya menyediakan gambar kaku, sebaliknya berita dalam talian dapat melaporkan dengan audio dan video. Ciri-ciri ini dapat memuaskan semua deria audiens dan inilah salah satu faktor yang membuatkan ramai pengguna internet mengabaikan akbar tradisional. Selain berita dalam talian mudah dicapai ianya dapat memberi kejelasan dalam komunikasi antara wartawan dan audiens mereka. Di dalam akhbar tradisional, perkara ini mustahil dapat dilakukan.

Keinteraktifan
Satu lagi ciri utama berita dalam talian yang begitu menarik perhatian pengguna adalah kebolehan berinteraksi secara langsung/ masa sebenar (real-time) dengan penulis berita. Walaupun akhbar tradisional juga menyediakan platform kepada pembaca berinteraksi melalui e-mel kepada pengarang, ruangan pendapat dan sebagainya, ia tidak dapat menyaingi keseronokan berinteraksi secara langsung/masa sebenar (real time) apalagi bila pendapat pembaca turut diambil kira dan mempengaruhi pelaporan berita tersebut. Inilah yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh akhbar tradisional â?? berinteraksi secara langsung/ masa sebenar (real time) dan pendapat umum di ruang komentar turut menjadi sebahagian tarikan kepada pengunjung tapak web tersebut.

Menurut Karlsson et al (2009), fitur interaktif membuka kemungkinan untuk penciptaan bersama laporan berita di portal web dan ianya telah mengkaburkan kedudukan penghantar-penerima. Implikasi dari fitur interaktif ini menghasilkan rundingan baru antara pengeluar dan pengguna berkenaan dengan bentuk dan isi berita. Ini telah mengubah media model lama yang menyalurkan berita dan hanya memberi pilihan kepada pengguna samada membaca ataupun tidak berita tersebut.
Menurut Thottam (1999), potensi menyesuai-padan melalui Webcasting dan Push Technology membolehkan pembaca mencipta akhbar mereka sendiri. Pilihan edisi akhbar ala carte ini begitu menarik perhatian mereka yang mempunyai sedikit masa untuk membaca keseluruhan akhbar. Benarlah dikatakan bahawa model baru berita dalam talian memberi peluang pembaca mempengaruhi berita dengan cara berinteraksi secara langsung di portal web tersebut.

Pengeditan Berterusan
Berita baru di tapak web tidak pernah meninggalkan wartawan dengan sepenuhnya. Bermakna wartawan dapat terus bekerja dengan bahan berita tersebut, membuat revisi atau menambah kepada bahan berita walaupun selepas diterbitkan. Peluang seperti ini hanya terdapat dalam portal web sahaja kerana kemudahan mengedit terbuka pada bila-bila masa sahaja. Berlainan dengan akhbar tradisional, selepas diterbitkan, tidak ada apa-apa lagi yang dapat dilakukan. Jika ada sebarang kesilapan besar atau salah lapor, akhbar tradisional hanya mampu memohon maaf paling pantas di keesokan harinya.

Penghapusan Deadline
Penghapusan deadline ini telah secara langsung mempercepatkan penerbitan berita berkali ganda pantas dari akhbar tradisional. Tidak seperti akhbar tradisional yang mempunyai deadline yang awal untuk membolehkan ketua editor mengedit dan menentukan kedudukan berita dalam siaran keesokan harinya. Wartawan web mengedit sendiri berita mereka dan dapat terus menyiarkan berita secara cepat dan masih boleh mengedit kemudian. Bahasa dalam berita dalam talian agak santai dan tidak begitu memerlukan penelitian editor. Penggunaan bahasa mudah adalah strategi untuk membuka ruang interaktif dengan audiens mereka.

Kepantasan Penerbitan
Akhbar tradisional memerlukan wartawan menghantar berita kepada editor dan diperiksa serta ditentukan nasibnya samada dijadikan berita utama, sisipan ataupun dibakul-sampahkan. Kepantasan penerbitan berita dalam talian juga telah menewaskan kemampuan penghasilan berita terkini (breaking news) oleh akhbar tradisional. Malahan kemampuan memberi laporan terkini berita di tapak web telahpun menewaskan televisyen dan radio kerana berita dalam talian tiada jeda masa tertentu dan boleh dikatakan mereka membuat laporan as and when berita diperolehi dalam dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu.

Nilai serta Kesahihan Berita Tradisional dan Dalam Talian
Kepantasan penerbitan berita dalam talian juga mempunyai keburukan jika dibandingkan dengan berita tradisional. Oleh kerana terlalu pantas terbit, ada kemungkinan besar nilai dan kesahihan berita itu tidak dikaji dengan teliti oleh wartawan. Akibatnya ada berita yang kurang bernilai dan tidak sahih diterbitkan dan terdapat beberapa kes seperti ini dibawa ke mahkamah. Portal berita dalam talian Malaysiakini sebagai contoh telah beberapa kali di saman di mahkamah. Malaysiakini juga telah beberapa kali terpaksa memohon maaf secara terbuka kerana menerbitkan berita yang tidak benar (fitnah) atau salah lapor berita terutamanya berita tentang politik tanahair. Sisipan Foto 1 menunjukkan salah satu saman fitnah kepada Malaysiakini yang ditarik balik oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abu Taib Mahmud.



Sisipan Foto 1

Namun begitu kepantasan mengeluarkan berita terkini (breking news) yang ada pada berita dalam talian tidak dapat dinafikan telah mengubah dunia kewartawanan. Kelajuan siaran berita dalam talian sangat menarik dan sedikit menakutkan. Adalah tidak menjadi keganjilan untuk menyiarkan berita pada bila-bila masa, siang atau malam di tapak web. Fleksibiliti ini membantu mewujudkan suasana 24/7 dan mencabar teras nilai kewartawanan tradisional.


Pelaporan Berita Dalam Talian Menggugat Media Tradisional

Berita Isu Lahad Datu
Berita ini terlalu tinggi nilainya yang memenuhi semua nilai berita terpenting dalam kewartawanan iaitu, kedekatan jarak, semasa, memberi impak besar, suatu konflik, menarik minat dan bersangkut dengan personaliti seorang yang mengaku dirinya sebagai Sultan yang berhak ke atas Sabah. Namun begitu berita terkini (breaking news) didahului oleh portal berita dalam talian berbanding akhbar tradisional. Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:

9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad
Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai
berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'
antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan
secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal
bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan
kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis
di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

- Sumber Bernama

Portal Berita Semasa, http://www.beritaterkini.my/gambar-pencerobohan-lahad-datu-sabah, mula menyiarkan berita terkini mengenai insiden Lahad Datu bermula 2 Mac 2013 iaitu beberapa jam selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di sana. Portal berita Utusan Malaysia online hanya mula menulis tentang insiden tersebut bermula 8 Mac 2013, yang membicarakan tentang kehebohan para blogger yang memblog tentang isu tersebut. Setelah isu tersebut menjadi panas barulah portal berita arus perdana dan akhbar mulai membuat liputan menyeluruh dengan menghantar wartawan ke lokasi kejadian. Dalam hal ini, audiens berita dalam talian sudahpun mengetahui sedikit sebanyak tentang isu tersebut kerana diperkenalkan dengan penuh sensasi oleh portal berita bebas dan para bloggers.

Menurut Thotham (1999), di Amerika hari ini, 58.7 peratus orang dewasa membaca akhbar dalam seminggu berbanding 77.6 peratus dalam tahun 1970. Kemerosotan audiens telahpun berlaku sebelum kewujudan berita dalam talian . Kumpulan audiens muda yang gemar melayari internet, terus merasakan bahawa akhbar tradisional terlalu lambat dan lembab dalam melaporkan berita. Maka dengan itu ramai yang telah beralih ke portal berita dalam talian dan mulai mengabaikan akhbar tradisional. Selepas dunia diperkenalkan dengan internet, jumlah pembaca akhbar tradisional dijangkakan semakin susut di Amerika dan juga Asia.

Isu Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Pristina Makan Dalam Tandas Semasa Bulan Puasa

Isu ini amat sensitif kerana melibatkan isu perhubungan antara kaum yang begitu hangat dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu ini juga mencakupi semua nilai berita yang seharusnya dijadikan berita utama iatu kedekatan jarak, semasa, memberi impak besar, suatu konflik, menarik minat dan bersangkut dengan personaliti seorang guru besar yang menjadi mangsa keadaan dan menteri pelajaran yang membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta dengan rapi.

Akhbar arus perdana mula menyiarkan berita tersebut mulai 23 Julai 2013 manakala portal berita dan bloggers juga menyiarkan berita sekitar 23 Julai 2013. Di sini tiada isu kelewatan laporan yang ketara. Ini mungkin terjadi kerana gambar insiden dimuat-naik ke dalam media sosial terlebih dahulu dan menjadi sensasi di sana. Namun dalam hal memperjelas isu sensitif kepada audiens, akhbar tradisional tidak berjaya melakukan dengan baik. Akibat dari itu majoriti audiens seluruh negara telah mengecam guru besar sekolah berkenaan tanpa menyiasat dengan teliti dakwaan dari ibubapa pelajar.

Tindakan memuat-naik gambar ke dalam media sosial telah memburukkan keadaan hingga ke tahap parah. Menteri pelajaran juga, akibat kekurangan maklumat telah membuat kenyataan meletakkan kesalahan terhadap pentadbiran sekolah. Blog Mazidul Akmal Sidik, http://www.mazidulakmal.com/2013_07_01_archive.html telah membuat liputan ala penyiasatan yang mendalam untuk mencerahkan isu dan konflik sebenar. Sepatutnya, akhbar arus perdana menghantar wartawan lebih berpengalaman dalam penyiasatan kerana isu ini terlalu besar dan melibatkan sensitiviti perhubungan antara kaum.

Isu ini bukan sekadar salah faham tahap kritikal tetapi suatu usaha memecah- belahkan kaum dan memfitnah guru besar sekolah tersebut. Adalah wajar bagi pihak akhbar untuk menyiarkan berita dengan kesahihan siasatan yang detail dan lengkap sehingga membongkar segalanya seperti yang dilakukan oleh blogger Mazidul Akmal Sidek. Jika tidak kerana laporan berita yang lengkap dengan penyiasatan daripada beliau, isu ini mungkin menjadi lebih panas dan menimbulkan kekacauan. Perkara sebegini sepatutnya dijadikan iktibar dan kayu pengukur mengapa akhbar tradisional semakin dipinggirkan oleh golongan pengguna internet.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan lagi, semakin dunia maju ke depan semakin banyak audiens yang meminggirkan akhbar tradisional. Banyak faktor yang telah menjadikan audiens berbuat demikian. Selain kepantasan penyiaran berita terkini (breaking news), faktor lain seperti hypertext, multimedia, keinteraktifan menyebabkan audiens terpesona dalam kecanggihan berita digital dalam talian. Juga tidak dapat dinafikan di sini bahawa portal berita bebas, tidaklah sebebas yang digembar-gemburkan kerana mereka juga didapati berpihak kepada pihak tertentu. Dalam kepantasan penyiaran terdapat juga beberapa kejadian salah lapor dan fitnah terjadi dan ini membuktikan bahawa laporan melulu membawa padah dan menjadi sisi gelap sesetengah portal web berita bebas ini.

Untuk menjadi relevan (walaupun audiens semakin berkurangan) akhbar tradisional arus perdana harus mengambil pendekatan memperkukuhkan versi dalam talian akhbar mereka. Tindakan ini akan menjadikan versi online sebagai pelengkap versi tradisional, bukanlah sebagai penggantinya. Setiap satu versi akan memenuhi keperluan setiap generasi pembaca. Sehingga semua pembaca generasi tua yang digitally challenged tidak mampu atau tidak berminat mempelajari cara mengendali gadget ICT digital, selagi itulah akhbar tradisional masih relevan. Usah bimbang, mungkin itu mengambil masa yang panjang dan di waktu itu kita tidak lagi boleh melihat nasi lemak yang dibungkus dengan kertas surat khabar!



RUJUKAN / REFERENSI
George Thottam, (1999) The Future of Newspapers, Survival or Extinction, Media Asia, Vol 26 No 4, 1999

Mus Chairil Samani et al., (2006) Basic Journalism, Open University Malaysia

David Wier, (2000) Web Journalism Cross Many Traditional Lines, 9 November 2013, Retrieved from www.nieman.harvard.edu

Karlsson et al., (2010) Freezing the Flow of Online News, 9 November 2013, Retrieved from www.academia.edu/394000/Freezing_the_flow_of_online_news

Mark Deuze, (2001) Online Journalism: Modeling of the First Generation of News Media on The World Wide Web, 9 November 2013, Retrieved from www.firstmonday.org/article/view/893/802

 
1061 ibnudinassingkiri

Friday, December 06, 2013 @ 10:09 AM
Tiada Komen

Tajuk:PANTUN
ibnudinassingkiri
Hari Jumaat kita berdandan,
kerana menyambut hari besar;
sastera siber tiada sempadan,
apakah penulis boleh tersasar?

 
1059 ibnudinassingkiri

Friday, December 06, 2013 @ 9:07 AM
Komen (2)

Tajuk:Percubaan
Aiza Zizan
Assalamualaikum, salam pagi Jumaat. Baru mencuba-cuba mengisi slot Dindingku. Selama ini tidak pasti apa yang mahu ditulis. Insya Allah, akan cuba memanfaatkan ruang ini untuk berkongsi hal-hal yang dirasakan perlu.

Salam kepada semua sahabat esastera, baru dan lama. Semoga ukhuwwah terjalin erat meskipun hanya di laman maya. Panjang umur berjumpa di alam nyata pula.

 
1058 Aiza Zizan

Thursday, December 05, 2013 @ 4:29 PM
Komen (2)

Tajuk:IMPIANKU BAKAL MENJADI NYATA
ANDAYU AZMI
Novel pertamaku akan siap tidak lama lagi. bahagianya hati ini menanti saat-saat novelku bakal diterbitkan nanti. saat ini aku masih giat berusah untuk menyiapkan novel ini. semoga novel pertamaku ini akan mendapat sambutan yang hangat oleh para pembaca nanti. semoga anda semua terhibur dengan cerita ini nanti.

 
1056 ANDAYU AZMI

Tuesday, December 03, 2013 @ 3:01 PM
Komen (3)

Tajuk:Naratif Perjalanan
ibnudinassingkiri
Sampai bila aku akan tetap di perjalanan ini. Mungkinkah ianya sia-sia. Mungkinkah destinasi yang dituju tak termampu oleh kudrat. Mungkinkah aku sedang berjalan dan labirin tanpa hujung.

Aku tidak lelah, malah aku yang tak terkalahkan. Aku ingin terus menghayati dan belajar dari proses sebuah perjalanan. Pabila sampai di tiap persinggahan, aku yang menentukan samada berteduh dari cuaca yang terkadang tidak mesra, atau kuteruskan saja perjalanan ini.

Dahulu, aku pernah menopang kaki terseliuh dan berjengkek kesakitan pabila terpijak duri. Kini, aku belajar bahawa berjalan harus sesuai rupa bumi. Aku harus adaptasi demi melestarikan sebuah perjalanan. Aku harus berguru dengan alam demi melancarkan segalanya.

Aku belajar bahawa sehina-hina najis haiwan di jalanan ini, ia menjadi perteduhan kepada bari-bari dan lalat...Suatu hari nanti, jika aku disengat tebuan, mungkin aku akan menunduk kepada najis haiwan di kaki jalan, lalu mencengkau sejemput dua dan memalit ke tubuhku.

Jikapun ajalku panjang dan berkesempatan sampai ke destinasiku, aku berharap tidak menjadi tua dalam sia-sia. Aku berharap menjadi tua dengan memijak bumi dan menjunjung langit serta bersandar pada alam yang menjadi guru dan teman - selama perjalanan ini.

 
1055 ibnudinassingkiri

Sunday, December 01, 2013 @ 11:28 AM
Komen (4)

Tajuk:Arisel BA
IrwanAbuBakar
#esPapanNota (#esSembang) #esAriselba

Kalau ikutkan hati, saya mahu ke Raub pagi ini untuk melawat Allahyarham sdr Arisel B.A. (Subari Ahmad) yang akan disemadikan di kampungnya. Namun tanggungjawab lain yang mendesak (janji menyertai rombongan perkahwinan anak saudara di Ceras) membuatkan saya terpaksa membatalkan hasrat itu.

Sdr Arisel lama menjadi ahli e-Sastera.com yang setia, sejak mula portal itu ditubuhkan. Kebetulan, pada masa itu, dia aktif di portal sastera Indonesia cybersastra.com (yang sudah diberhentikan pemaparannya sejak beberapa tahun lalu). Dan, pada masa itu, dia telah membuat keputusan untuk tidak menulis di media konvensional lagi.

Dia sempat memenangi beberapa anugerah utama Hadiah e-Sastera.com (#HesCom) dan banyak menyiarkan karya beberapa penulis eSastera dari portal e-Sastera.com ke akhbar yang ruangan sasteranya dikendalikannya.

Beliau adalah dua tahun junior saya di Maktab Teknik, Kuala Lumpur. (Dia masuk tahun pertama semasa saya telah berada di tahun ketiga, iaitu tahun akhir Diploma). Beliau sempat berkongsi suka dan duka dengan eSastera sepanjang 12 tahun kewujudannya. Sumbangannya tidak pernah kami lupai.

Didoakan roh sdr Arisel ditempatkan oleh Allah di kalangan roh mereka yang dikasihi-Nya.

BIODATA ARISEL BA (Dipetik dari http://tokohrao.blogspot.com/2011/05/subari-ahmad-arisel-ba-penulis-pahang.html)

Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis secara serius tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Telah terbit novelet pertamanya DENDAM MALAM GERHANA (1982). Antologi Sajak AKSARA â??XXXâ?? terbit tahun 2004 adalah buku puisi pertama beliau setelah menulis sajak lebih 30 tahun. Kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan setelah berkhidmat selama 35 tahun.
Ismail @ Subari ar-Rawi

avatar

 
1043 IrwanAbuBakar

Saturday, November 30, 2013 @ 2:55 AM
Komen (2)

Tajuk:Kabar dari Cairo
ZahidNaser
Ma Sya Allah.. Dapat juga melayar e-sastera. Apa khabar pagi Malaysia. Sini, di Cairo masih hangat dengan muzaharaat dan rusuh. Tak dapat lagi hendak mengupload 'yang baru-baru', in sya Allah bila internet yang suam-suam ini sudah hangat, barulah rasa syiok berguling di permaidani sastera maya yang satu ini. :)- lagi musim dingin di sini.

 
1042 ZahidNaser

Thursday, November 28, 2013 @ 12:47 AM
Komen (2)

Tajuk:Kabar
Muhammad Rois Rinaldi
Hari ini baru dapat masuk eSastra. Hanya masih belum dapat untuk upload karya :(

 
1041 Muhammad Rois Rinaldi

Monday, November 25, 2013 @ 12:24 AM
Komen (5)

Tajuk:eSastera Warung
IrwanAbuBakar
eSastera Warung ialah wadah alternatif yang baru dibangunkan di facebook.com untuk pengguna-pengguna portal eSastera menyiarkan karya masing-masing.

eSastera Warung dibangunkan sebagai satu eksperimen kerana, pada hari ini, laman fb mempunyai keupayaan yang agak baik dalam menyiarkan unsur-unsur siber sebagai sebahagian daripada karya.

Di samping itu, pengenalan fasiliti hashtag memungkinkan karya dikategorikan kepada genre yang berlainan #esGenre dan dikumpulkan berdasarkan pengkarya #esNamaPengkarya.

Misalnya, apabila pengkarya "Anbakri" menyiarkan sebuah "pantun", karyanya itu dapat di hashtag dengan #esPantun dan #esAnbakari.

Selamat mencuba.

INGATAN: Karya yang disiarkan di eSastera Warung tidak akan diambil kira untuk anugerah #HesCom.

 
1038 IrwanAbuBakar

Sunday, November 24, 2013 @ 11:36 PM
Tiada Komen

Tajuk:Ujuan Hashtag
IrwanAbuBakar
Novel #IrwanAbuBakar #Meja17: Dapatkan dari eSastera Enterprise di laman web www.eSastera.lot.my

avatar

 
1036 IrwanAbuBakar

Wednesday, November 20, 2013 @ 11:23 PM
Komen (1)

Tajuk:Bicara Karya ASASI (21-22 November 2013)
PuziHadi
Dialog Puncak 2013 anjuran ASASI pada 21-22 November 2013.

Antara acaranya, "Bicara Karya" iaitu antologi puisi hasilan ahli ASASI iaitu (I) Retak di Jalanan oleh Anjanglie (II) Suara dari Anjung Pendeta oleh Ruhie Isma (III) Tangkai-tangkai Gemuruh oleh Jamaludin D (IV) Bicara di Bibir Bulan ii oleh Zaidin Abadi. Pemakalahnya terdiri daripada Zaidin Abadi, Puzi Hadi dan Azmi Rahman.

Para penulis/pemakalah ASASI ini juga ahli eSastera. Tahniah!

 
1034 PuziHadi

Tuesday, November 19, 2013 @ 1:30 PM
Tiada Komen

iminja sr

avatar

 
1033 iminja sr

Sunday, November 17, 2013 @ 10:04 PM
Komen (1)

Tajuk:Ujian hashtag
IrwanAbuBakar
Uji hashtag #tlogIAB

 
1032 IrwanAbuBakar

Sunday, November 17, 2013 @ 9:51 PM
Komen (1)

Tajuk:munulis itu impianku
ANDAYU AZMI
semoga setelah hantar cerpen dan novel aku akan menjadi seorang penulis
semoga impianku itu akan jadi kenyataan satu hari nanti
sekarang tgh cipta novel lak
baru siap separuh lagi dua bulan mungkin dah boleh hatar kat mana-2 syarikat penerbiran
tak sabar rasanye nak tengok novel kita sendiri diterbitkan di pasaran. pasti seronok./ tak sabar nak siapkan dengan cepat2
supaya bolehlah baca novel sendiri lak lepas ni. takdelah asyik baca novel org aje
best juga baca novel kita sendir kan. so maka cepat2lah siap novel pertama saya ti. teringin nak tengok sambutan peara pembaca yang ada kat luar sana tu. bagaimna sambutan mereka terhadp novel pertama sya. jika baik. so say akn teruskan dengan novel kedua pasti best dapt jadi novelis yang terkenal macam orang lain juga. itulah impian saya nak jadi penulis. impian ni sejak saya sekolah lagi. teringin sangat nak mengyang mimpi di langit sehingga terciptlah novel ciptaan saya sendiri berdasrkn pengalam saya sendiri dan ditokoh tambah dengan rekaan semata-mata. semoga cepat siap dan berjaya mendapatkan tempat di dalam dunia penulisana ini.

 
1031 ANDAYU AZMI

Sunday, November 17, 2013 @ 9:41 PM
Tiada Komen

Tajuk:hati yang terluka
ANDAYU AZMI
hati yang terluka buat kali pertama tidak akan sembuh dengan mudahnya. sakitnya hati yang terluka kerana cinta pasti akan mengunda derita dan sengsara setiap insan yang merasinya.
tapi mengapa harus kita yang harus merasi sakitnya cinta itu. sakitnya terterkata oleh kata-kata. dan tak mampu untuk diluahkan dengan perasaan yang kian membeku di hati. andai kita memiliki cinta yang indah hargailah cinta itu dan saya berharap cinta itu akan hadir dan mampu mengubati luka di hati saya.

 
1030 ANDAYU AZMI

Sunday, November 17, 2013 @ 12:30 PM
Tiada Komen

Tajuk:sesekali bicara
iminja sr
ya..acapkali kita berkata...menulis untuk menyatakan kebenaran...ya..tapi bagaimana ya..? sedang masih ramai yang terpegun dan terpesona dengan usikan dan godaan-godaan dunia...terperangkap dalam buasnya hipokrit massa...masih sembunyi-sembunyi di balik dinding-dinding kemunafikan yang berjela...apa kata marilah kita keluar...zahirkan diri kerna kebenaran adalah hakikat...katakanlah walau sepahit dan sengsaranya hati....beranilah mengungkapkannya...

 
1028 iminja sr

Sunday, November 17, 2013 @ 7:14 AM
Komen (1)

Tajuk:Monodrama "Jual Ubat" Khalid Salled
IrwanAbuBakar
Brochure yang menarik! Lihat laporanku di seksyen xE-Akhbar, kategori Sastera (Laporan): http://www.esastera2u.com/index.php/users/article/view/id/2540

 
1027 IrwanAbuBakar

Sunday, November 17, 2013 @ 6:34 AM
Tiada Komen

Tajuk:Hallo, cubaan, 1-2-3
PuziHadi
Bersedia
Ke hadapan
POOOOONNNNGGGG!

avatar

 
1026 PuziHadi

Saturday, November 16, 2013 @ 5:29 PM
Tiada Komen

Tajuk:ftrhjasbvhj
admin
asfasf

avatar

 
1025 admin

Friday, November 15, 2013 @ 7:59 PM
Tiada Komen

admin

 
1024 admin

Thursday, November 14, 2013 @ 11:30 AM
Komen (1)

Tajuk:2013 makin menjauhkan diri
Mohd Azmi bin Harun
2014 makin mendekat, 2013 kian merajuk,yang pasti E-sastera makin menonjol dalam rindu puisinya yang makin bertali arus.Mengusung hajat dan hasrat tersirat lagi tersurat melontar segala rasa. Selamat berkarya semua para teman warga E-Satera2u.

avatar

 
1023 Mohd Azmi bin Harun

Wednesday, November 13, 2013 @ 3:48 AM
Komen (7)

Tajuk:HesCom 2013: Keputusan
admin
HesCom 2013: Keputusan

Program: Hadiah eSastera.com (HesCom) 2013
Masa: Isnin, 11.11.2013, 6.00-8.00PM
Venue: Restoran Memey Sari, Denpasar, Bali, Indonesia.
Keputusan:

1. Anugerah Prestasi Dampak Tinggi (Rp1.0Juta):

GLP.

2. Anugerah Pengkarya Prolifik (Rp.1.0Juta):

Dikongsi bertiga oleh Ibnu Din Assingkiri, Mansor A. Hamid, dan Kembara Ilmu.

3. Anugerah Pengkarya Pelapis (Gen. Y)(Rp.1.0Juta):

Dikongsi berdua oleh Zahid Naseer (pengkarya baru yang aktif) dan Wan Ryzal Adly (memperkenalkan maskot eSastera, Tera & Teri serta "comic strip" yang berkaitan).

4. Anugerah Khas Pengkarya Tempatan bagi venue HesCom (Tokoh eSastera Indonesia 2013) (Rp1.0Juta):

Muhammad Rois Rinaldi

5. Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2013:

(a) Sagu hati (Rp1.0Juta): Yajuk melalui sajak "Menadah Hujan".

(b) Pemenang (RM2,013= Rp.6.7Juta): Puzi Hadi melalui sajak "Aku, 60(2011), 61(2012)".

 
1022 admin

Tuesday, November 12, 2013 @ 3:16 PM
Tiada Komen

Tajuk:KASIH
ANDAYU AZMI
Kasih itu ada banyak makna dalam kehidupan manusia zaman sekarang. bagiku kasih terbahagia kepada beberpa katergeri. contohnya kasih sayang. kasih sayang hanya akan lahir dripada lubuk hati seseorang yang menyayangi kita. bahkan rasa kasih sayang ini juga turut mampu dirasai oleh haiwan. nimmatilah kasih sayang yang anda miliki. semoga kasih itu sentiasa menjadi milikku.

 
1016 ANDAYU AZMI

Sunday, November 10, 2013 @ 5:20 PM
Tiada Komen

Tajuk: rindu
ANDAYU AZMI
rindu itu lahir dari lubuk hati yang kecil
kerinduan akan dirasi oleh setiap insan di muka bumi ini
tiada sesiapapun yang tidak akan merasai apa itu rindu
rindu itu satu perasaan yang sewajarnya ada di dalam setiap insan yang bernafas di muka bumi ini.
kerinduan itu amat bermakna buat semua insan yang amat menghargai apa itu erti kerinduan di hati.

 
1015 ANDAYU AZMI

Sunday, November 10, 2013 @ 5:15 PM
Tiada Komen

Tajuk: cinta
ANDAYU AZMI
cinta itu indah.
seindah kerlipan bintang di langit menghiasi alam
keindahan cinta itu hanya mampu dirasi oleh insan yang benar-benar memahami apa itu cinta. saya berharap suatu saat nanti cinta itu akan menjadi milik saya.
cinta itu amat indah untuk dimiliki oleh sesiapapun.
nikmtilah keindahn cinta itu yang anda miliki.

 
1014 ANDAYU AZMI

Saturday, November 09, 2013 @ 4:22 AM
Tiada Komen

Tajuk:Mencari tLogger Terkemuka
IrwanAbuBakar
Suatu masa dulu, penulisan log di internet atau weblog (ringkasnya blog) adalah sangat popular. Ramai yang terlibat. Banyak portal awam percuma dan berbayar diwujudkan. Beberapa kumpulan blogger terbentuk, termasuk di Malaysia. Geng Jurnal adalah salah satu yang menonjol di negara ini.
Kemudian muncul sms, bentuk penghantaran mesej secara ringkas (tak lebih 140 aksara). Saya menjangkakan akan wujud tradisi meng-sms tulisan log (yang saya namai slog, dengan para aktivisnya dinamai slogger, seperti yang saya tulis dalam majalah Sastera.Net). Hal ini tidak berlaku kerana sms tidak lagi unik apabila telefon bimbit dapat mengkases laman web.
Pada masa yang sama, kemunculan YouTube yang menangani pemaparan video di internet dengan berkesan sekali. Hal ini telah mewujudkan video-log (vlog, dengan aktivisnya dinamai vlogger). Mat Lutfi barangkali merupakan vlogger Malaysia paling popular.
Tidak disangka-sangka, rupa-rupanya tradisi menulis catatan secara ringkas seperti sms menjadi kegemaran ramai di laman web apabila Twitter diperkenalkan, dengan mesej twitter tidak melebihi 140 akara walaupun beroperasi di internet. Twitter memperkenalakan aktiviti trending melalui hashtag #. Maka diperkenalkan orang aktiviti penulisan log melalui twitter dengan trending #tLog.
Saya telah memulakan #tLogTS untuk tSastera (Sastera Twitter) dan #tLogIAB (untuk diri saya sendiri, dengan IAB ialah initial nama saya). Kini saya menunggu apa yang akan berlaku di Malaysia kerana, buat masa ini, #tLog belum lagi popular dan belum wujud kumpulan tLogger tempatan yang signifikan. Atau adakah saya yang tidak tahu?

 
1013 IrwanAbuBakar

Saturday, November 09, 2013 @ 4:04 AM
Tiada Komen

IrwanAbuBakar

 
1012 IrwanAbuBakar

Wednesday, November 06, 2013 @ 6:30 PM
Komen (2)

Tajuk:HesCom 2013
admin
MAKLUMAN. Majlis anugerah tahunan "Hadiah e-Sastera.com" (HesCom) 2013 akan diadakan di Bali, Indonesia pada 12.11.2013 ini. Sempena majlis tersebut, ESastera akan melancarkan tiga buah buku antologi puisi terbarunya:

"E-Loka II" (direktori 35 penyair eSastera yang aktif sepanjang tahun 2012 disertai karya terbaik mereka dari portal e-Sastera.com 2012, kelolaan penyair senior Kedah, Puzi Hadi dan founder e-Sastera.com, Irwan Abu Bakar);

"Bulan Suram Di Langit Kashmir" (antologi puisi empat penyair wanita paling aktif di eSastera sepanjang tahun 2013, Hasimah Harun, Dahna Nik Dahna Megat, Nur Ain Hanis, dan Citranalis Ruslina Rmr, dengan kata pengantar oleh penulis muda berbakat, Nimoiz T.Y Nik Mohd Iznan); dan

"Bunga Dan Bayu" (kumpulan puisi perseorangan Hasimah Harun, dengan Kata Pengantar oleh penyair Puzi Hadi Puzi Puzihadi dan kritikus sastera terbilang dari UPM, Prof. Dr. Arbak Othman).

avatar

 
1011 admin

Tuesday, November 05, 2013 @ 7:37 AM
Komen (1)

Tajuk:YANG DILUPAI DAN YANG MELUPAI
IrwanAbuBakar
Allahyarham penyair T. Alias Taib sangat popular pada suatu masa dulu. Ditakdirkan Allah, saya agak rapat dengannya dalam tempoh-tempoh dia hampir meninggal dunia. Dua kali dia ke rumah saya di Universiti Malaya. Dia sangat berminat sajak-sajak tulisan isteri saya, Hasimah Harun. Dia menuliskan Kata Pengantar untuk buku kumpulan puisi pertama saya, Semelar (kAPAS Enterprise, 2004). Selepas beliau meninggal dunia, majalah Dewan Sastera menyiarkan tulisan saya tentangnya sebagai ingatan. Tak lama kemudian, dia terus dilupai. Cita-citanya untuk mendapat anugerah Sasterawan Negara (seperti yang pernah dinyatakannya secara peribadi kepada saya) tidak kesampaian. Malah dia tidak pun mendapat gelaran SEA Write Award walaupun pernah dicalonkan. Hari ini, jarang-jarang sekali kita mendengar orang menyebut nama T. Alias Taib. Dia seolah-olah dilupai walaupun seluruh hidup remaja dan dewasanya dia tumpukan kepada penulisan puisi secara benar-benar serius. Setelah dia meninggal dunia, pernah saya membuka blog T. Alias Taib di eSastera lama dan menerima ucapan terima kasih daripada puteranya atas tindakan saya itu tapi kini blog itu pun sudah tidak dapat diakses khalayak lagi. Saya sentiasa rasa sedih apabila mengingatkan Allahyarham. Ingatkah sdr siapa T. Alias Taib?

Seorang lagi penyair yang agak rapat dengan saya ialah Hashim Yaacob (Profesor, bekas Naib Canselor Universiti Malaya). Untuk beberapa tahun, dia sangat serius dalam menulis puisi dan membuat persembahan pentas untuk puisi. Malah dialah yang membawa saya ke pentas mendeklamsi puisi untuk pertama kali. Semasa dia menjadi VC UM, kegiatan berpuisi menjadi sangat aktif di situ. Pada suatu hari, beberapa tahun setelah dia meninggalkan UM, saya bertemu dengannya. Pada masa itu, dia sudah hilang dari dunia puisi tanah air, tidak lagi menulis dan tidak ke pentas puisi. Saya tanyakan hal itu kepadanya. Dia menjawab: Tidak ada duit dalam puisi. Pada masa itu, dari ceritanya kepada saya, dia sedang mendapat wang yang banyak daripada tugas-tugasnya di IPT-IPT swasta sehingga mampu menghantar anak kembarnya belajar di United Kingdom dengan perbelanjaan sendiri. Awal tahun ini, saya bertemunya lagi di Rumah PENA, di suatu majlis deklamasi puisi. Dia diundang ke pentas mendeklamsi puisi tetapi diumumkan bahawa dia tidak dapat ke pentas kerana hilang suara akibat kurang sihat. Apabila saya ke mejanya dan bertanyakan hal itu kepadanya, dia tersenyum sahaja dan memberitahu saya yang kesihatannya tidak apa-apa, sekadarkan dia memang tidak mahu naik ke pentas puisi.

Mengenangkan dua sahabat rapat saya itu, terfikir pula saya: Apa yang aku buat di dunia puisi ini?

avatar

 
1009 IrwanAbuBakar

Monday, November 04, 2013 @ 3:13 PM
Komen (1)

Tajuk:hari ini indah
syaz
hari ini aku baru mendaftar ,alhamdullilah.aku sudah pun menulis sebuah syair yg bertajuk Oh Ibuku,aku pun baru belajar,buat kali pertamanya aku menulis itu.maaf lah jika itu bukan syair.semoga aku akan menjadi penulis yg baik

 
1004 syaz

Monday, November 04, 2013 @ 3:08 PM
Tiada Komen

Tajuk:hobi aku
syaz
aku sangat meminati dalam bidang menyanyi..dan sekarang,aku baru memasuki bidang iaitu menulis sajak,syair,puisi,pantun dan lain-lain lagi.saya harap,hobi aku ini menjadi kenyataan walaupun bukan cita-cita.aku ada cita-cita tersendiri,
hy,semua

 
1003 syaz

Monday, November 04, 2013 @ 2:33 PM
Komen (1)

Tajuk:Impian itu milikku
ANDAYU AZMI
Aku selalu berharap impianku akan menjadi kenyataan. bagiku walaupun sukar untuk mencapi bintang di langit. namun aku akan tetap berusah untuk memiliki impianku. walaupun susah namun impiaku harus menjadi milikku.

 
1002 ANDAYU AZMI

Wednesday, October 30, 2013 @ 3:49 PM
Komen (1)

Tajuk:Menulis itu impianku
ANDAYU AZMI
Setiap hari aku akan menanti ilham tiba untuk aku menulis. keinginan ini sudah lama berada di dalam diriku. aku mahu menjadikan menulis itu adalah satu impianku. bagiku menulis itu amat mengembirakan aku. kerna aku mampu menhayati dunia yang penuh dengan dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang yang akan memegang watak dalam dunia ciptaanku.

 
1000 ANDAYU AZMI

Wednesday, October 30, 2013 @ 3:13 PM
Tiada Komen

Tajuk:Menjemput ilham
Mohd Azmi bin Harun
Saban hari ada isu baru yang sempat dijemput untuk santapan dan pencerahan yang menarik.Selamat berkarya, curahan ilham dari teman-teman warga e-sastera. Dalam nada, gaya tersendiri ada lambakan puisi yang mengusik jiwa.

avatar

 
998 Mohd Azmi bin Harun

Sunday, October 27, 2013 @ 8:37 PM
Komen (7)

Tajuk:GLP: Asmaul Husna (album single)
IrwanAbuBakar
http://www.youtube.com/watch?v=P3Yk6BtpBQQ

 
995 IrwanAbuBakar

Friday, October 25, 2013 @ 7:12 AM
Komen (1)

Tajuk:MIMPI MELAYU
IrwanAbuBakar
Baru-baru ini, aku beremu semula seorang kawan rapat yang telah hampir 40 tahun tidak kutemui. Betapa berbezanya dia daripada segi fizikalnya (pada pandanganku)! Tentu aku pun begitu, pada pandangannya.
Selepas peremuan itu, kami ada berhubungan melalui sms. Dalam salah satu sms-nya, dia menulis, lebih kurang begini:

Pada umur kita sekarang ini, kita telah mencapai "worldly dream" kita. Eloklah kita sama-sama menyediakan diri untuk kehidupan akhirat.

Setelah membaca sms-nya itu, aku terfikir:

Apakah harapan duniawi (worldly dream) bangsa Melayu?... Pernahkan dikaji orang? #MimpiMelayu

avatar

 
992 IrwanAbuBakar

Wednesday, October 23, 2013 @ 11:43 PM
Tiada Komen

Tajuk:Ayuh tidur!!
ilhamnasuha
http://esastera2u.com/index.php/users/home/articleview/id/2376

 
989 ilhamnasuha

Tuesday, October 22, 2013 @ 10:58 PM
Komen (1)

Tajuk:Tidurlah
ilhamnasuha
Mari tidur, lupakan segala lelah di siang hari.. :)

avatar

 
988 ilhamnasuha

Tuesday, October 22, 2013 @ 10:57 PM
Komen (1)

Tajuk:Tidurlah
ilhamnasuha
Ayuh tidur semua..dengar lagu tidurlah dari saya sendiri.. :)

 
987 ilhamnasuha

Friday, October 18, 2013 @ 4:56 PM
Tiada Komen

Tajuk:Political Analogy------
ibnudinassingkiri



Poor dung beetles and
politicians are alike
they immune to shit!

-Ibnu Din Assingkiri, senryu-like quot

 
986 ibnudinassingkiri

Wednesday, October 16, 2013 @ 1:32 AM
Komen (2)

Tajuk: Salam Aidiladha
Tera&Teri
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengguna portal eSastera -- Ikhlas dari kami!

 
984 Tera&Teri

Tuesday, October 15, 2013 @ 6:59 AM
Tiada Komen

Tajuk:Salam Aidiladha
IrwanAbuBakar
Maaf zahir batin.

 
980 IrwanAbuBakar

Tuesday, October 15, 2013 @ 4:43 AM
Tiada Komen

Tajuk:Ulasan Khusus 10 Dzulhijah 1434 H
Muhammad Rois Rinaldi
Salam. Idul Adha mohon maaf lahir batin, berikut saya usai mengulas karya sila kunjungi:

http://esastera2u.com/index.php/users/article/view/id/2337

 
979 Muhammad Rois Rinaldi

Monday, October 14, 2013 @ 7:58 PM
Tiada Komen

Tajuk:demo
admin
demo

 
976 admin

Monday, October 14, 2013 @ 4:10 PM
Tiada Komen

Tajuk:SELAMAT MENYAMBUT AIDUL ADHA
Mohd Azmi bin Harun
Nyaring kencang tahmid dan takbir, Melewati syukur para mukmin tanpa batas dan erti pengorbanan kelas pertama.

avatar

 
975 Mohd Azmi bin Harun

Sunday, October 13, 2013 @ 7:10 AM
Tiada Komen

Tajuk:Bantu eSastera Melalui Iklan
admin
Sdr ingin membantu eSastera dari segi kewangan? Mohon iklankan barangan, perkhidmantan, atau ucapan sdr di ruang PROMOSI portal ini.

Sdr boleh juga membantu dengan mendapatkan iklan daripada pihak ketiga.

Hanya RM100 sebulan (dan kos ini berkadar langsung dengan masa yang dikehendaki, misalnya RM25 seminggu dan RM1200 setahun).

Mesej daripada #EsasteraEnterprise bertarikh 13.10.2013.

avatar

 
974 admin

Thursday, October 10, 2013 @ 8:56 PM
Komen (4)

Tajuk:Deklamasi Puisi Sesuai Porsi
Muhammad Rois Rinaldi
Bagi yang senang membaca puisi silakan kunjungi: http://esastera2u.com/index.php/users/article/view/id/2302 semoga bermanfaat.

 
968 Muhammad Rois Rinaldi

Thursday, October 10, 2013 @ 3:43 PM
Tiada Komen

Tajuk:setitis tinta
ryu-nsyee
kalam dari kalbu

 
966 ryu-nsyee

Wednesday, October 09, 2013 @ 11:12 PM
Tiada Komen

Tajuk:Menuntut Ilmu Berterusan
masshah
Kursus Penulisan Artikel Dan Berita anjuran IBHKHIDMAT di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Penceramah yang hebat-hebat telah memberikan perkongsian berkenaan penulisan artikel dan berita serta memberikan motivasi kepada para peserta.

Tokoh hebat seperti Saring Sirad, Mazlinda orang kuat Sinar Harian, Ann Wan Seng dan Zulkifli Sulong berkongsi pengalaman dalam penulisan mereka. Semoga diri ini terus termotivasi untuk terus menulis.

avatar

 
965 masshah

Wednesday, October 09, 2013 @ 12:43 AM
Tiada Komen

Tajuk:SEMBANG-SEMBANG DENGAN ORANG DI JORDAN
IrwanAbuBakar
SEBENTAR TADI AKU BERJAYA BERSEMBANG DI PORTAL INI DENGAN SDR KRIEY YANG SEDANG BERADA DI JORDAN. DI BAWAH INI AKU SALINKAN TEKS SEMBANGNYA, DENGAN WAKTU YANG DITUNJUKKAN IALAH 13 JAM LEWAT DARIPADA WAKTU MALAYSIA YANG SEBENAR:

kriey - X

IrwanAbuBakar: Salam Kriey.
kriey: Wassalam Dr Irwan :)
kriey: wah, ada ruangan chat ye sekarang, maaf lama tak jenguk masuk...
IrwanAbuBakar: Kriey di mana tu? Jordan?
kriey: Iya di Jordan sekarang, dah hampir sebulan.
IrwanAbuBakar: Alhmdulillah, dah sihat ya...
Sent at 11:09AM Oct 08th
kriey: Alhamdulillah dah sihat, sakit2 tulang rusuk tu doktor cakap benda biasa. Tak tidur lagi ke dr.irwan?
IrwanAbuBakar: Emmm... baru balik dinner.
Sent at 11:16AM Oct 08th
kriey: oo ye ke. sampaikan salam saya kepada Cikgu Hasimah, sini dah isya'.. jumpa lagi dr.irwan, assalamualaikum :)
IrwanAbuBakar: Waalaikum salam.
Sent at 11:22AM Oct 08th

 
964 IrwanAbuBakar

Monday, October 07, 2013 @ 8:42 AM
Komen (1)

Tajuk:Sastera: Pesona Isi atau Pesona Teknologi?
admin
(Artikel menarik oleh SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan di akhbar Berita Harian hari ini: halaman Rencana 23. Hal yang sama telah dibentangkannya di Wacana Kesusasteraan Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat semalam, Ahad 6.10.2013, di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, anjuran bersama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dewam Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur):

Antara kenyataan Dr. Anwar Ridhwan dalam artikel itu:

(a) Generasi Y sedang berada dalam medan magnet elektronik ini. Sejauh mana minat mereka terhadap sastera, banyak bergantung pada latar belakang pendidikan formal, minat, serta pendedahan terhadap sastera. Satu lagi faktor yang sangat penting ialah sejauh mana dunia siber mampu memanipulasi bahan sastera, sehingga boleh menawan hati Generasi Y ini. Generasi Y kebanyakannya tidak lagi cenderung kepada teks penuh. Dunia mereka adalah dunia imejan, pergerakan pantas, dan paparan visual yang diadun dengan teknologi suara dan muzik.

(b) Kita meraikan perkembangan teknologi kerana kita mesti mengakui hakikat perubahan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, sastera di alam siber harus dapat mengekalkan inti patinya yang penting, yang sejak ribuan tahun memperkasa tamadun umat manusia.

avatar

 
963 admin

Sunday, October 06, 2013 @ 10:24 PM
Komen (2)

Tajuk:Minum Petang
masshah
Jumput panas, teh o panas dan sebuah buku, hidangan petang yang indah...

avatar

 
962 masshah

Saturday, October 05, 2013 @ 1:29 PM
Tiada Komen

Tajuk:Penulis Juga Berdakwah
masshah
Segala puji bagi Allah seru sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga kehidupan yang sedang kita jalani ini beroleh rahmat, berkat dan diredhai Allah SWT.

Kepada sahabat-sahabat di Portal eSastera.com agar terus bersemangat berkarya menghasilkan buah fikiran yang tentunya nanti dapat dimanfaati oleh para pembaca. Semoga niat penulisan ini juga berpandukan pada maksud hadis Nabi SAW di bawah ini.

â??Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat...â??

(Hadis riwayat Bukhari)

Dan semoga Allah SWT memandu penulisan saya ini agar tidak tergelincir nawaitu kepada maksud yang lain. Penulisan yang mahu dikongsikan hanya sekadar sebagai panduan dan ingatan kita bersama. Ia juga merupakan satu seruan atau dakwah yang mana merupakan kewajipan setiap manusia yang mengaku beriman.

Tugas dakwah yang dipikul oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah amanah besar, ia berkesinambungan hingga ke hari ini. Tiada hentinya!.

Bila mana disebut dakwah ini memberi maksud seruan kepada Islam. Ia tugas yang mesti dipikul oleh setiap orang Islam. Bahkan ianya kewajipan yang mesti disambut dan ditunaikan oleh setiap orang Islam yang beriman. Bukankah di dalam al-Quran ada menyebutkan;

Firman Allah SWT yang memberi maksud:

â??Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.â??

(Surah Al-Imran ayat 110)

â??Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendap petunjuk.â??

(Surah Al-Nahl ayat 125)

Namun begitu, masih ramai dikalangan umat Islam yang tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Malah mereka mengungkapakan kata-kata seolah diri mereka tidak berguna untuk agamanya. Pelbagai alasan yang terkeluar dimulut mereka, â??tidak cukup ilmuâ??, â??belum cukup baikâ??, â??tak pandai cakap sangatâ??, â??sekolah pun tidak tinggi mana, sekolah agama pun tidak, nak berdakwah pulakâ?? dan macam-macam yang kadang-kadang kita boleh dengar.

Persoalannya sekarang, apakah medan dakwah itu sekadar bercakap, berceramah, syarahan semata-mata. Ia banyak cara dan cabangnya. Ambilah satu medan untuk kita berdakwah, iaitu menulis dan penulisan. Ya...kita di Portal eSastera.com sebenarnya sedang melaksanakan tuntutan berdakwah.

Seandainya alasan-alasan seperti di atas tadi terdetik ada pada diri kita, kita ubah alasan itu, nah sekarang... melalui penulisan inilah kita jadikannya medan dakwah untuk kita menyeru kepada kebaikan buat manusia.

Mungkin kita tidak mampu bercakap untuk berceramah, syarahan atau sebagainya tetapi oleh kerana kita ada kebolehan menulis ,maka kita gunakan kebolehan yang ada ini untuk melaksanakan tuntutan berdakwah. Tulislah apapun selagi ianya memberi manfaat kepada seluruh manusia.

Penulisan kita akan menjadi rujukan mahupun panduan buat manusia yang mahu mengambil manfaatnya. Selagi ianya dibaca dan diamalkan apa-apa yang kita tuliskan dalam penulisan itu, pahalanya akan berterusan mengalir apabila kita mati.

Hadis Nabi SAW;

â??Apabila manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanyaâ??

(Hadis Riwayat Muslim)

Puisi atau sajak, madah, novel, cerpen, pantun, artikel penulisan dan lain sebagainya kita gunakan untuk menyeru kepada sesuatu yang baik. Lebih-lebih lagi dalam menyeru agar kembali kepada Allah. Itu merupakan sesuatu yang sangat wajib buat semua umat Islam.

Inilah kelebihan seorang penulis punyai daya pemikiran yang keratif dalam penulisannya. Seharusnya itulah yang mereka laksanakan demi tuntutan berdakwah. Jadi, jangalah dipersiakan segala kebolehan yang dimiliki.

Saya tertarik dengan tulisan seorang penulis muda iaitu Hilal Asyraf di dalam website beliau;

â?? Sepatutnya, kelebihan ini digunakan oleh penulis untuk menyampaikan Islam seluas-luasnya. Menyampaikan Islam dalam bentuk yang mudah difahami, dalam bentuk yang menarik, dalam bentuk menyentuh hati, dalam bentuk yang lebih dekat dengan masyarakat. Bukanlah kita memberikan masyarakat apa yang masyarakat mahu.

Kita memberikan masyarakat apa yang masyarakat perlu!

Dan Islam adalah keperluan masyarakat sepanjang zaman hakikatnya.â??

Justeru itu, sahabat-sahabat di Portal eSastera.com, sesungguhnya kalian semuanya sedang berdakwah. Medan yang sangat suci yang mana pada akhirnya nanti ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu, bertamadun dan yang lebih besar manfaatnya dari itu masyarakat khususnya umat Islam akan lebih cinta dan mengagungkan Allah SWT hasil dari pembangunan ilmu yang diusahakan bersama di Portal Esastera.com. Penulis sebenarnya berdakwah, syabas semua.

( Tulisan ini sekadar pandangan pribadi penulis, seandainya ada kekurangan dalam penulisan ini mohon diperbetulkan, yang baik hanya dari Allah dan yang kurang baik dari diri insan yang daif ini.)
#Maksud Dakwah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

1. Kegiatan menyeru dan menyakinkan orang lain supaya menerima satu kepercayaan; golongan~golongan (kumpulan) yang bergiat dalam dakwah
2. bp (bahasa percakapan) patuh kepada (mengikut) ajaran agama Islam dengan lebih sempurna (sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dan lain-lain) .
#Maksud Dakwah menurut Agama Islam

Perkataan dakwah berasal daripada perkataan Arab â??Dakwahâ??. Perkataan â??Dakwahâ?? lahir daripada akar daâ?? a-Yadâ??u â?? Daâ?? a bererti seru, himbau, panggil, lambai, undang, jemput dan teriak. Jadi, dakwah dapat disamakan sebagi seruan, himbauan, panggilan, lambaian, undangan, jemputan dan teriakan.

(Petikan maksud â??Dakwahâ?? dari buku â??Setiap Kamu Adalah Pendakwahâ??, tulisan Amat Juhari Moin Dan Ann Wan Seng)

 
961 masshah

Friday, October 04, 2013 @ 5:47 AM
Tiada Komen

Tajuk: Sayembara Menulis Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Ke-3
admin
Terbuka kepada semua. Bengkel-bengkel penulisan yang berkaitan sedang dijalankan di seluruh negara.

 
959 admin

Thursday, October 03, 2013 @ 8:45 AM
Komen (2)

Tajuk:meraut rindu
iminja sr
rindu di celah bilah-bilah waktu...

 
957 iminja sr

Monday, September 30, 2013 @ 3:14 PM
Tiada Komen

Tajuk:testing
admin
this is testing wall

 
956 admin

Monday, September 30, 2013 @ 1:20 PM
Komen (2)

Tajuk:Projek Baru
IrwanAbuBakar
Barangkali projek paling mengujakan buatku untuk menutup 2013 ialah pelancaran portal baru eSastera.tv.
Portal ini ialah generasi ke-2 bagi portal tvSastera.com yang telah beroperasi untuk beberapa tahun tapi tidak berkesan atas sebab tertentu.
Kita tunggulah kemunculan www.eSastera.tv pula :)

 
955 IrwanAbuBakar

Thursday, September 26, 2013 @ 8:48 PM
Tiada Komen

Tajuk:CURHAT
ibnudinassingkiri
---> Baru selesai assesment PSMB Certified Trainer. Lega rasanya facilitator bagi thumb up. Lepas ni boleh rancak sikit cari makan..., :)

avatar

 
953 ibnudinassingkiri

Thursday, September 26, 2013 @ 11:04 AM
Tiada Komen

Tajuk:Tulis Cerpen Guna "Table"
IrwanAbuBakar
Salam. Saya ada mencuba menulis fiksyen dengan memanfaatkan fasiliti "table" (dengan "background image" bagi sel).
Cuba tengok di: http://esastera2u.com/index.php/users/article/view/id/2164

avatar

 
951 IrwanAbuBakar

Wednesday, September 25, 2013 @ 12:38 PM
Tiada Komen

Tajuk:Sensasiber
admin
Buku cetakan mewah berkulit tebal dan berwarna-warni sepenuhnya,dari Esastera Enterprise. Boleh dibeli dari Kedai Esastera di www.eSastera.lot.my

 
950 admin

Tuesday, September 24, 2013 @ 1:59 AM
Tiada Komen

Tajuk::)
Ghanaziz
guyyy plizzz baca karya saya "KERANA MENCINTAIMU"

 
947 Ghanaziz

Monday, September 23, 2013 @ 7:11 AM
Tiada Komen

Tajuk:Rejab F.I seraut puisi di bumi Perlis
Mohd Azmi bin Harun
Selamat datang semua semua ke majlis puisi abang Rejab F.I di IPG Kampus Perlis

avatar

 
940 Mohd Azmi bin Harun

Saturday, September 21, 2013 @ 10:27 PM
Komen (6)

Tajuk:Ayooo masih banyak waktu; ikuti lomba menulis cerpen eSastra!
Muhammad Rois Rinaldi
Segera ikuti lomba ini, meramaikan eSastra, aku sudah posting juga beberapa kawan lainnya. http://esastera2u.com/index.php/users

 
939 Muhammad Rois Rinaldi

Saturday, September 21, 2013 @ 11:50 AM
Komen (6)

Tajuk:Contest di Poemhunter.com
ibnudinassingkiri
Mohon semua di eSastera menjadi juri dengan vote secara online poem saya berjudul: Social Network Headache di link http://www.poemhunter.com/contest-vote/the-social-networks-headache/ tkash banyak2:)

avatar

 
938 ibnudinassingkiri

Friday, September 20, 2013 @ 7:12 AM
Tiada Komen

Tajuk:My Blog
Muhammad Rois Rinaldi
http://pemudabanten.blogspot.com/

 
935 Muhammad Rois Rinaldi

Thursday, September 19, 2013 @ 11:53 PM
Komen (3)

Tajuk:PERIISTIWA HARI INI
IrwanAbuBakar
PERISTIWA HARI INI

6:30AM.
HILANG: Dompet mengandungi kad pengenalan, tiga kad kredit, dua kad ATM, wang tunai RM1,500. Allah... Risau.

2:00PM.
TINDAKAN: Lapor polis; lapor bank; tahan semua kad kredit; tahan semua kad ATM. Allah.. Letih.

4:00PM.
JUMPA: Dompet mengandungi kad pengenalan, tiga kad kredit, dua kad ATM, wang tunai RM1,500. Allah...Bersyukur.

 
934 IrwanAbuBakar

Thursday, September 19, 2013 @ 4:52 PM
Komen (2)

Tajuk:Masih Ada Jalan
yajuk
Masih Ada Jalan

Sebut saja perkataan Leukimia,hati kita kecut dan terus bersujud minta Tuhan jauhkan kita darinya. Tapi tahukah kita bahawa segala yang zahir dan yang batin adalah milik-Nya seperti juga langit dan bumi dan segala isinya tiada yang terkecuali;semuanya adalah milik-Nya. Terserah Dia mahu melimpahkan Rahmat-Nya di mana. Terserah Dia mahu menurunkan bala di mana dan kepada siapa sebagai ujian yang akan menentukan pula siapa kita di sisi-Nya;mahu reda dan syukur atau kufur atas segala ketentuan-Nya. Maka tidak hairanlah jika ada antara kita atau keluarga kita atau sahabat handai kita yang mengidap penyakit tersebut kerana Dia tetap dengan segala perancangan dan kehendaknya. Itulah yang berlaku kepada kita sebagai makhluk-Nya dan hamba-Nya.

Di dalam tempurung perubatan moden,leukimia masih tidak ada ubatnya maka terpulang kita mencari dan mencari jalan lain untuk mengubatinya. Leukimia mengikut Wikifedia adalah sejenis barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').

Ada dua bentuk serangan penyakit Leukimia iaitu jenis Akut yang merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu,manakala jenis yang kedua dikelaskan sebagai Kronik iaitu serangannya boleh berlaku dalam masa yang agak panjang yakni beberapa bulan atau beberapa tahun.

Jika kalian menemukan simpton-simpton seperti keletihan tanpa sebab,lenguh-lenguh sendi,sakit-sakit tulang,gatal-gatal,kerap demam selsema,sekali sekala pengsn dan mendapati berat badan tidak bertambah malah berkurangan maka eloklah kalian membuat pemeriksaan lanjut dengan doctor

Jangan panik jika doctor mengesahkan kemungkinan darah putih kalian berlebihan dari yang sepatutnya,kerana walaupun dalam kamus perubatan moden ubat untuk penyakit tersebut tidak ada tapi percayalah masih ada jalan lain untuk mengubatinya kerana Rasulullah Saw pernah menegaskan setiap penyakit mesti ada ubatnya.Teruslah berusaha mencari dan mencari. Mungkin ada keajaibannya pada waktu kalian benar-benar memerlukannya maka Allah mencampakkannya kepada kalian ubatnya.

Setakat ini Jus yang diperbuat daripada ekstrak kulit manggis,durian belanda dan madu adalah bahan-bahan yang ternyata berkesan untuk melawan penyakit ini. Ada satu kes setelah beberapa bulan didapati berat badannya tidak naik,dia disahkan mengidap penyakit ini dan apabila dia mula menggunakan jus yang diperbuat dari bahan tersebut berat badannya telah mula bertambah dan kesihatannya menampakkan peningkatan kearah yang lebih baik.

Teruslah berusaha dan berusaha dan andainya kalian masih gagal maka yakinlah Allah amat menyayangi kalian maka mahu segera dibawa-Nya kalian pulang ke negeri abadi.

Yajuk
Bj19092013

Rujukan.
1.Wikipedia,Ensiklopedia Bebas
2. Obat Herbal Leukemia | Obat Alternatif Leukemia Yang Ampuh ...
obatherballeukemia12.wordpress.com

 
933 yajuk

Wednesday, September 18, 2013 @ 8:26 AM
Tiada Komen

Tajuk:CERAH SEBUAH PAGI
kablam22
Apakah sentiasa perlu ada mentari, yang mencerahkan sebuah pagi?

 
927 kablam22

Tuesday, September 17, 2013 @ 2:24 PM
Komen (6)

Tajuk:CURHAT
ibnudinassingkiri
Oghang book tiket, aku book tiket, oghang renew passport aku renew passport. Orang bercuti sambil berHescom ke Bali, aku pi kerja di trek lumba Suzuka....

avatar

 
925 ibnudinassingkiri

Tuesday, September 17, 2013 @ 1:41 AM
Komen (3)

Tajuk:Memblog Di eSastera
IrwanAbuBakar
Tahukah sdr bahawa cara memblog yang paling mudah dan selesa di portal ini ialah dengan menggunakan fasiliti Nota Dinding ini?

Sdr boleh tuliskan blog sdr di Dinding ini, termasuk memanfaatkan kemudahan "Tajuk" yang baru dibekalkan untuk mengiringi setiap Nota Dinding sdr.

Nota Dinding ini dapat dipaparkan sebagai blog peribadi apabila sdr memilih paparan BLOGKU. Sdr juga dapat membaca blog seseorang rakan tertentu dengan memilih paparan BLOGMU (sambil memilih "Nama Pengguna" bagi rakan yang berkenaan).

Insya-Allah, dalam masa yang terdekat, kita akan menyediakan pula senarai ringkas Nota Dinding seperti yang kita sediakan untuk Artikel. Dalam senarai ringkas itu nanti akan diberikan Tajuk nota dinding, Nama penulisnya, dan Tarikh nota diterbitkan... tak ubah seperti apa yang kini dibekalkan dalam Senarai Ringkas Artikel. Hal ini akan memudahkan kita mencari Nota Dinding yang telah terbit.

Selamat berkarya!

avatar

 
924 IrwanAbuBakar

Tuesday, September 17, 2013 @ 12:52 AM
Komen (1)

Tajuk:Menambah Kebijaksanaan Diri Dengan Membaca
kablam22
Dari hari ke hari, kita tidak akan semakin jadi pandai andainya buku-buku ditinggalkan. Dan buku-buku itu mestilah buku-buku yang boleh terus memungkinkan kita membina senyuman dari dalam diri kita, walau apa pun takdir kita suatu hari nanti. Akan tiba waktu, yang berilmu akan terpisah terus dari yang dungu. Walau sebanyak mana umur kita dan seluas mana laut pengalaman kita, kita tidak pernah akan sama dengan mereka yang berteman dengan buku.

 
921 kablam22

Monday, September 16, 2013 @ 8:39 AM
Komen (2)

Tajuk:MULTI
ibnudinassingkiri
Di sastera siber seperti #eSastera, penyair perlu juga menjadi penyiar, lebih tepat menjadi keduanya. Selain itu mereka juga merupakan editor terhadap karya sendiri dan kriti-kawan kepada karya kawan-kawan. Selain begitu multi-bakat, multi-sibuk (hemmm), mereka juga multi-skil. Wow!

avatar

 
920 ibnudinassingkiri

Monday, September 16, 2013 @ 12:43 AM
Komen (3)

Tajuk:Galeri Sanggar Abadi Bukit Kapar
masshah
Kursus Penulisan: Pengalaman Menulis, Menulis Pengalaman anjuran IBHKHIDMAT (Saudara Ilhami). Penceramah Dr Ibrahim Ghaffar.

avatar

 
919 masshah

Sunday, September 15, 2013 @ 10:18 PM
Tiada Komen

Tajuk:siapa saya...
MisSpOpiah
huhuhuhu...saya budak 16 tahun... budak kerrrr??haaha..mcm salah jeee

 
916 MisSpOpiah

Sunday, September 15, 2013 @ 10:11 PM
Tiada Komen

Tajuk:happy
MisSpOpiah
Nasyid... yeay!!!!

avatar

 
915 MisSpOpiah

Sunday, September 15, 2013 @ 10:11 PM
Tiada Komen

Tajuk:happy
MisSpOpiah
Nasyid... yeay!!!!

avatar

 
914 MisSpOpiah

Sunday, September 15, 2013 @ 10:08 PM
Tiada Komen

Tajuk:Kemanakan kau pergi
MisSpOpiah
kau akan sentiasa di hati ...

avatar

 
913 MisSpOpiah

Sunday, September 15, 2013 @ 4:13 AM
Tiada Komen

Tajuk:Akademi Fantasia (AF) 2013
admin
#AF2013. Akademi Fantasia (AF) 2013 bermula hari ini jam 9.00 malam di kaca tivi Astro Ria dan Maya HD apabila konsert pertamanya disiarkan secara langsung, dengan disertai 10 peserta solo dan dua kumpulan duo.

Peserta Sani, tersingkir pada malam ini. [Pada AF musim-musim lalu, AF tidak menyingkirkan mana-mana peserta di konsert pertamanya].

Pada pandangan saya, peserta terbaik pada malam ini ialah Indah (gambar) yang membawakan lagu "Ku Akui" nyanyian asal oleh Hafiz.

Pengacara: Zizan.
Inspirer: Faizal Tahir.

 
912 admin

Sunday, September 15, 2013 @ 2:36 AM
Tiada Komen

Tajuk:Apresiasi eSastra Minggu Kedua September 2013
Muhammad Rois Rinaldi
http://esastera2u.com/index.php/users/article/view/id/2109

 
905 Muhammad Rois Rinaldi

Friday, September 13, 2013 @ 12:23 AM
Komen (2)

Tajuk:Mengenang perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmy
ZahidNaser
biografi Burhanuddin Helmi: Kemelut Politik, menongkah arus.. Pernah menginspirasi hidupku..

http://www.youtube.com/watch?v=Ie3GcyVL0XM

avatar

 
903 ZahidNaser

Thursday, September 12, 2013 @ 11:57 AM
Tiada Komen

Tajuk:Curhat
ibnudinassingkiri
November ke Suzuka, dingin mengkristalkan semua asid urik....

avatar

 
900 ibnudinassingkiri

Thursday, September 12, 2013 @ 10:17 AM
Komen (2)

Tajuk:Baru di sini
Neelam Rahim
Masih baru di sini.
Menulis sajak 'Bahasa dan bangsa', 11 Oktober 2011 dan
'Aku Dan Perubahan', 11 Oktober 2011 di laman esastera yang lama.
Tidak pernah belajar menulis dan kesusasteraan secara rasmi, namun minat terhadapnya tetap tinggi.
Saya budak baru belajar,salah dan silap harap dimaafi.
Mohon tunjuk ajar dan nasihat orang-orang di sini.
Salam Sastera :)

 
899 Neelam Rahim

Tuesday, September 10, 2013 @ 7:23 PM
Komen (1)

Tajuk:Poetry
ibnudinassingkiri
Poetry: ----Akhirnya setelah bertahun menulis sajak, aku dapat belajar secara formal di semester ini. Poetry - sungguh mengujakan! Nak kena score A ni :)

avatar

 
897 ibnudinassingkiri

Tuesday, September 10, 2013 @ 12:22 PM
Komen (2)

Tajuk:Tanah Air oleh SN Usman Awang
ZahidNaser
http://www.youtube.com/watch?v=39O6er-_fhk

avatar

 
896 ZahidNaser

Tuesday, September 10, 2013 @ 1:25 AM
Komen (1)

Tajuk:Belajar Menembak
yajuk
<a href="http://www.123tagged.com/gag/1189/dat-recoil.htm";><img border=0 src="http://cdn.123tagged.com/1/10DNmOe.gif"; /></a>

Belajarlah menembak dengan kata-kata bukan dengan senapang

avatar

 
892 yajuk

Monday, September 09, 2013 @ 5:46 PM
Komen (3)

Tajuk:Lukisan
Daeng Ramliakil
Lukisan garisan menyamai perkataan. Kedua-duanya mendukung makna, juga bercerita dengan idea dan rasa hati.

 
891 Daeng Ramliakil

Monday, September 09, 2013 @ 7:03 AM
Komen (3)

Tajuk:Antologi Puisi Bersama Esastera 2013: Perkembangan Terkini
SIqram
Antologi Puisi Bersama Esastera 2013 akan diteruskan dan berdasarkan perbincangan dengan Presiden E-sastera, antologi ini tidak akan bertindih dengan E-Loka 2013, memandangkan sajak-sajak E-Loka adalah berdasarkan pilihan Saudara Puzi Hadi. Antologi ini sebenarnya dikreditkan kepada penyair-penyair yang belum pernah menerbitkan sebarang buku (samaada secara bersendirian atau bersama). Walau bagaimana pun, Antologi ini juga terbuka kepada semua penyair e-sastera tidak kira lama atau baharu asalkan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

avatar

 
890 SIqram

Saturday, September 07, 2013 @ 1:04 AM
Komen (1)

Tajuk:Bertemu Rakan E-Sastera dari Seberang
IrwanAbuBakar
SEBENTAR tadi (kira-kira jam 9.00 malam setelah meredah sesak jalan raya Kuala Lumpur), saya dan sdr RyzalAdly bertemu para penulis sdr Rois (Indonesia), sdr Noor Aisya (Singapura), serta Bonda Rohani (Singapura) dan suami di restoran Mamak di kaki hotel Mayview Glory, berseberang jalan Pudu Sentral (dulu Pudu Raya), Kuala Lumpur. Mereka semua tiba di KL dari Singapura tengah hari tadi.
Gembiranya kami dapat berbincang pelbagai perkara, tentang hal sastera,hal E-Sastera, dan hal peribadi.
Sayangnya, saya terlupa untuk bergambar dengan mereka walaupun pada mulanya ingat tetapi pada masa itu adalah terlalu awal untuk minta bergambar bersama. Setelah kami meninggalkan meja pertemuan, baru teringat akan hal bergambar lalu kami segera berpatah balik tetapi mereka telah beredar pergi. [Tk kepada sdr Rois yang membayarkan dua gelas teh yang kami teguk tetapi terlupa untuk membayarnya!].
Sebagai rakaman pertemuan, saya siarkan di sini gambar dua buah buku comel (kumpulan puisi) yang dihadiahkah oleh Bonda Rohani Din kepada saya. Saya juga sempat menghadiahi Bonda Rohani Din buku kumpulan puisi saya "Kuntum Ungu" di samping menghadiahkan buku "E-Loka" kepada sdr Noor Aisya.

 
889 IrwanAbuBakar

Friday, September 06, 2013 @ 4:24 PM
Tiada Komen

Tajuk:Jom Karaoke :D
Muhammad Rois Rinaldi
http://www.youtube.com/watch?v=4TjHlYe0F28

 
887 Muhammad Rois Rinaldi

Wednesday, September 04, 2013 @ 8:19 PM
Komen (3)

Tajuk:Antologi Puisi Bersama Esastera 2013
SIqram
Semua sahabat esastera dipelawa untuk menyertai Antologi Puisi Bersama Esastera 2013 yang dijangka akan diterbitkan hujung tahun 2013. Syarat penyertaan mudah sahaja; 1) Pilih (3) TIGA puisi yang pernah tersiar di esastera pada tahun 2013 dan masukkan ke dalam Seksyen Buku yang bertajuk Antologi Puisi Bersama Esastera 2013; 2) Sajak mungkin dari Seksyen Sajak, Puisi, Sajen dan Poem SAHAJA; 3) Biodata ringkas adalah WAJIB dan mesti diletakkan di bahagian atas sekali (sebelum puisi); 4) Buku ini hanya akan diterbitkan sekiranya bilangan puisi melebihi 100!; 5) Tajuk dan design kulit akan ditentukan kemudian; 6) penyair yang menyumbangkan puisi tidak akan dikenakan apa-apa bayaran dan TIDAK akan di bayar Royalti/ Honororium; 7) Ahli baru digalakkan menyertai antologi ini; dan 8) Sila lihat Bab 1 sebagai contoh/ panduan. (Tambahan- tiada had masa. Sekiranya dah lebih 100 dan baget dah cukup boleh proceed terus...)

avatar

 
886 SIqram

Wednesday, September 04, 2013 @ 2:00 PM
Komen (3)

Tajuk:Saya Di Rumah PENA
IrwanAbuBakar
Mendeklamasikan puisi "Doa Orang Becinta" di majlis Puisi Ramadan PENA di Rumah PENA pada 2 Ogos 2013, Jumaat malam. Majlis anjuran PENA dan ITBM.

 
885 IrwanAbuBakar

Monday, September 02, 2013 @ 9:41 PM
Tiada Komen

Tajuk:sada
Jessie
fasfasgfas

avatar

 
882 Jessie

Monday, September 02, 2013 @ 8:45 PM
Tiada Komen

Tajuk:Ambil Abu (Simpulan Bahasa)
ibnudinassingkiri
Ambil Abu (Simpulan Bahasa) ---Maksud yang tidak tercapai.

Contoh:
Ujang ambil abu hendak memperisterikan Milah kerana ibu si Milah terlebih dahulu menerima pinangan Seman.

avatar

 
881 ibnudinassingkiri

Monday, September 02, 2013 @ 4:22 PM
Tiada Komen

Tajuk:Anafora
ibnudinassingkiri
Anafora --Gaya bahasa yang mengulang satu kata atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud.

Contoh:

kembali kasih ke hujung rasa
kembali cinta ke dalam jiwa
kembali sayang di dekap asmara
pergi durja ke belantara duka
pergi sebak ke hutan lara
pergi menakung si air mata...

avatar

 
880 ibnudinassingkiri

Sunday, September 01, 2013 @ 10:02 PM
Komen (2)

Tajuk:Membaca Puisi
Muhammad Rois Rinaldi
http://www.youtube.com/watch?v=o9CsW8f_MhI

 
879 Muhammad Rois Rinaldi

Sunday, September 01, 2013 @ 9:46 PM
Komen (4)

Tajuk:Kembara Sastra
Muhammad Rois Rinaldi
Tanggal 06 september aku di Kuala Lumpur di hotal Mavieu. Jika saja ada yang dapat bertamu :D

 
877 Muhammad Rois Rinaldi

Sunday, September 01, 2013 @ 6:20 PM
Komen (2)

Tajuk:Awal September
naimisa.yusof
Tadi baharu tinjau iklan sayembara cerpen. Bila dibaca, tak cukup perkataan pula untuk hantar satu cerpen. jadi saya kena garap cerpen lain yang lebih panjang. :)

Terima kasih.

avatar

 
876 naimisa.yusof

Sunday, September 01, 2013 @ 2:08 PM
Komen (1)

Tajuk:Salam Kemerdekaan
masshah
Assalamualaikum semua, bertemu kembali...

avatar

 
875 masshah

Sunday, September 01, 2013 @ 1:59 PM
Tiada Komen

Tajuk:Malam Tadi di eSastera@Raya 2013
IrwanAbuBakar
31 Ogos 2013 jam 8.00 malam di Pinggir TTDI KL. Majlis eSastera @ Raya 2013. Juga perayaan semangat Merdeka. Ramai hadir. Banyak makanan. Ada persembahan deklamasi dan nyanyi puisi.
Sebagai tuan rumah, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) mengucapkan terima kasih atas kehadiaran dan penglibatan ahli dalam majlis persembahan. Terima kasih kepada sdr S. Iqram dan sdr Teratakerapung yang mentadbirkan majlis persembahan. Terima kasih kepada yang bersusah payah membawa makanan, terutama sdr Yajuk yang mengusung sevan durian dari Kelantan.
Gambar: sdr Has1mah sedang mendeklamasikan sebuah puisi dalam acara persembahan santai pada majlis itu.

-Irwan Abu Bakar, Presiden E-SASTERA

 
874 IrwanAbuBakar

Saturday, August 31, 2013 @ 1:07 PM
Tiada Komen

Tajuk:Avant-garde
ibnudinassingkiri
Avant-garde - Definisi: Karya yang menunjukkan pembaharuan dalam gaya dan persoalan yang dikemukakan. Umumnya karya tersebut bercirikan pendekatan menyimpang daripada kelaziman.

Contoh:
Sajak Mohammed Morsi - Dalam Catur Dalam Penjara, karya Puzi Hadi berupa sajak konkrit dengan tipografi nama Morsi di atas papan catur.

avatar

 
872 ibnudinassingkiri

Saturday, August 31, 2013 @ 11:35 AM
Komen (1)

Tajuk:Telaga
IrwanAbuBakar
Malam tadi, sepulangnya dari aktiviti sastera di Rumah PENA, saya diberitahu bahawa rumah saya tiada bekalan air. Sangkanya, bekalan air dipotong lagi oleh SYABAS. Rupa-rupanya memang seluruh Lembah Kelang dan kawasan sekitarnya terganggu bekalan airnya disebabkan tumpahan minyak diesel yang mencemarkan sumber air di Rawang.
Dalam keadaan ini, harapan kami ialah kepada sebuah telaga tua di halaman rumah.
Pagi ini, saya dan isteri pun mengepam keluar air dari telaga. Baru setengah baldi, airnya terhenti. Rupa-rupanya telaga itu pun kekeringan air.
Alamak...

 
871 IrwanAbuBakar

Friday, August 30, 2013 @ 8:37 AM
Tiada Komen

Tajuk:Aliterasi
ibnudinassingkiri
--Definisi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal perkataan berturutan. Pengulangan memberi kesan keindahan bunyi.

Contoh:
"Kuredahi Kesepian Kehidupan."
Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan 'k' pada setiap awal perkataan.

avatar

 
867 ibnudinassingkiri

Thursday, August 29, 2013 @ 5:20 PM
Komen (4)

Tajuk:Jangan Buat (oleh Nimoiz TY)
ZahidNaser
10 Perkara Jangan Buat di eSastera.com


Oleh Nimoiz T.Y

1. Menyamar / Menggunakan Dua Nama / Menyalahgunakan Nama Orang Lain. Iya, perkara ini melanggar nilai dan norma seorang penulis siber yang benar-benar serius. Difahamkan, ada warga eSastera yang menggunakan nama lain untuk memuji karya sendiri. Barangkali tidak ada yang sudi memberi komentar, lalu baik dia menggunakan nama lain dan memuji karya sendiri. Bagaimana kalau dia menggunakan nama tersebut untuk mengutuk orang lain? Hah, lagi parah dibuatnya!

2. Penyalahgunaan Papan Nota. Uniknya eSastera kerana mempunyai papan nota sendiri, bukannya diambil dan ditampal daripada laman web lain. Papan nota ini menjadikan perbincangan hidup, seolah-olah masing-masing sedang berinteraksi antara satu sama lain. Untuk itu, jangan sesekali menyalahgunakan papan nota. Penyalahgunaan yang macam mana tidak dibenarkan? Sendiri mau fikir maaa...

3. Menyiarkan Karya yang Keterlaluan. Tidak kisahlah apa-apa tulisan atau karya sekali pun. Kawal perasaan marah anda. Kawal karya erotik anda. Kawal karya amukan anda. Jangan sampai anda dipanggil polis untuk membuat keterangan. Ingat, ramai penulis blog ditahan polis kerana pelbagai isu. Yang susah, anda juga.

4. Kritikan Membunuh yang Keterlaluan. Kritikan boleh membantu meningkatkan mutu penulisan seseorang. Namun dalam masa yang sama, kritikan juga mampu membunuh mereka yang lemah antibodi. Maksudnya di sini, penulis yang tidak mampu mengawal jiwa sentimental masing-masing. Lalu mengambil tekad berhenti menulis. Atau mengambil jalan singkat meninggalkan eSastera. Sebenarnya, telah ramai ahli eSastera merajuk kerana menerima kritikan keras. Anda pula sebagai penulis, kalau ditegur ambilah sisi positif. Jangan cepat melatah.

5. Memandang Rendah Ahli Lain. Rambut sama putih, sama-sama makan nasi, sama-sama ahli eSastera, jangan pula anda berasa ego dengan kebolehan diri. INGAT, masing-masing mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Masing-masing ada kelemahan. Jangan memandang rendah kepada ahli lain.

6. Memandang Rendah Esastera. Menganggap eSastera sebagai tempat sepahan karya, tempat main-main, tempat bukannya boleh cari makan adalah kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli lain. Ingat, eSastera merupakan satu-satunya portal / laman web yang aktif mengembangkan kesusasteraan Melayu. Berkaryalah seadanya.

7. Kronisme oh Kronisme. Ini bukan kroni politik. Ini adalah kronisme di kalangan sesama ahli. Di mana-mana tempat sekalipun, akan wujud klik-klik tertentu. Misalnya, ada ahli yang akan memberi komentar di kalangan sesama mereka sahaja. Begitu juga dalam tulisan, mereka akan menyebut nama-nama tertentu, iaitu nama kroni masing-masing sahaja. Bagi mereka yang masih baharu dan masih berseorangan, mereka akan berasa terpinggir. Lalu mengambil jalan meninggalkan eSastera. Bayangkan betapa eSastera dan sastera kita kehilangan sebutir mutiara yang sangat bernilai.

8. Senyap, Senyap, dan Senyap. Memang si dia menulis sajak. Dan si dia menyiarkan karya di mana-mana komuniti. Di â??Penyairâ?? misalnya. Namun, sifat di dia yang lebih suka membisu menjadikan dia tidak dipedulikan oleh sesiapa sahaja. Berinteraksilah. Jangan hanya diam membisu. Cubalah bergaul-gaul dengan semua orang. Orang eSastera semua baik tau!

9. Ambil Hati dan Merajuk. Ada yang datang. Ada yang pergi. Ada yang pergi. Ada yang datang. Begitulah rutin eSastera. Mungkin ada sebab khusus dan tersendiri. Namun jika ada yang pergi atas sebab berkecil hati atau merajuk, itu tidak â??gentlemanâ?? namanya. Tolonglah!

10. Berlagak Pandai. Ini sifat yang kurang digemari orang lain. Sebenarnya tunjuk pandai tak salah. Yang salah ialah berlagak pandai. Rambut sama hitam tapi hati tidak sama. Mungkin ada orang tidak suka dengan anda. Mana tahu! Siapa tak marah kalau jalan pun berlagak?

avatar

 
866 ZahidNaser

Thursday, August 29, 2013 @ 4:25 PM
Tiada Komen

Tajuk:Alegori
ibnudinassingkiri
Definisi:
Gaya penyampaian teks karya melalui unsur bahasa perbandingan dan sindiran. Gagasan atau lazimnya mengandungi nilai-nilai moral tentang kehidupan.

Contoh:
Keteguhan Iman adalah pendakian bukit curam: satu gelincir kecil boleh menjatuhkan tetapi yakin dan istiqamah akan membawa kita ke puncaknya.

avatar

 
865 ibnudinassingkiri

Thursday, August 29, 2013 @ 3:21 PM
Komen (1)

Tajuk:Cerpen
Izham Alias
Saya tertanya, bagaimana hendak menulis cerpen dan menghantar ke e-sastera? Maaf kerana masih baharu di sini.

 
864 Izham Alias

Thursday, August 29, 2013 @ 2:18 PM
Tiada Komen

Tajuk:title
Jessie
description

 
863 Jessie

Wednesday, August 28, 2013 @ 11:32 PM
Komen (1)

Tajuk:Penambahbaikan 2013 terhadap eSastera
admin
SEMPENA genap setahun portal eSastera ini direkabentukkan, kami telah mengambil inisiatif untuk melihat semula keseluruhan sistem eSastera dan melakukan penambahbaikan.

Salah satu penambahbaikan yang dilakukan ialah terhadap Nota Dinding ini. Kami telah mengemaskinikan Dinding ini supaya benar-benar dapat digunakan sebagai blog oleh sdr sekalian, seperti yang berikut:

(a) Kini kita boleh menulis dengan berparagraf di dinding ini, tidak seperti dahulu,

(b) Sistem akses ke Nota Dinding telah diperbaiki